CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 31 Disember 2008

[A.P.A.I] Berlabuhnya Tirai 2008

Alhamdulillah, kembali menjalankan tugas selepas bercuti rehat dari 19/12 hingga 30/12. Cuti panjang sebab termasuk cuti umum...25/12 dan 29/12. Memandangkan cuti rehat dan cuti tanpa rekod (gantian) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan (sebab taraf jawatan sekarang sementara), maka kena 'perabih' cuti sebelum tahun 2009 muncul. InsyaAllah esok Sinar Mentari Tahun 2009 akan muncul. Sana-sini orang bercakap mengenai azam dan harapan tahun baru. Kita sama-sama berdoa agar tahun 1430H dan tahun 2009 ini akan menjadi platform yang lebih baik untuk kita terus memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara InsyaAllah. Sebelum kita melangkah masuk tahun 2009, apa salahnya kita toleh sebentar ke belakang untuk melihat apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita sepanjang berada di tahun 2008. Mana yang baik, kita pertingkatkan. Mana yang kurang, kita perbaiki. Apa yang masih belum kita laksanakan, kita usahakan InsyaAllah. Serba sedikit coretan penting bagi diri aku untuk tahun 2008 ialah: 1. 1 April 2008 - Memulakan kerjaya baru bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Alhamdulillah, harapan dan doa aku dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Walaupun jawatan yang ditawarkan adalah sementara, tapi aku bersyukur. InsyaAllah, aku akan terus berusaha... 2. 5 Jun 2008 - Kelahiran anak kedua aku, Muhammad Qayyim Harraz. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah ketika itu. Bertambah seorang lagi ahli keluarga kami.

Kesusahan dan kesempitan memberikan kita kekuatan untuk melangkah dari satu tahap ke satu tahap lain InsyaAllah. Thanks to SAHABAT-SAHABAT yang telah membantu aku di saat kesusahan dan kesempitan. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian di dunia dan akhirat.

Khamis, 18 Disember 2008

[A.P.A.I] Menghabiskan Cuti Tahunan

Salam... Memandangkan cuti rehat tahun ni perlu dihabiskan, maka aku telah mengambil cuti rehat dari 19 Disember hingga 30 Disember. Blog ini akan dikemaskini selepas balik dari cuti nanti InsyaAllah. Balik kampung jer pun...Kuala Terengganu. InsyaAllah jumpa semula. Selamat menyambut Tahun Baru Hijriah 1430. Semoga kita sama-sama diberikan kekuatan untuk terus berhijrah ke arah kebaikan dan kesempurnaan.

Rabu, 17 Disember 2008

[A.P.A.I] Bersedialah Untuk GAGAL

Semalam aku dah komen kenyataan akhbar Utusan Malaysia. Hari ni, dalam Harian Metro ada lagi komen pasal jurulatih bolasepak Malaysia. Jom kita bandingkan komen FAM dgn Shebby pulak.

1. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi satu lagi peluang kepada B. Sathianathan untuk membimbing skuad nasional apabila menawarkan jurulatih itu kontrak lanjutan tidak lebih setahun dengan syarat-syarat yang ketat. - JIKA itulah keputusan yang dibuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika membincangkan isu mengenai jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, maka jawapannya ialah - bersedialah untuk gagal sekali lagi!

2. Di bawah tawaran itu, Sathia akan membimbing skuad nasional untuk mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia mulai bulan depan sehingga ke perlawanan terakhir menentang Uzbekistan pada November depan. - Tindakan badan induk kebangsaan itu melanjutkan kontrak B Sathianathan selaku ketua jurulatih skuad negara sebagai satu keputusan yang menyedihkan serta mengecewakan hampir keseluruhan peminat dan pemerhati bola sepak Malaysia.

3. Namun, FAM menegaskan Sathia tidak akan terlibat dalam persediaan skuad nasional ke Sukan SEA di Laos tahun depan, sebaliknya tugas itu akan diisi oleh jurulatih lain. Mengumumkan lanjutan kontrak itu, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, jika bersetuju, pencapaian Sathia akan dianalisis berdasarkan pencapaian skuad nasional di sepanjang perlawanan kelayakan Piala Asia. - Pelantikan Sathianathan tidak akan mencatat kejayaan apa-apa buat bola sepak kita kerana ternyata beliau sudah gagal.

