CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 16 Januari 2008

[A.P.A.I] Adik Sharlinie

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala puji bagi الله Tuhan semesta alam Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda Ya الله Ya Tuhan kami Kami lemah Ya الله, hanya kepada Mu kami mohon pertolongan Ya الله Tolonglah kami mencari adik Sharlinie binti Mohd Nashar Agar kami dapat menjumpainya dalam keadaan yang selamat Ya الله Ya Tuhan kami yang melembutkan hati manusia Lembutkanlah hati penculik adik Sharlinie binti Mohd Nashar Agar dia dapat memelihara dan mengembalikan adikSharlinie kepada ibu bapanya Ya الله, segala usaha telah kami lakukan Segala tenaga telah kami kerahkan Namun Engkau Yang Lebih Berkuasa Sebenarnya Ya الله, teguhkanlah iman kami ini Teguhkanlah iman Puan Suraya binti Ahmad dan Encik Mohd Nashar bin Mat Hussain Ya الله, apalah cubaan yang menimpa negara Malaysia sekarang ini Ya الله, jadikanlah kejiranan kami,kejiranan yang berkasih sayang Ya الله, peliharakanlah kami, lindungilah kami dari orang yang zalim dan berbuat aniaya di Malaysia ini. Hanya kepada Mu kami berserah Kami hanya insan yang amat lemah Perkenankanlah doa kami ini Ya الله. Amin Dipetik dari - Hatimulia's Weblog

Rabu, 9 Januari 2008

[A.P.A.I] M.A.A.L H.I.J.R.A.H 1.4.2.9.H

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat yang telah dikurniakan sepanjang kehidupan kita di atas muka bumi-NYA ini. Dan InsyaAllah, esok kita akan menempuh Tahun Hijriah yang baru, 1429. Sama- sama kita berdoa agar diberikan kekuatan dan hidayah untuk menempuhi tahun baru ini dengan kehidupan yang lebih baik. Sama- sama berazam untuk mempertingkatkan dan memperbaiki diri sebagai seorang hamba di muka bumi Allah ini, InsyAllah.

- Salam Maal Hijrah 1429 - Apai

Selasa, 8 Januari 2008

[A.P.A.I] New Year @ Hospital PUSRAWI

Bersua kembali... Salam Tahun baru sekali lagi kepada semua. Mesti semua masih segar masuk tahun baru. Masing- masing tentu dah tanam azam dan impian yang ingin dicapai sepanjang tahun ini. InsyaAllah, sama- sama kita doakan yang terbaik untuk semua. Sekadar nak bercerita tentang memori kami menjelang tahun baru 2008. Our beloved son, Muhammad Zarif Hayyan dimasukkan ke hospital pada 31 Disember 2007 yang lalu selepas muntah dan cirit- birit selama beberapa hari. Dia start muntah selepas balik dari nursery hari Sabtu (29/12/2007). After 4-5 times muntah, kitorang ambil keputusan untuk bawa Hayyan ke Hospital PUSRAWI KL. Langsung tak makan apa- apa. Makan je, muntah semula. Susu pun macam tu jugak. Masa tue dah hampir pukul 12 tengah malam. Jumpa doktor, doktor check and doktor kata ada masalah 'tonsil'. Tonsil bengkak dan saluran sempit, itu la sebabnya dia 'tolak' apa sahaja makanan yang dia makan. Ambil ubat dan balik. Ingatkan dah ok, rupanya tidak. Dia berhenti muntah tapi start cirit- birit pulak on Sunday. Tapi tak terus bawak hospital lagi. Kitorang tunggu dulu...tengahari...petang...malam pun masih cirit birit, tak jugak kurang. Again, 11 lebih hari Ahad tu, bawa semula ke Hospital PUSRAWI KL. Doktor check dan still ambil ubat dulu. Selesai ambil ubat, balik semula ke rumah (Nasib baik la tak berapa nak jauh). Esoknya (Monday-31/12/2007), Abi gi kerja macam biasa and Mama ambil keputusan untuk jaga Hayyan kat rumah je (Emergency Leave). Nak hantar gi nursery pun, dia asyik cirit- birit je. tengahari tu, dia masih cirit- birit. Nampak gayanya, kena la jugak masuk hospital sebab badan dia pun dah lembik sebab kehilangan banyak air dalam badan. Lepas Asar, Mama, Moksu Ain and Tok Aboh bawa Hayyan gie Hospital PUSRAWI KL semula and terus kena tahan wad. Doktor masukkan air (air garam) dalam badan. Petang tu, lepas balik kerja, Abi terus ke Hospital PUSRAWI KL. So, malam tu Mama and Hayyan sambut Tahun 2008 kat hospital. After 3 days at the hospital, doktor benarkan Hayyan balik. Alhamdulillah dia kembali pulih seperti sediakala. Kembali melompat dan berjoget... Semoga kita semua dilimpahi kesihatan dan kebahagiaan InsyaAllah.