CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 3 November 2008

[A.P.A.I] Open House @ Ipoh, Perak

Hari Sabtu minggu lepas (25 Oktober 2008), Alhamdulillah aku diberikan kesempatan untuk menghadiri jamuan raya (Open House) member sekolah dulu (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh), Duan Usop di Ipoh. Memandangkan Duan ni member rapat aku, aku usahakan juga untuk hadir jamuan raya dia walaupun kena travel dari KL ke Ipoh.
Lama tak jumpa...

Antara kawan-kawan yang hadir ke rumah Duan Usop

Aku bertolak dari Kuala Lumpur jam 11.30 pagi dan tiba di rumah Duan jam 2.30 petang. Sampai jer, aku terus menuju ke rumah Duan yang kini menetap di Kuarters Kerajaan berdekatan Taman Polo (hehe..Budak2 SiS kalau tak tahu Padang Polo, memang sajer la...). Alhamdulillah sempat jugak jumpa beberapa orang rakan-rakan lama masa kat sekolah dulu walaupun ada yang dah balik. Antara yang sempat aku jumpa, Meor Huzaini, Hidayatullah, K.E (aku salute betul la K.E yang sanggup mai dari Bintulu, Sarawak), Khiruz, Syakirul, Asrul Sani, Pejo Saibun, Syukri Adam, Mustafid dan Yusmie (maaf la kalau ada nama yang tertinggal). Yang tak sempat nak jumpa Naimie dan Hafiz Yusuf.

Asrul Sani (tengah), lebih 10 tahun rasanya aku tak jumpa dia. Sekarang jadi lawyer dekat Ipoh.

Bertukar-tukar cerita antara satu sama lain...maklumlah dah lama tak berjumpa

Kitorang lepak berborak sampai pukul 6 petang. Siap tuan rumah tapau lauk lagi untuk kitorang. Seronok dapat berkumpul kembali dengan rakan-rakan sekolah sekali-sekala. Macam-macam cerita la yang nak diborakkan. Terima kasih banyak-banyak kepada Duan Usop selaku tuan rumah di atas jemputan ke rumah terbuka ini. InsyaAllah, kita akan terus cuba aturkan pertemuan @ reunion dari semasa ke semasa untuk rakan-rakan SIS terutama batch 92-96 supaya ikatan silaturrahim kita tak terputus begitu saja.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih bebanyak sudi hadir ke majlis yg xseberapa tu. anyway mmg puas hati dapat jumpa kengkawan lama. umah aku sentiasa terbuka bukan utk hari raya je, bebila bg yang berkesempatan. tima kasih kat tuan empunya blog ni sudi hadir sekeluarga dan sempat jugak mengiklankan secara xlangsung sempena jamuan hari tu...

Apai berkata...

Terima kasih juga kerana menjemput. Lain kali kami akan berkunjung lagi InsyaAllah.