CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 28 Julai 2009

[A.P.A.I] Where Are You Now?

Khamis, 23 Julai 2009

[A.P.A.I] Wang Kertas RM50 Baru

Tetiba rasa terkejut pulak bila tengok wang kertas RM50 berwajah baru keluar dari mesin ATM. Baru la teringat baru-baru ni Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penggunaan wang kertas baru RM 50 reka bentuk baru. Wang kertas ini mula dikeluarkan pada 15 Julai 2009 yang lalu.

Nampak lebih selamat. Serba sedikit maklumat mengenai wang kertas baru ini:

Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.

Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.

Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal

  • Potret Tera Air dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih muda atau gelap berbanding dengan warna kertas sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Pada bahagian bawah potret tera air ini angka 50 dapat dilihat dengan jelas.
  • Tanda Pandang Telus memaparkan corak songket pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas apabila wang kertas ini diletakkan pada cahaya.
  • Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas akan berkilau dalam warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu.
  • Huruf Mikro "BNM RM50" yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.
  • Jalur Holografik memaparkan angka 50 dan juga bunga raya.
  • Imej Pendam Pelbagai Warna dengan angka 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.
  • Ciri Anti Pengimbas menyebabkan beberapa reka bentuk tertentu tidak boleh diimbas oleh mesin pengimbas.
  • Ciri Braille untuk orang yang cacat penglihatan.

Wang kertas RM50 baharu ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang moden dan inovatif dengan tujuan utamanya adalah untuk menghalang cubaan pemalsuan. Orang ramai dinasihati supaya mengambil perhatian terhadap ciri keselamatan dan reka bentuk yang dinyatakan di atas. Siri reka bentuk wang kertas RM50 yang sedia ada akan terus sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama-sama wang kertas baharu RM50 ini sehingga ia dikeluarkan dari edaran secara berperingkat-peringkat. Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan.

Nota: Sumber maklumat diperolehi dari Laman Sesawang Bank Negara Malaysia.

Selasa, 21 Julai 2009

[A.P.A.I] Hadiah Dari Mama

Hari ni dapat hadiah 'surprise' dari Mama waktu nak keluar kerja. Hadiah ulangtahun perkahwinan (30 April) + hadiah hari bapa + hadiah hari lahir (30 Jun)...3 + 1. Yang penting, hadiah ni memang sangat-sangat berguna memandangkan aku dah lama tak guna benda ni. Yang lama dah jahanam dan tak berganti-ganti. Akhirnya, Mama hadiahkan yang baru...

Hahaha..inilah hadiah nyer. Anyway, gambor di atas hanyalah hiasan sahaja. Takder kamera nak tangkap gambor wallet baru, so cilok dari laman web FOSSIL jer la. Tapi wallet yang Mama bagi memang sebiji design dia macam ni la. Warna jer lain. Hadiah ni Mama kirim kat Adik Ipar aku yang baru balik jalan-jalan makan angin kat London. Thank you Mama! Love Ue!

Rabu, 8 Julai 2009

[A.P.A.I] Jom Balik Ke Sekolah!

Sedar tak sedar SEKOLAH IZZUDDIN SHAH & SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TA’AYAH (SISTA) telah menjangkau usia 50 tahun pada 2009. Sejak itu jugalah, ramai tokoh-tokoh pelbagai bidang dilahirkan dari sekolah ini. Yang tengah dalam pembikinan menjadi tokoh pun ramai gak. Salah seorang yang korang mesti kenal, Yg. Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Ini adalah kumpulan pelajar terawal yang belajar kat SIS (Sumber Gambar dari Laman Web Sekolah Izzuddin Shah). Tahun 1959...baru lepas merdeka. Pergh, memang nostalgia habis gambar ni. Kalau tak silap aku, bukit dalam gambar tu, bukit yang dok ada kat SIS tu la sekarang ni. Seingat aku, masa aku sekolah dulu ada tangga naik ke kuarters cikgu.

Kepada kawan-kawan yang dah lupa lagu sekolah, cuba ingatkan balik.

Marilah bergerak maju

Menuntut segala ilmu

Menuju kemuliaan

Mencapai kebahagiaan

Rohani dan jasmani

Tabahkan dalam hati

Junjung titah Ilahi

Dengan suci dan murni

Berazam dan berbakti yang abadi

Kukuhkanlah semangat

Menyumbangkanlah khidmat

Terhadap masyarakat

Dunia dan akhirat

Kukuhkanlah semangat

Menyumbangkanlah khidmat

Terhadap masyarakat

Dunia dan akhirat

Banyak kenangan kat sekolah ni, maklumlah 5 tahun membesar kat sini. Jadi sempena Sambutan Jubli Emas SISTA, aku nak ajak kawan-kawan SISTA yang berkelapangan join program-program yang telah diatur oleh pihak ALUMNI SISTA dari bulan Mei 2009 hingga 2010 nanti...Macam-Macam Ada!

14 Mei 2009 (Khamis) Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh

9 Julai 2009 (Khamis) Forum Perdana (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)

11 Julai 2009 (Sabtu) Perlawanan Bolasepak Bekas Pelajar vs SIS (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)

2 Ogos 2009 (Ahad) Majlis Santapan DiRaja (Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan)

5 September 2009 (Sabtu) Majlis Berbuka Puasa (Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

18 Oktober 2009 (Ahad) Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI SISTA & KOSISTA Jamuan Mesra Aidilfitri (Sekola Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

24 Oktober 2009 (Sabtu) Seminar Khat & Jawi (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh) 14 November 2009 (Sabtu) Pertandingan Bahas & Syarahan (3 Bahasa) Antara Sekolah Agama (Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

29 November 2009 (Ahad) Majlis Qurban (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)

5 Disember 2009 (Sabtu) Pertandingan Golf (Kinta Golf Club, Batu Gajah)

29 – 31 Januari 2010 (Jumaat – Ahad) Pameran & Karnival (Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh)

20 Februari 2010 (Sabtu) Karnival Sukan Tahunan (Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

Tarikh dan masa program tertakluk kepada pindaan. Untuk pengesahan boleh dapatkan maklumat melalui Laman Web ALUMNI SISTA – www.e-alumnisista.com atau hubungi Pejabat Alumni SISTA – 05 527 8525.

Kepada rakan-rakan SISTA, ayuh sertai program-program yang telah diatur...Jom Balik Ke Sekolah!

Terkini : 11 Julai 2009 (Sabtu)

Perlawanan Bolasepak

Bekas Pelajar SIS vs Pasukan Bolasepak SIS 2009

Padang Bolasepak Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh

5.00 petang

Kepada rakan-rakan batch ’96 yang berkelapangan dan ingin mempamerkan kembali bakat yang telah lama ditinggalkan, khidmat korang amat diperlukan untuk menentang team bolasepak SIS 2009. Sila berhubung dgn aku atau Bro. Sham Hassan (batch ’84) - 019 555 2838 untuk pengesahan.

Khamis, 2 Julai 2009

[A.P.A.I] B.I.RthD.A.Y

Sekali lagi blog ini ditinggalkan tanpa ‘entry’ untuk satu tempoh yang agak panjang. Sebab utama blog ini tidak dikemaskini adalah kerana gangguan rangkaian internet di pejabat sejak 2 minggu lalu. Rangkaian internet kat sini dah macam iklan biskut Chipsmore, kejap ada...kejap tak ada. Kat pejabat je la pun nak kemaskini blog, kat rumah memang tak ada akses internet...itu pun kalau sempat di celah-celah kekalutan kerja-kerja kat pejabat. Macam sekarang ni..hehe..tengah free la ni. Sementara menunggu ‘kerajaan baru’ untuk ditadbir. Entry kali ni aku nak bagitau korang pasal BIRTHDAY. Dalam keluarga aku, bulan Jun memang meriah la sebab ada 4 orang sambut birthday pada bulan ni...aku, Mama Hayyan, Muhammad Qayyim Harraz dan bapa mentua aku. 5 Jun 2009 – Muhammad Qayyim Harraz Yeay, umur saya dah 1 tahun! Kami buat jamuan makan-makan secara sederhana sahaja yang disertai oleh kaum keluarga. Masa tu kami balik kampung di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Hah, tengok la...orang lain yang sambut birthday, orang lain yang potong kek. Mewakili la konon nyer. Adik Harraz tengok je la dari belakang. Kek Harraz sebelum dilanyak oleh Abang Hayyan. Rasa nyer boleh tahan. Tapi biasa la budak-budak, bukan makan sangat pun. Time nak potong kek tu jer yang kecoh dan 'excited'. Lepas tu, tinggal camtu jer.

15 Jun 2009 - Bapa Mentuaku, Syed Khastudin

15 Jun pulak adalah hari lahir bapa mentua aku. Kitorang belikan sekali kek semasa sambut birthday Harraz. Sekali jalan la senang, baru meriah.Antara juadah makanan yang telah dimasak oleh ibu mertuaku sewaktu sambut birthday Aboh dan Harraz, Mee Rebus...

26 Jun 2009 - Isteri Tersayang, Sharifah Nadia a.k.a Mama Hayyan & Harraz

Tahun ni birthday Mama takder surprise. Tapi still masih ada celebration. Aku bawa pi makan kat Suria Station Kopitiam @ Selayang. Tempat ni food dia simple tapi best. Aku suka dia punya western food.Merakamkan gambar sementara menunggu makanan sampai. Ini kali kedua kami makan kat sini.

30 Jun 2009 - Aku dah 30 tahun!

Tahun ni, aku pula dikejutkan oleh isteriku yang 'terchenta'...balik rumah lepas kerja, masuk bilik...jeng...jeng..jeng..ada hadiah atas katil. Terkedu seketika bila tengok hadiah tu. Tak sangka langsung ada surprise untuk hari lahir aku kali ni. Memang kebiasaannya sambutan hari lahir aku takder apa-apa. Tapi kali ni memang surprise la!Hah, ini la hadiah yang aku terima untuk hari lahirku yang ke-30. Best ooo...boleh makan puas-puas. Belum apa-apa lagi, Hayyan dan Harraz dah berebut-rebut nak makan. Haha..

To my beloved wife, thank you so much di atas hadiah dan ingatan yang diberikan ini. Love Mama, Hayyan and Harraz...