4. Selain itu, katanya, kedudukan skuad nasional dalam rangking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menjadi kayu ukur nasib Sathia sama ada akan terus bergelar jurulatih atau sebaliknya. ‘‘FAM menawarkan lanjutan kontrak kepada Sathia atas beberapa faktor, pertama kerana kita menaruh keyakinan terhadap skuad yang dibimbingnya. Ia merupakan skuad yang masih muda, masih dalam pembikinan dengan purata umur pemain 24 tahun yang belum menyerlahkan potensi maksimumnya." - Ia bukanlah satu keputusan yang positif dan bola sepak kita akan terus kekal begini. Jangan harap kita akan mencapai sesuatu yang boleh membanggakan.

5. FAM tidak mahu menggugurkan jurulatih serta pembubaran skuad seperti sebelum ini setiap kali gagal di kejohanan antarabangsa - Memang kurang manis apabila kita mengharapkan seseorang itu dipecat, tetapi di dalam bola sepak perkara ini (pemecatan) adalah sesuatu yang lumrah. Ia turut berlaku di seluruh dunia. Ramai jurulatih yang gagal mencapai sasaran, dipecat atau ditamatkan kontrak mereka. Keputusan FAM itu akan membunuh masa depan bola sepak kita dan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai cita-cita untuk berjaya.

Selasa, 16 Disember 2008

[A.P.A.I] Apa nak jadi...

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi satu lagi peluang kepada B. Sathianathan untuk membimbing skuad nasional apabila menawarkan jurulatih itu kontrak lanjutan tidak lebih setahun dengan syarat-syarat yang ketat. - Tak guna bagi syarat pun, dah banyak kali peluang diberikan. FAM tak nak terima pandangan orang luar. Buat perabih duit jer bayar gaji jurulatih dengan pemain-pemain yang ada ni. Di bawah tawaran itu, Sathia akan membimbing skuad nasional untuk mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia mulai bulan depan sehingga ke perlawanan terakhir menentang Uzbekistan pada November depan. - Mesti ramai yang berpendapat, FAM sekali lagi merancang untuk gagal di perlawanan kelayakan Piala Asia ini nanti. FAM masih tak faham-faham ke...peminat bolasepak Malaysia dah tak percaya dengan jurulatih dan pemain-pemain yang ada. Namun, FAM menegaskan Sathia tidak akan terlibat dalam persediaan skuad nasional ke Sukan SEA di Laos tahun depan, sebaliknya tugas itu akan diisi oleh jurulatih lain. Mengumumkan lanjutan kontrak itu, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, jika bersetuju, pencapaian Sathia akan dianalisis berdasarkan pencapaian skuad nasional di sepanjang perlawanan kelayakan Piala Asia. - Tak sudah-sudah nak analisis pencapaian jurulatih. Padahal, dah jelas dia gagal membimbing pasukan. Nak keputusan yang macamana lagi la diorang ni. Tunggu kekalahan yang lebih memalukan kot. Selain itu, katanya, kedudukan skuad nasional dalam rangking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menjadi kayu ukur nasib Sathia sama ada akan terus bergelar jurulatih atau sebaliknya. ‘‘FAM menawarkan lanjutan kontrak kepada Sathia atas beberapa faktor, pertama kerana kita menaruh keyakinan terhadap skuad yang dibimbingnya. Ia merupakan skuad yang masih muda, masih dalam pembikinan dengan purata umur pemain 24 tahun yang belum menyerlahkan potensi maksimumnya." - Tunggulah sampai kucing tumbuh tanduk...mungkin pemain2 yang Sathia ada ni akan tunjukkan potensi yang sebenar. Aku ingat, biarkan jer la FAM dgn konco2 ni...kita semua yang selama hari ni masih mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari pasukan Malaysia ni, terus 'boikot' je bolasepak Malaysia. Liga Super ke..Liga Perdana ke..Piala Malaysia ke..kita boikot semua. Tak payah tengok dah. Baru diorang faham kot...penting atau tidak peminat bolasepak ni. ‘‘Selain itu FAM kesuntukan masa untuk mencari jurulatih lain memandangkan saingan kelayakan Piala Asia akan bermula bulan depan,’’ katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pengurusan skuad nasional di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah. - Lagi2 alasan...lagi2 alasan...bersedialah untuk gagal sekali lagi. Sathia dikritik hebat ekoran kegagalan membawa skuad nasional melepasi peringkat kelayakan Piala Asia di Phuket dengan kekalahan paling diingati kepada Vietnam 2-3 akibat kesilapan penjaga gol Mohd. Helmi Eliza Elias. - Memang patut dikritik. Kalau baru pertama kali, boleh la terima. Ini dah banyak kejohanan, pencapaian tetap sama. Dah naik muak dah...Tanpa kritikan, mana ada kemajuan.

