CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 26 September 2008

[A.P.A.I] Selamat Bercuti

Kepada rakan-rakan yang akan memandu balik ke kampung, sama-sama kita berhati-hati ketika memandu. Jangan pandu laju-laju. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain di atas jalanraya.
Daripada:
Fairuz Mohd Rafdzi (Apai)
Sharifah Nadia Syed Khastudin (Nadia)
Muhammad Zarif Hayyan
Muhammad Qayyim Harraz

[A.P.A.I] Iftar Puasa Lagi ~ 25.09.08

Semalam (25.09.08) kitorang (rakan-rakan sepejabat) berbuka puasa sama-sama sekali lagi sebelum bercuti panjang hari raya. Kali ni kitorang decide untuk makan masakan tomyam pulak. So aku bawak diorang ke Restoran Jees Seafood @ Sri Gombak. Kitorang pergi lepas berbuka...berbuka dulu di rumah aku dengan sedikit kuih-muih yang dibelikan oleh Zol & Rash (terima kasih kerana sudi belikan dulu kuih) dekat Bazaar Ramadhan, dah selesai solat Maghrib baru kitorang pergi. Baru selesa sikit nak melantak. Hahaha... Sampai je kat kedai, tanpa membuang masakitorang pun mula meng'order' makanan untuk santapan perut yang sememang nyer tengah lapar. Untuk memudahkan semua orang, kitorang pilih set yang telah disediakan. Boleh tahan la menu dalam set tu - Tomyam Seafood, Ikan Siakap, Kerabu Mangga, Sayur Asparagos (ntah betul ke idak nama nyer), 2 Jag Air Buah (Oren dan Epal) + Udang Celup Tepung. Alhamdulillah, seronok dapat berbuka bersama rakan-rakan sepejabat...InsyaAllah, jika dipanjangkan usia, tahun depan kita boleh berbuka sama- sama lagi. Selamat Hari Raya!

Zol dan Rash sedang menikmati hidangan...(sori la gambar blur)
Macam biasa, Hayyan a.k.a Ultraman Dyna (Peminat Ultraman) yang paling havoc kat kedai makan tu.
Ikut giliran, abi makan dulu...mama jaga Qayyim Harraz (actually ada stroller, tapi Harraz yang tak mau baring dalam tu. So, terpaksa la Mama pangku dia). Giliran abi la pulok jaga Harraz...

Selasa, 16 September 2008

[A.P.A.I] Iftar Puasa ~ 15.09.08

Akhirnya jadi jugak berbuka bersama rakan-rakan sepejabat (Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan, Jabatan Pendaftar UKM). Mula-mula tu payah jugak nak decide kat mana nak berbuka sebab masing-masing ada preference sendiri...ada yang nak makan masakan tomyam...ada yang tak kisah makan apa pun...ada yang concern about harga (buffet ramadhan). Setelah berbincang dan survey tempat-tempat yang sesuai, semalam kitorang gi berbuka kat Restoran Sabak. Kalau korang nak tahu, Restoran Sabak ni menyediakan Buffet Ramadhan - Steamboat & BBQ. Harga buffet RM 35/= bagi dewasa,kanak-kanak tak pasti berapa harganya. Oh yea, Restoran Sabak ni terletak di Taman Melati...kalau korang melalui MRR2 dari Seri Gombak ke Wangsa Maju, restoran tu terletak di sebelah kanan (dekat Petronas Taman Melati).
Yang turut serta pada hari tu - dari kiri, Zol, Rash, Zuri, isteriku tercinta, anak-anakku (Qayyim Harraz & Zarif Hayyan). Yang tidak turut serta - Hazimah.

Ni gambar sebelum berbuka (Dah macam Amalan 5S, gambar sebelum dan selepas pelaksanaan). Macam-macam ada...Sotong, Udang Galah, Udang Harimau, Ikan Keli, Ikan Kembung, Ayam, Daging, Peter Crab (haha..) dan yang seangkatan dengannya. Alhamdulillah, puas hati bagi mereka yang memang berselera besar. Tapi aku just makan Ayam, Ikan, Daging dengan Ketam jer pun..Udang, sotong memang dari kecil tak pernah makan.

Macam biasa la si abang (Zarif Hayyan) ni dah tentu 'sibuk' sama bila time berbuka. Kena la melayan kerenah dia sambil menjamu selera. Bukan makan sangat pun dia, sekadar memeriahkan lagi suasana...

Isnin, 1 September 2008

[A.P.A.I] Salam Ramadhan