CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 28 Mei 2009

[A.P.A.I] BARcelONA (2) - MANchesTER UNitED (0)

Kejuaraan Liga Juara-Juara Musim ini menjadi milik Barcelona apabila berjaya menumpaskan Manchester United pada awal pagi tadi. Gol pertama jaringan Samuel Eto'o pada minit ke-10 dan jaringan pada babak kedua oleh Lionel Messi telah menghampakan barisan pemain Manchester United. Barisan pemain Alex Furgeson nampak hilang arah dengan jaringan awal Samuel Eto'o. Penguasaan bola di bahagian tengah oleh Barcelona serta kekangan yang amat baik oleh Puyol dan rakan-rakan di bahagian benteng pertahanan Barcelona, menyukarkan lagi barisan hadapan Manchester United. Barcelona bermain lebih baik dan mereka layak menang :(
Dua pemusnah...Samuel Eto'o dan Lionel Messi.

2 comments:

saiful berkata...

Apa pun, memang enjoy game malam tu...

Apai berkata...

Saiful: Betul tu..yang paling penting, game enjoy. Anyway, tahniah juga kepada anda sebagai penyokong Barcelona.