Isnin, 15 Disember 2008

[A.P.A.I] Cicakman 2

Setelah sekian lama tak keluar jalan-jalan, semalam aku meluangkan masa bawa Hayyan dan Harraz pergi Alamanda. Dah lama jugak tak pergi sana. Actually plan asal ke Alamanda nak bawak Hayyan tengok Madagascar 2. Dia suka beno nyanyi lagu dalam filem Madagascar tu..I like to move it..move it..Sebutan dia tak la betul sangat. Tapi dia suka nyanyi sambil ber'joget' gaya iklan dalam McDonalds pasal movie ni. Tapi rupa-rupanya tayangan Madagascar 2 dah takder. Dah basi rupa nyer...ketinggalan betul aku ni. Aku pun memang dah lama tak tengok wayang. Sejak-sejak Hayyan lahir, mana ada pergi tengok. Tapi disebabkan semalam dah 'kemaruk' nak tengok wayang, angkut la Hayyan dan Harraz. Sampai jer depan kaunter, tengok senarai movie, Madagascar 2 takder...Yang ada Cicakman 2. Apalagi Hayyan melompat la nak tengok cerita Cicakman. Tanpa bantahan, kitorang satu family tengok Cicakman 2 walaupun sebenarnya tak berapa minat. Senang jugak la beli tiket..2 Dewasa dan 1 kanak-kanak...Harraz x payah tiket sebab umur dia belum cecah 3 tahun. Lagipun, dia bukan dok atas kerusi pun.

Sedikit ulasan mengenai Cicakman 2...secara keseluruhan, filem tu boleh 'tahan' untuk ditonton. Tapi dah pasti anak-anak kecil suka dengan watak-watak 'super hero' ni. Penceritaan lebih baik dari Cicakman 1, dari satu scene ke satu scene...walaupun ada babak yang agak ter'gantung'. ada satu scene tu, aku rasa macam tak ada kaitan pun ada (korang tengok dan nilai la sendiri key). Action Cicakman 2 lebih banyak dan lebih menarik. Tapi effort yang dibuat oleh Yusri KRU untuk menghasilkan filem ni patut dipuji. Dengan pengetahuan dan kemahiran, pasti ada lagi anak Malaysia yang mampu hasilkan filem-filem sebegini. Kena belajar la kan... Akhir kata...sokonglah industri filem kita...pergi la tengok...apa salah nyer tolong sumbangkan kutipan untuk filem Cicakman 2 ni. Kayo la adik-beradik KRU ni...Hahaha...

[A.P.A.I] Anugerah - Best Blogger Award 2008/2009

Actually anugerah ini dah lama dah Sone bagi...26 November 2008. Tapi baru sekarang nak publish kat blog. Thanks to Sone di atas kesudian menganugerahkan 'award' ini. Terima kasih juga kerana terus sudi menjenguk blog A.P.A.I. Teruskan ber'blogging'...

Jumaat, 12 Disember 2008

[A.P.A.I] Iklan Jawatan Kosong

Saya just nak menyampaikan maklumat mengenai permohonan jawatan kosong yang sedang diiklankan oleh UKM sekarang ni. Manalah tahu ada di kalangan kawan-kawan yang nak memohon atau mungkin nak maklumkan kepada adik-beradik, sanak-sedara atau kawan-kawan lain yang sedang mencari pekerjaan. Kalau nak tahu senarai jawatan kosong yang diiklankan, sila layari : http://ewarga2.ukm.my/eiklan/peluangkerja.cfm Untuk makluman, permohonan perlu dilakukan secara 'online' melalui : http://smk6.ukm.my/ejawatan/ Permohonan telah mula dibuka dari 6 Disember 2008 hingga 31 Disember 2008. Selamat Maju Jaya!

Khamis, 11 Disember 2008

[A.P.A.I] Kita 'tak diajar' cara bermain bolasepak

Ketika ini pasti ramai di kalangan peminat bolasepak di Malaysia bercakap mengenai prestasi pasukan bolasepak Malaysia di kejohanan Piala AFF Suzuki. Kekalahan kepada Vietnam dan Thailand tempoh hari sudah cukup menunjukkan di mana kemampuan sebenar pasukan Malaysia yang dibimbing oleh Sathia. Komen panjang-panjang pun tak ada guna sebab tetap sama jer hasil yang kita dapat lihat. Tapi tak puas hati rasanya kalau tak komen dan kutuk pasukan bolasepak Malaysia. Balik-balik pemain yang sama juga diberi peluang main untuk Malaysia walaupun sebelum ini dah terbukti ada di kalangan pemain tak bagus sangat pun. Mampu mungkin mampu main tapi tak mahir. Passing bola bola pun ntah apa-apa. Tapi boleh wakil Malaysia. Pelik kan? Dulu gagal dekat Sukan Sea, alasan juga diberikan. Kali ni gagal lagi...FAM tak sedar lagi ke. Tak tahu la kot2 masih nak beri peluang kepada Sathia untuk menerajui pasukan bolasepak Malaysia. Rombak la pemain-pemain yang ada. Diorang bagus tapi masih ada lagi pemain yang benar2 mampu main untuk Malaysia kalau diberi peluang. Panggil pemain2 baru. Terpaksa terima hakikat, mutu bolasepak kita ntah apa-apa. Teruk dan tak konsisten. Boleh main tapi taktikal takder. Bila serang...semua serang. Pertahanan terbuka...defence terlalu atas. Kena 'through ball' macam semalam, terkincit nak mengejor. Coach tak ajar ka! Bosan...bosan...bosan dengan bolasepak Malaysia.

Jumaat, 5 Disember 2008

[A.P.A.I] Hari ini umur saya masuk 6 bulan

Pejam celik...pejam celik hari ni dah melangkah masuk 5 Disember 2008. Maka hari ini genap umur Baby Harraz 6 bulan. Dah semakin besar baby Harraz ni. Sekarang ni baby Harraz tengah practice nak merangkak. Dia dah mula angkat badan dan tongkat lutut. InsyaAllah, tak lama lagi berjaya la tu. Senyum pun dah semakin pandai. Kalau tak, aysik serious aje. Susah nak tengok dia senyum. Sekarang ni, kalau diagah, dia akan gelak...

[A.P.A.I] Anugerah - I Love Your Blog

Thanks to my beloved wife, Sharifah Nadia (mamahayyan.blogspot) kerana sudi menganugerahkan award ini... Seterusnya, saya ingin berkongsi anugerah ini bersama-sama dengan:- 1. WanChang - Kacang..macam-macam jenis 2. Amar - myceritalah 3. Izwan - Orang Teluk Intan Peringatan kepada penerima-penerima anugerah :- 1. Sape yang dapat award ni leh letak kat blog masing-masing. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat anda. 2. Bagi award ni kat rakan blogger anda yang lain (maksimum 7 orang). 3. Tinggalkan mereka mesej pemberitahuan yang anda dah bagi award kat diorang.

Khamis, 4 Disember 2008

[A.P.A.I] Singgah jap

Belum sempat nak masukkan entry untuk bulan Disember. Ada beberapa tugasan di atas meja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. InsyaAllah, ada kesempatan nanti, datang balik...HaHa