CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 31 Disember 2007

[A.P.A.I] 2.0.0.8

A.P.A.I

Rabu, 19 Disember 2007

[A.P.A.I] Salam Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1428H
Kepada Semua Muslimin dan Muslimat Sekalian
Daripada
Apai
Nadia
Hayyan

Isnin, 17 Disember 2007

[A.P.A.I] Manchester Menang...Yahoo!

Salam semua, Semalam pasti ramai yang bersengkang mata untuk menyaksikan perlawanan EPL yang mempamerkan 2 pertembungan menarik. Liverpool bertemu Manchester United dan Arsenal menentang Chealsea. Rugi kepada peminat- peminat EPL yang terlepas menyaksikan pertemuan 4 gergasi EPL ini. Jarang sekali dalam 1 jadual perlawanan menemukan 4 pasukan pilihan EPL ini. For me, kedua- dua perlawanan semalam cukup menarik kerana corak permainan yang dipamerkan agak berlainan. Cukup pantas diorang menyerang...game pun agak 'tegang'. Dan yang menggembirakan aku, Manchester United telah menewaskan Liverpool dengan jaringan 1-0 oleh Tevez. Bermula dengan set piece dari sepakan sudut ke kaki Rooney, rembatan dari Rooney singgah ke kaki Tevez (connection) dan terus menerjah ke jaring. Walaupun hanya 1 jaringan, kemenangan ini sudah cukup untuk menggembirakan Sir Alex Ferguson dan semua peminat Manchester United. Harapan untuk melihat Chelsea menewaskan Arsenal terkubur apabila Arsenal lebih gah menjaring gol. Gol Gallas telah menafikan Manchester untuk mendahului liga EPL pada minggu ini. Anyway, Go United!

Rabu, 5 Disember 2007

[A.P.A.I] Terus melangkah...

Lama betul rasanya tak mencoretkan sesuatu di laman blog ini, rasa- rasanya hampir 3 bulan. Dalam tempoh itu, banyak perubahan yang telah berlaku, terutama perubahan dalam kehidupan kerjaya aku. Semuanya dilakukan untuk memperbaiki perjalanan hidup. Satu penghijrahan...kehidupan baru yang berbeza baru bermula.

Setiap manusia akan menempuh perjalanan hidup yang berbeza- beza. Kehidupan juga akan berubah mengikut keadaan. Kehidupan kita ini boleh digambarkan seperti cuaca. Adakalanya kita akan menempuhi hari yang dipancari dengan cahaya mentari yang terang, adakalanya kita akan menempuh hari yang mendung dan gelap, dan adakalanya hujan akan menemani hari kita. Begitulah juga dengan kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi Allah S.W.T. Adakalanya kita akan menempuhi kesenangan dan adakalanya kita akan mengharungi kesusahan dan kepayahan. Begitulah lumrah dalam kehidupan manusia dan sebagai manusia sudah pasti kita perlu menerimanya sebagai ujian dari Yang Maha Esa.

Walaupun aku tidak lagi berada di dalam bidang perniagaan, ia tidak bererti semangat keusahawanan aku berakhir di sini. Selepas menempuh ujian, dugaan dan pengalaman, akhirnya aku mengerti erti sebenar seorang USAHAWAN. Kita mungkin fikir definisi seorang usahawan itu hanya berkaitan dengan dunia perniagaan sahaja. Hakikatnya, kita semua adalah usahawan. Intisari, semangat dan prinsip seorang usahawan yang perlu ada dalam diri kita ialah kita perlu terus bangun dan berusaha setiap kali jatuh. Tak kira kita terlibat dengan apa sekalipun, bekerja atau berniaga atau belajar. Itulah pengajaran paling bermakna yang aku perolehi selepas 4 tahun aku terlibat di dalam bidang keusahawanan. Dan kerana prinsip inilah aku akan terus menyusun langkah dalam mengharungi kehidupan mendatang InsyaAllah.

Lesson Learned:

“Usahawan ialah seorang yang sentiasa bangun setiap kali jatuh. Dalam erti kata lain, berpantang maut sebelum ajal dan inilah intisari keusahawanan.”

-Tengku Farith Rithaudeen-

Khamis, 13 September 2007

[A.P.A.I] Ramadhan Al- Mubarak

Alhamdulillah...syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan kesempatan kepada diriku untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Ramadhan Al- Mubarak kepada semua kaum keluarga, sahabat- handai dan rakan- taulan. Semoga kita diberikan kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk mengharungi Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amal dan ibadah.

Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah zikir, Tiada ibadah seindah solat, Tiada bulan seindah Ramadhan... Ramadhan Al- Mubarak Salam Ramadhan Daripada Apai Nadia Muhammad Zarif Hayyan

Rabu, 29 Ogos 2007

[A.P.A.I] Hilang Sejenak...

