CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 10 Julai 2007

[A.P.A.I] Ayuh Malaysia!

Malaysia lwn China (8.30pm, Stadium Nasional Bukit Jalil)
Bagi peminat- peminat dan penyokong- penyokong bolasepak tanahair sudah pasti tertunggu- tertunggu perlawanan pertama pasukan negara kita pada malam ini. Tak terdaya rasanya nak ke Stadium Negara Bukit Jalil malam ini memberikan sokongan dan sorakan. Cukuplah sekadar menonton perlawanan di kaca TV (Star Sport). Walaupun tak boleh sorak macam kat stadium, cukuplah iringi pasukan negara dengan doa. Walaupun ramai yang dah jemu dengan prestasi pasukan bolasepak negara sejak dua menjak ini, jom berikan mereka peluang untuk buktikan kemampuan mereka malam ini dan dalam perlawanan seterusnya. Dah habis pusingan awal nanti dan dah jelas keputusan nanti (samada layak ke suku akhir atau tidak), barulah kita sama- sama berikan ulasan dan komen. Masa tu korang nak puji ke, nak kutuk ke, nak kritik ke, nak komen ke...dah jadi hak masing- masing. Untuk perlawanan pertama (China) malam ni, sama- samalah kita nantikan keputusan dan terimalah seadanya kelak. Kepada pemain- pemain Malaysia yang bakal diturunkan malam ini, buktikan sesuatu kepada kami (peminat- peminat dan penyokong- penyokong bolasepak tanahair). Berjuanglah! Untuk maklumat lanjut jadual perlawanan dan informasi Kejohanan Piala Asia AFC 2007, sila layari Laman Web Rasmi Kejohanan Piala Asia AFC 2007.

0 comments: