CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 25 April 2008

[A.P.A.I] Siapa bakal juara EPL?

Vs.

26.04.08 7.40 pm

Selasa, 22 April 2008

[A.P.A.I] UEFA Champions League

Vs.
Separuh Akhir (Pusingan Pertama)
24.o4.08
02.30

[A.P.A.I] Di Sebalik Pemilihan Nama ~ Muhammad Zarif Hayyan

Jābir ibn Ḥayyān - جابر ابن حيان
The most well-known name amongst Islamic alchemists was that of Jābir ibn Ḥayyān, whom Europeans new as Geber, and the earliest Arabic writings on the subject are attributable to him. It is reported that Jābir was a polymath who wrote 300 books on philosophy, 1,300 books on mechanical devices and military machinery, and hundreds of books on alchemy. He is said to have been born in 721 (103 H), to have died about 815 (200 H), and to have been active as an alchemist at the court in Baghdad. --------------------------------------------------------------------------------- Coretan untuk tatapan hari akan datang... Pemilihan nama Muhammad Zarif Hayyan muncul apabila Abi menonton rancangan Ilmuwan Islam Musim Pertama yang disiarkan oleh TV3. Pada ketika itu, salah seorang tokoh ilmuwan yang dibicarakan ialah Jabir ibn. Hayyan. Frankly speaking, memang tak pernah dengar pun nama tokoh ni sebelum ni. Selalu yang kita dengar, Ibn. Khaldun, Ibn. Sina, Al-Khawarizmi dan lain- lain. Tertarik dengan nama dan kepandaian yang dimilikinya maka dicadangkan kepada Mama. Asalnya memang nak letak nama tokoh tersebut sepenuhnya, Jabir Hayyan tapi akhirnya decide just ambil Hayyan sahaja dan dipadankan dengan nama lain yang dipilih oleh Mama, maka termaktublah nama Muhammad Zarif Hayyan.
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!

Khamis, 17 April 2008

[A.P.A.I] Bahasa Inggeris

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin nanti. Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dah dapat satu perkataan, kata Amin di dalam hati. Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu. Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, leganya kata budak itu. Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru. Cikgu: OK Amin, did you get the words? Amin: Yes, teacher. Cikgu: Good, what is your first word? Amin: Shut up you !!! Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are? Amin: Superman !!! Cikgu: Bloody fool! Get out from this class Amin: Ladies First Moral: Take good care of our child's learning as they are not aware of right n wrong, parents are the 1st guru of a child.

Khamis, 3 April 2008

[A.P.A.I] Melangkah Setapak Lagi

Alhamdulillah pada 26 Mac 2008, aku telah menerima panggilan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan aku berjaya dalam temuduga jawatan Penolong Pendaftar yang telah aku hadiri pada 17 mac 2008 lalu. Dan pada 31 Mac 2008, bermulalah detik baru dalam kerjaya aku apabila aku mula melaporkan diri sebagai Penolong Pendaftar di UKM. Selepas singgah menimba pengalaman kerja di Jabatan Pengajian Tinggi, aku kini bertugas di Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan UKM Cheras dan InsyaAllah, akan aku laksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik- baiknya. Syukur kepada Allah SWT atas kurniaan dan peluang yang telah diberikan kepada diriku. Kepada Isteri tersayang, Sharifah Nadia Syed Khastudin, Mak dan Abah, Mok dan Aboh, seluruh kaum- keluarga, rakan- rakan rapat terutama Yusmie, Shahfie dan rakan- rakan lain di Jabatan Pengajian Tinggi...terima kasih atas doa kalian.