Salam semua, Lama betul tak mengemaskini Blog ni. Hampir 2 bulan...faktor utama adalah ketiadaan akses internet. Sekali- sekala jer dapat connect to internet. Itu pun sekejap- sekejap jer and at certain location. So sempat la retrieve email. Nak lama sikit pun bila ada kerja nak dibuat, waktu tu barulah pergi ke port biasa, Starbucks Coffee Wangsa Maju. Okey, jumpa lain kali. Dapat post sekejap pun jadi la, lagi pun takder cerita menarik buat masa ni.

Rabu, 11 Julai 2007

[A.P.A.I] Malaysia Kena Belasah

Malaysia kena belasah...Itulah tajuk berita yang terpapar di muka- muka akhbar tempatan (ruangan sukan) hari ini. Keputusan perlawanan semalam (10.07.07) menentang China berakhir dengan jumlah jaringan yang banyak. 1 jaringan Malaysia dan 5 jaringan China. Itulah hasil perlawanan pertama Malaysia. Tidak perlu diulas panjang lebar keputusan semalam, yang nyata ramai di kalangan penyokong dan peminat bolasepak tanahair amat kecewa dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain- pemain Malaysia. Banyak kelemahan- kelemahan yang dapat dilihat terutama di bahagaian pertahanan dan jentera tengah yang gagal berfungsi dengan baik. Apa lagi nak dikata...

Selasa, 10 Julai 2007

[A.P.A.I] Ayuh Malaysia!

Malaysia lwn China (8.30pm, Stadium Nasional Bukit Jalil)
Bagi peminat- peminat dan penyokong- penyokong bolasepak tanahair sudah pasti tertunggu- tertunggu perlawanan pertama pasukan negara kita pada malam ini. Tak terdaya rasanya nak ke Stadium Negara Bukit Jalil malam ini memberikan sokongan dan sorakan. Cukuplah sekadar menonton perlawanan di kaca TV (Star Sport). Walaupun tak boleh sorak macam kat stadium, cukuplah iringi pasukan negara dengan doa. Walaupun ramai yang dah jemu dengan prestasi pasukan bolasepak negara sejak dua menjak ini, jom berikan mereka peluang untuk buktikan kemampuan mereka malam ini dan dalam perlawanan seterusnya. Dah habis pusingan awal nanti dan dah jelas keputusan nanti (samada layak ke suku akhir atau tidak), barulah kita sama- sama berikan ulasan dan komen. Masa tu korang nak puji ke, nak kutuk ke, nak kritik ke, nak komen ke...dah jadi hak masing- masing. Untuk perlawanan pertama (China) malam ni, sama- samalah kita nantikan keputusan dan terimalah seadanya kelak. Kepada pemain- pemain Malaysia yang bakal diturunkan malam ini, buktikan sesuatu kepada kami (peminat- peminat dan penyokong- penyokong bolasepak tanahair). Berjuanglah! Untuk maklumat lanjut jadual perlawanan dan informasi Kejohanan Piala Asia AFC 2007, sila layari Laman Web Rasmi Kejohanan Piala Asia AFC 2007.

Isnin, 9 Julai 2007

[A.P.A.I] Penampilan Baru Hayyan

Hujung minggu lalu (07.07.07), kami sekeluarga balik kampung di Batu Gajah, Perak bersempena dengan Majlis Kesyukuran dan Cukur Rambut Irfan (anak abang aku). Anyway, majlis tu dibuat kat rumah mentua dia kat Gopeng. Majlis start pukul 10 pagi (Marhaban & Berzanji). Kami sampai pukul 1 tengahari, so tak sempat la tengok orang Marhaban & Berzanji. Jalan agak sesak pagi tu dari KL, tu yang sampai agak lewat. Hayyan dulu pun ada buat gak majlis Marhaban, Berzanji & Cukur Rambut. Tapi tak cukur pun, just potong sikit jer rambut dia waktu majlis tu. Sampai dia umur 1 tahun 5 bulan ni, dia tak pernah potong rambut. Dah banyak kali nak bawa ke kedai, tapi tak pernah jadi. Asyik cancel jer. Bila Abi nak potong, Mama rasa sayang dengan rambut Hayyan. Bila Mama kata potong, Abi pulak rasa sayang.
Rambut Hayyan sebelum digunting...
Akhirnya hari Ahad semalam (08/07/07), Mama & Abi bawa Hayyan pergi kedai gunting rambut kat pekan Batu Gajah, Kedai Gunting Rambut Romeo. Maksu Ain dan Tok ikut sama temankan Hayyan pergi gunting rambut. Masa zaman sekolah dulu, Abi selalu potong rambut kat kedai ni. Dah lama betul tak pergi kedai ni (gambar kedai lupa nak tangkap sebab 'asyik' pujuk Hayyan menangis). Kebetulan tak ada orang pagi tu, so selesa la sikit nak gunting rambut. Abi dah tahu dah, memang susah nak gunting rambut Hayyan, sure menangis punya...Mula- mula cuba bagi dia duduk tapi dia tak mau (gagal), Percubaan kedua, abi duduk atas kerusi sambil pegang Hayyan, pun gagal. Abi berdiri dan dukung dia, masih gagal sebab dia meronta- ronta. Last- last, Tok dukung, Abi pegang tangan. Mula- mula ingat nak gunting bagi kemas jer. Tapi dia meronta- ronta bila dengar gunting. Dah tak ada pilihan lain, suruh tukang gunting tu pakai mesin jer la, kasi no. 4. Cepat sikit pakai mesin. Dia menangis tak kira la masa tu seolah- olah marah potong rambut dia. Mama pun nampak 'sedih' time rambut Hayyan dipotong tapi sebab dah nekad nak potong rambut Hayyan, kami teruskan juga. Takkan nak biar separuh jalan jer, nanti nampak pelik pulak rambut Hayyan (orang Perak kata 'tobek').
Hayyan dengan gaya rambut baru...

Rabu, 27 Jun 2007

[A.P.A.I] Surprise Party for Mama

Yesterday night (26.06.2007), aku dengan Nordin a.k.a NeoTech berpakat buat surprise party for my wife, Nadia. Plan gitu- gitu jer tapi berjaya jugak buat Mama terkejut. Kitorang buat makan- makan dekat Bora Ombak, Ampang Sport Planet. Mama memang tak tahu yang aku jemput kawan- kawan yang lain. Dia cuma tahu nak pergi makan malam. So Mama ingat kami bertiga jer (Aku, Mama dengan Hayyan). Aku pulak dah suruh Nordin standby and arrange apa- apa yang patut kat sana. Kek Birthday, aku minta tolong Nordin pergi amik kat Baker's Cottage. Pukul 9, kitorang sampai. So cari la tempat nak duduk. Aku pun cari Nordin and his future fiancee (Fa). Sampai jer kat meja Nordin & Fa, Mama pun terkejut la. He..he..Surprise!

Nordin & Fa (Sempat la diorang berdua ber'dating' sementara tunggu yang lain sampai.
Jeng...jeng...ada lagi tetamu yang tak datang ni. Tak lama lepas tu, tetamu- tetamu yang aku jemput sampai. Thanks to kawan- kawan yang datang dan memeriahkan majlis aku yang tak seberapa.
Thanks Sahrim & wife (Ani) yang datang dari Sungai Buloh.
Thank you jugak kepada Yusmie dan isteri (Niza), tetap datang walaupun tengah sarat mengandung. Tunggu hari jer ni.
Asaruddin turut datang, thank you so much...
Cuma satu jer kejutan yang aku plan tak jadi. Aku jemput kawan baik Mama, Sone. Tapi dia tak dapat datang. Tak ada rezeki. Kalau tak mesti Mama lagi terkejut. Anyway, Happy Birthday again from Abi and Hayyan.

Selasa, 26 Jun 2007

[A.P.A.I] Happy Birthday Mama!

Selamat hari lahir sayang! Salam kasih dan sayang dari seorang insan yang bernama suami.

[A.P.A.I] Jalan- Jalan: Zoo Negara

Last Sunday (24.06.2007), kami sekeluarga berkunjung ke Zoo Negara. Memang dah lama plan nak ke Zoo Negara tapi baru berkesempatan ke sana. Actually, aku sendiri pun baru pertama kali ke Zoo Negara. Sebelum ni pernah la pergi Zoo, tapi Zoo Taiping @ Perak. Kami ajak Nordin Nordin a.k.a NeoTech sekali kasi ramai sikit rombongan (Thank you Uncle Din sebab sama- sama layan karenah Hayyan). Kami sampai di Zoo Negara around pukul 11.30 am. Alhamdulillah, cuaca baik hari tu. Masa tu tak ramai lagi orang. Kami explore Zoo Negara dengan berjalan kaki...he..he..penat jugak la. Ada masa Hayyan jalan sendiri, ada masa dia perlu didukung sebab terlalu seronok dapat bebas dan excited dapat tengok haiwan- haiwan secara 'live'. Sebelum ni dia tengok haiwan- haiwan tu dekat TV jer.
Masuk- masuk jer Zoo, terus nampak Zirafah, terus Hayyan teruja.
Lepas tu nampak pulak gajah, bertambah- tambah 'excited' la dia...
Abi, unta ni cuti la hari ni...
Kami keluar dari Zoo Negara pukul 2.30 pm. Terus pergi cari makan. Perut pun dah lapar. Seronok jugak dapat menjelajah Zoo Negara sambil tengok pelbagai haiwan. Dapat jugak sedikit- sebanyak info pasal haiwan sambil- sambil 'makan angin' di hujung minggu. Nota: Untuk melihat gambar- gambar Hayyan yang lain di Zoo Negara, jom tengok kat sini!

Selasa, 19 Jun 2007

[A.P.A.I] New Blog

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera... Kembali dengan blog baru, A.P.A.I selepas satu jangkamasa yang agak lama. Blog ini akan menggantikan blog lama, A.P.A.I (Aku Pun Ada Impian) cuma dulu powered by evoBlog and now kembali menggunakan Blogger. Terima kasih.