CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 22 Mac 2009

[A.P.A.I] Watak dan Cerita Kartun Yang Hayyan Suka

Hah, inilah antara kartun-kartun yang menjadi kegemaran Hayyan dari kecil sampai sekarang. Sekarang ni, Adik Harraz pun turut sama tengok kartun-kartun ni. Kekadang tu Abi dengan Mama memang tak ada peluang tengok rancangan kat TV selagi cerita-cerita yang dia suka tak habis. Tapi selalunya, waktu siaran cerita-cerita yang dia suka tidak la mengganggu rancangan TV yang Abi nak tengok terutama EPL. Hahaha...tapi kan, kekadang tu kita pun layan tengok cerita-cerita kanak-kanak ni. Tak percaya...korang cuba tengok kartun wonderpets, jam 2.30 petang (setiap hari). Layan woo..siap boleh nyanyi sama-sama dengan anak-anak..
Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang, Membantu haiwan yang dalam kesusahan, Kami tak besar, Dan kami tak kuat, Bila Bekerjasama semua jadi mudah. Yeah, Wonder Pets! Yay!
Apa yang penting??
Kerjasama!
Apa yang penting?
Kerjasama!
Dulu masa Hayyan umur 1-2 tahun, ini la cerita yang abi dengan Mama bagi dia tengok pagi-pagi. Celik mata, pap buka TV..Bob The Builder. Ada sebab sebenarnya bagi dia tengok cerita ni, sebabnya supaya Mama boleh bersiap untuk pergi kerja atau menyediakan sarapan pagi pada Hari Sabtu dan Ahad.
Lepas habis Bob The Builder, sambung pulak Fireman Sam. Hayyan sampai sekarang, bila nampak kereta bomba, dia akan cakap "Abi, Fireman Sam". Thomas and Friends, hah ini pun satu lagi kartun yang dikategorikan MESTI TONTON oleh Hayyan.

Roary The Racing Car

Ini pulak siri kartun baru @ ASTRO CERIA yang Hayyan dan Harraz suka tengok sama-sama - Roary The Racing Car.Ultraman, ini memang tiada kompromi...kalau dah tengok, jangan harap abi dan mama boleh ubah siaran. Tunggu la sampai habis. Hayyan memang ada beberapa koleksi patung Ultraman tapi sekarang ni sekali-sekala aje dia main. Pernah Mama Hayyan tanya Hayyan,"Hayyan bila besar nanti nak jadi apa?". Dengan selamba Hayyan menjawab, "Hayyan nak jadi Ultraman Tiga!". Hahaha..betapa berpengaruhnya kartun di kalangan kanak-kanak.

Sepanjang pengetahuan aku, dekat rumah memang tak pernah tengok kartun BEN 10 tapi sekarang ni Hayyan cukup suka dengan merchandise BEN 10. Pantang nampak, dia akan pancing Abi atau Mama untuk beli terutama baju dan buku mewarna.

Ninja Boy ni selalu ditonton selepas balik dari Nurseri pada waktu petang. Termasuk la kartun Upin dan Ipin yang ditayangkan pada 7.00 petang. Tayangan 5 minit jer...Yang ni pulak, Kampung Boy selalu ditonton pada waktu malam bila Hayyan tidur lewat. 11.30 malam kalau tak silap.

Alah, dulu-dulu masa kecil, kita pun layan kartun jugak kan? Tranformer, HeMan, Thundercat dan macam-macam lagi. Haha...

0 comments: