CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 16 September 2008

[A.P.A.I] Iftar Puasa ~ 15.09.08

Akhirnya jadi jugak berbuka bersama rakan-rakan sepejabat (Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan, Jabatan Pendaftar UKM). Mula-mula tu payah jugak nak decide kat mana nak berbuka sebab masing-masing ada preference sendiri...ada yang nak makan masakan tomyam...ada yang tak kisah makan apa pun...ada yang concern about harga (buffet ramadhan). Setelah berbincang dan survey tempat-tempat yang sesuai, semalam kitorang gi berbuka kat Restoran Sabak. Kalau korang nak tahu, Restoran Sabak ni menyediakan Buffet Ramadhan - Steamboat & BBQ. Harga buffet RM 35/= bagi dewasa,kanak-kanak tak pasti berapa harganya. Oh yea, Restoran Sabak ni terletak di Taman Melati...kalau korang melalui MRR2 dari Seri Gombak ke Wangsa Maju, restoran tu terletak di sebelah kanan (dekat Petronas Taman Melati).
Yang turut serta pada hari tu - dari kiri, Zol, Rash, Zuri, isteriku tercinta, anak-anakku (Qayyim Harraz & Zarif Hayyan). Yang tidak turut serta - Hazimah.

Ni gambar sebelum berbuka (Dah macam Amalan 5S, gambar sebelum dan selepas pelaksanaan). Macam-macam ada...Sotong, Udang Galah, Udang Harimau, Ikan Keli, Ikan Kembung, Ayam, Daging, Peter Crab (haha..) dan yang seangkatan dengannya. Alhamdulillah, puas hati bagi mereka yang memang berselera besar. Tapi aku just makan Ayam, Ikan, Daging dengan Ketam jer pun..Udang, sotong memang dari kecil tak pernah makan.

Macam biasa la si abang (Zarif Hayyan) ni dah tentu 'sibuk' sama bila time berbuka. Kena la melayan kerenah dia sambil menjamu selera. Bukan makan sangat pun dia, sekadar memeriahkan lagi suasana...

1 comments:

Naddiea berkata...

b,mana pics masa kat sabak hari tu??upload la.mama nk grab nanti okeh.