CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 17 Disember 2008

[A.P.A.I] Bersedialah Untuk GAGAL

Semalam aku dah komen kenyataan akhbar Utusan Malaysia. Hari ni, dalam Harian Metro ada lagi komen pasal jurulatih bolasepak Malaysia. Jom kita bandingkan komen FAM dgn Shebby pulak.

1. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi satu lagi peluang kepada B. Sathianathan untuk membimbing skuad nasional apabila menawarkan jurulatih itu kontrak lanjutan tidak lebih setahun dengan syarat-syarat yang ketat. - JIKA itulah keputusan yang dibuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika membincangkan isu mengenai jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, maka jawapannya ialah - bersedialah untuk gagal sekali lagi!

2. Di bawah tawaran itu, Sathia akan membimbing skuad nasional untuk mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia mulai bulan depan sehingga ke perlawanan terakhir menentang Uzbekistan pada November depan. - Tindakan badan induk kebangsaan itu melanjutkan kontrak B Sathianathan selaku ketua jurulatih skuad negara sebagai satu keputusan yang menyedihkan serta mengecewakan hampir keseluruhan peminat dan pemerhati bola sepak Malaysia.

3. Namun, FAM menegaskan Sathia tidak akan terlibat dalam persediaan skuad nasional ke Sukan SEA di Laos tahun depan, sebaliknya tugas itu akan diisi oleh jurulatih lain. Mengumumkan lanjutan kontrak itu, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, jika bersetuju, pencapaian Sathia akan dianalisis berdasarkan pencapaian skuad nasional di sepanjang perlawanan kelayakan Piala Asia. - Pelantikan Sathianathan tidak akan mencatat kejayaan apa-apa buat bola sepak kita kerana ternyata beliau sudah gagal.

4. Selain itu, katanya, kedudukan skuad nasional dalam rangking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menjadi kayu ukur nasib Sathia sama ada akan terus bergelar jurulatih atau sebaliknya. ‘‘FAM menawarkan lanjutan kontrak kepada Sathia atas beberapa faktor, pertama kerana kita menaruh keyakinan terhadap skuad yang dibimbingnya. Ia merupakan skuad yang masih muda, masih dalam pembikinan dengan purata umur pemain 24 tahun yang belum menyerlahkan potensi maksimumnya." - Ia bukanlah satu keputusan yang positif dan bola sepak kita akan terus kekal begini. Jangan harap kita akan mencapai sesuatu yang boleh membanggakan.

5. FAM tidak mahu menggugurkan jurulatih serta pembubaran skuad seperti sebelum ini setiap kali gagal di kejohanan antarabangsa - Memang kurang manis apabila kita mengharapkan seseorang itu dipecat, tetapi di dalam bola sepak perkara ini (pemecatan) adalah sesuatu yang lumrah. Ia turut berlaku di seluruh dunia. Ramai jurulatih yang gagal mencapai sasaran, dipecat atau ditamatkan kontrak mereka. Keputusan FAM itu akan membunuh masa depan bola sepak kita dan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai cita-cita untuk berjaya.

0 comments: