CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 3 April 2009

[A.P.A.I] Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua

Sekadar berkongsi...fikir-fikirkan lah.

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua dan gemuk. Tapi tahukah anda semua wahai kaum suami, sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk. Tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami, layan makan, buat2 tak dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya, takut membazir. Membazir amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "Kau ni kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, si ayah tidur mati. Kalau dengar pun buat2 tidur lena sebab malas nak bangun. Si isteri entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker...tak akan hilang. Kan petua utk cantik minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, nak kena uruskan anak2, nak uruskan si suami. Nak itu, nak ini...So,wanita pun membebel, marah2 dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua.
Kesimpulannya
Wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada dan anda perlu memikul tanggungjawab, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia.

3 comments:

fauziharis berkata...

Ada juga kebenarannya tu. Hari tu masa wife aku masuk wad lepas bersalin anak kedua ni, aku kena jadi "suri rumah". memang masa tu terasa betul yg menjadi suri rumah ni memang satu "kerja" yang cukup sukar.

Bagi mereka yang selalu komen aje kat isteri, cuba ambik cuti rehat sehari dari kerja hakiki dan ambil peluang jadi suri rumah sehari je. biar isteri rehat satu hari. Tengok apa akan jadi!.

Diamilikku berkata...

oowhh banyak yang tak kena dalam konteks ku...mizan yg tukang perabih makan..mizan yang tukang bangun tgh malam buat susu alesha....mizan jugak yang banyak buat keje2 umah especially laundry...

Apai berkata...

Pojie: Aku rasa yang sepatutnya, kita kena sentiasa bekerjasama (bak kata Wonderpets). Tak boleh harapkan satu pihak aje. Baru la ringan sikit beban tugas. Bahagi-bahagikan tugas.

Sone: Boleh la calonkan Mizan sebagai suami Mithali macam ni...