CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 16 Disember 2008

[A.P.A.I] Apa nak jadi...

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi satu lagi peluang kepada B. Sathianathan untuk membimbing skuad nasional apabila menawarkan jurulatih itu kontrak lanjutan tidak lebih setahun dengan syarat-syarat yang ketat. - Tak guna bagi syarat pun, dah banyak kali peluang diberikan. FAM tak nak terima pandangan orang luar. Buat perabih duit jer bayar gaji jurulatih dengan pemain-pemain yang ada ni. Di bawah tawaran itu, Sathia akan membimbing skuad nasional untuk mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia mulai bulan depan sehingga ke perlawanan terakhir menentang Uzbekistan pada November depan. - Mesti ramai yang berpendapat, FAM sekali lagi merancang untuk gagal di perlawanan kelayakan Piala Asia ini nanti. FAM masih tak faham-faham ke...peminat bolasepak Malaysia dah tak percaya dengan jurulatih dan pemain-pemain yang ada. Namun, FAM menegaskan Sathia tidak akan terlibat dalam persediaan skuad nasional ke Sukan SEA di Laos tahun depan, sebaliknya tugas itu akan diisi oleh jurulatih lain. Mengumumkan lanjutan kontrak itu, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, jika bersetuju, pencapaian Sathia akan dianalisis berdasarkan pencapaian skuad nasional di sepanjang perlawanan kelayakan Piala Asia. - Tak sudah-sudah nak analisis pencapaian jurulatih. Padahal, dah jelas dia gagal membimbing pasukan. Nak keputusan yang macamana lagi la diorang ni. Tunggu kekalahan yang lebih memalukan kot. Selain itu, katanya, kedudukan skuad nasional dalam rangking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menjadi kayu ukur nasib Sathia sama ada akan terus bergelar jurulatih atau sebaliknya. ‘‘FAM menawarkan lanjutan kontrak kepada Sathia atas beberapa faktor, pertama kerana kita menaruh keyakinan terhadap skuad yang dibimbingnya. Ia merupakan skuad yang masih muda, masih dalam pembikinan dengan purata umur pemain 24 tahun yang belum menyerlahkan potensi maksimumnya." - Tunggulah sampai kucing tumbuh tanduk...mungkin pemain2 yang Sathia ada ni akan tunjukkan potensi yang sebenar. Aku ingat, biarkan jer la FAM dgn konco2 ni...kita semua yang selama hari ni masih mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari pasukan Malaysia ni, terus 'boikot' je bolasepak Malaysia. Liga Super ke..Liga Perdana ke..Piala Malaysia ke..kita boikot semua. Tak payah tengok dah. Baru diorang faham kot...penting atau tidak peminat bolasepak ni. ‘‘Selain itu FAM kesuntukan masa untuk mencari jurulatih lain memandangkan saingan kelayakan Piala Asia akan bermula bulan depan,’’ katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pengurusan skuad nasional di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah. - Lagi2 alasan...lagi2 alasan...bersedialah untuk gagal sekali lagi. Sathia dikritik hebat ekoran kegagalan membawa skuad nasional melepasi peringkat kelayakan Piala Asia di Phuket dengan kekalahan paling diingati kepada Vietnam 2-3 akibat kesilapan penjaga gol Mohd. Helmi Eliza Elias. - Memang patut dikritik. Kalau baru pertama kali, boleh la terima. Ini dah banyak kejohanan, pencapaian tetap sama. Dah naik muak dah...Tanpa kritikan, mana ada kemajuan.

0 comments: