CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 18 Ogos 2008

[A.P.A.I] Bengkel Fail Meja @ Tekam Plantation Resorts, Jerantut Pahang

Pada 15 dan 16 Ogos lalu, Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan, Jabatan Pendaftar telah mengadakan Bengkel Kerja Fail Meja di FELDA Residence Tekam @ Jerantut, Pahang. Seramai 19 orang kakitangan telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada kakitangan dari Kampus Kuala Lumpur, Kampus Cheras dan Pusat Latihan Khidmat Masyarakat Tanjung Karang.
Ini merupakan program pertama yang aku kendalikan sejak aku mula bertugas di Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan, Jabatan Pendaftar UKM. Alhamdulillah, objektif dan pelaksanaan bengkel berjalan dengan lancar. Tempat kursus ni memuaskan dari segi penginapan (bilik amat memuaskan), penyediaan makanan dan kemudahan kursus (bilik seminar dan peralatan lengkap). So, kalau ada kawan-kawan yang nak buat kursus atau bengkel, boleh la ke FELDA RESIDENCE TEKAM. Nak kata jauh tidak la begitu jauh dari Kuala Lumpur ni. Tapi boleh la tahan jugak. Kalau nak pergi bercuti dengan keluarga pun ok jugak tempat ni. Kot-kot korang nak merasa percutian di kawasan FELDA. Best jugak tu!
Memandangkan sebelum ni semua kakitangan hanya dibekalkan dengan panduan kerja, jadi tak semua tahu mengenai fail meja. Inilah sebab utama bengkel ini diadakan. Dalam pelaksanaan kerja harian setiap kakitangan, fail meja merupakan dokumen panduan kerja utama. So setelah taklimat dan penerangan yang telah disampaikan oleh Encik Kamaruzzaman (Ketua Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan), setiap kakitangan dikehendaki menyediakan fail meja masing-masing. InsyaAllah, dalam tempoh 3 bulan selepas bengkel kerja ni, diharapkan setiap kakitangan telah menyiapkan fail meja masing-masing. InsyaAllah, lepas ni akan ada satu lagi Bengkel Kerja Fail Meja (Siri 2) bertujuan untuk semakan dan pembentangan. Mengikut perancangan bahagian, fail meja ni perlu disediakan sebelum Audit ISO SIRIM yang akan datang.