CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 23 Mac 2009

[A.P.A.I] Kecundang lagi...2 - 0

Apa sudah jadi? Adoi, kalah lagi hujung minggu lalu. Hari tu kalah kepada Liverpool 4 - 1. Kali ini tewas kepada Fulham pulak dengan jaringan 2-0. Liverpool dah merapatkan kedudukan di tangga kedua dengan 64 mata setelah berpesta gol ke atas Aston Villa 5 - 0. Kurang 1 mata di belakang Manchester United. Satu tekanan buat Manchester United untuk menjulang kejuaraan EPL musim ini. Persoalannya sekarang, mampukah skuad Alex Ferguson mencatatkan kembali kemenangan dalam perlawanan akan datang (baki perlawanan 9 lagi rasa-rasanya). Tambah pulak tonggak-tonggak utama digantung permainan akibat layangan kad merah...Rooney, Vidic, dan Paul Scholes. Boleh, mesti boleh la!

Ahad, 22 Mac 2009

[A.P.A.I] Watak dan Cerita Kartun Yang Hayyan Suka

Hah, inilah antara kartun-kartun yang menjadi kegemaran Hayyan dari kecil sampai sekarang. Sekarang ni, Adik Harraz pun turut sama tengok kartun-kartun ni. Kekadang tu Abi dengan Mama memang tak ada peluang tengok rancangan kat TV selagi cerita-cerita yang dia suka tak habis. Tapi selalunya, waktu siaran cerita-cerita yang dia suka tidak la mengganggu rancangan TV yang Abi nak tengok terutama EPL. Hahaha...tapi kan, kekadang tu kita pun layan tengok cerita-cerita kanak-kanak ni. Tak percaya...korang cuba tengok kartun wonderpets, jam 2.30 petang (setiap hari). Layan woo..siap boleh nyanyi sama-sama dengan anak-anak..
Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang, Membantu haiwan yang dalam kesusahan, Kami tak besar, Dan kami tak kuat, Bila Bekerjasama semua jadi mudah. Yeah, Wonder Pets! Yay!
Apa yang penting??
Kerjasama!
Apa yang penting?
Kerjasama!
Dulu masa Hayyan umur 1-2 tahun, ini la cerita yang abi dengan Mama bagi dia tengok pagi-pagi. Celik mata, pap buka TV..Bob The Builder. Ada sebab sebenarnya bagi dia tengok cerita ni, sebabnya supaya Mama boleh bersiap untuk pergi kerja atau menyediakan sarapan pagi pada Hari Sabtu dan Ahad.
Lepas habis Bob The Builder, sambung pulak Fireman Sam. Hayyan sampai sekarang, bila nampak kereta bomba, dia akan cakap "Abi, Fireman Sam". Thomas and Friends, hah ini pun satu lagi kartun yang dikategorikan MESTI TONTON oleh Hayyan.

Roary The Racing Car

Ini pulak siri kartun baru @ ASTRO CERIA yang Hayyan dan Harraz suka tengok sama-sama - Roary The Racing Car.Ultraman, ini memang tiada kompromi...kalau dah tengok, jangan harap abi dan mama boleh ubah siaran. Tunggu la sampai habis. Hayyan memang ada beberapa koleksi patung Ultraman tapi sekarang ni sekali-sekala aje dia main. Pernah Mama Hayyan tanya Hayyan,"Hayyan bila besar nanti nak jadi apa?". Dengan selamba Hayyan menjawab, "Hayyan nak jadi Ultraman Tiga!". Hahaha..betapa berpengaruhnya kartun di kalangan kanak-kanak.

Sepanjang pengetahuan aku, dekat rumah memang tak pernah tengok kartun BEN 10 tapi sekarang ni Hayyan cukup suka dengan merchandise BEN 10. Pantang nampak, dia akan pancing Abi atau Mama untuk beli terutama baju dan buku mewarna.

Ninja Boy ni selalu ditonton selepas balik dari Nurseri pada waktu petang. Termasuk la kartun Upin dan Ipin yang ditayangkan pada 7.00 petang. Tayangan 5 minit jer...Yang ni pulak, Kampung Boy selalu ditonton pada waktu malam bila Hayyan tidur lewat. 11.30 malam kalau tak silap.

Alah, dulu-dulu masa kecil, kita pun layan kartun jugak kan? Tranformer, HeMan, Thundercat dan macam-macam lagi. Haha...

Jumaat, 20 Mac 2009

[A.P.A.I] Tahniah Kepada Team Upin dan Ipin

Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan tahniah kepada Team Upin dan Ipin, Geng : Pengembaraan Bermula...di atas kejayaan menghasilkan sebuah filem animasi yang terbaik buatan anak tempatan.
Selepas hampir sebulan filem ini ditayangkan, Alhamdulillah aku sempat juga menunaikan janji kepada Hayyan yang berkali-kali menyebut..."Alah, Hayyan tak tengok lagi Upin dan Ipin" (dengan nada sedih). Memandangkan aku tak jadi pergi ke Kursus Budaya Kerja Cemerlang di Cherating pada 13-15 yang lepas, aku pun bawa Hayyan dan Harraz pergi tengok filem ini. Memang menghiburkan...Hayyan dari awal sampai habis menumpukan perhatian kepada filem ini. Adik Harraz pun boleh gelak tengok...walaupun tak faham. Tak rugi bawa keluarga tengok filem ni. Hayyan siap nak ajak tengok sekali lagi. Kepada mereka yang belum tengok, dikhabarkan filem ini masih ditayangkan di pawagam-pawagam utama sepanjang cuti sekolah ini.
Maklumat lanjut boleh didapati dari laman blog rasmi Les' Copaque. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat di dalam menghasilkan filem ini.

[A.P.A.I] Di Kesempatan Yang Ada...

Selepas berminggu-minggu bergelumang dengan tugasan pejabat, kertas kerja, minit mesyuarat, kursus dan bengkel yang dianjurkan, hari ni baru berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Memang banyak sangat cerita yang dah ketinggalan tapi kebanyakan cerita pasal keluarga aku telah dicoretkan di Blog Mama Hayyan. So, kepada kawan-kawan...kalau aku tak update blog ni, korang boleh la jugak jenguk ke blog Mama Hayyan (tapi kadang-kadang tu, kedua-duanya bersawang...hihi).
Actually tak ada tajuk yang spesifik...cuma teringat ada beberapa gambar yang masih belum diabadikan di blog ini. Dah lama sangat simpan gambar ni. Sepatutnya nak upload dalam coretan Balik Kampung - Siri 4 tapi tak berkesempatan. So, hari ni aku upload juga walaupun dah lama. Kawan lama...Mama dengan sahabat karib (ASMARIAN), Sone dan Abe Mizan. Kitorang bertemu di Kuala Terengganu (Rumah Tok Aboh) waktu balik cuti bulan Disember lepas. Kebetulan Sone dan Mizan balik bercuti di Dungun dan ada urusan di Kuala Terengganu, so diorang datang ke rumah mentua aku. Bukan senang nak jumpa kawan lama kan? So, hargailah kesempatan yang ada. Yelah, Sone dan Mizan sekarang menetap di Perlis. Kami pulak di Kuala Lumpur. Bersama kids...yang aku pegang tu, Alesha (anak Sone dan Mizan), Mama pangku Harraz, di barisan hadapan, dari kanan Hayyan, Nisa dan Akil (sepupu Hayyan).Mr. Papa memangku Alesha dan Harraz. InsyaAllah, ada kesempatan nanti, kita jumpa lagi.
Apai : Masih menunggu hadiah misteri daripada Sone sebab berjaya meneka kuiz yang dianjurkan oleh Sone hari tu --> Sapa Nak Hadiah?? Cepat..Cepat. Haha..

Isnin, 2 Mac 2009

[A.P.A.I] 4 - 1

Manchester United sekali lagi mencatatkan kejuaraan berganda untuk musim ini selepas menundukkan Tottenham dengan jaringan 4 - 1 melalui penentuan sepakan penalti selepas permainan terikat 0 - 0 selama 120 minit. Glory..glory Man United!

Dua tonggak utama Manchester United (Rio Ferdinand & Ryan Giggs) tersenyum riang selepas Manchester United sah menjadi JUARA PIALA LIGA selepas Anderson berjaya menjaringkan gol ke empat untuk United.