CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 8 Julai 2009

[A.P.A.I] Jom Balik Ke Sekolah!

Sedar tak sedar SEKOLAH IZZUDDIN SHAH & SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TA’AYAH (SISTA) telah menjangkau usia 50 tahun pada 2009. Sejak itu jugalah, ramai tokoh-tokoh pelbagai bidang dilahirkan dari sekolah ini. Yang tengah dalam pembikinan menjadi tokoh pun ramai gak. Salah seorang yang korang mesti kenal, Yg. Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Ini adalah kumpulan pelajar terawal yang belajar kat SIS (Sumber Gambar dari Laman Web Sekolah Izzuddin Shah). Tahun 1959...baru lepas merdeka. Pergh, memang nostalgia habis gambar ni. Kalau tak silap aku, bukit dalam gambar tu, bukit yang dok ada kat SIS tu la sekarang ni. Seingat aku, masa aku sekolah dulu ada tangga naik ke kuarters cikgu.

Kepada kawan-kawan yang dah lupa lagu sekolah, cuba ingatkan balik.

Marilah bergerak maju

Menuntut segala ilmu

Menuju kemuliaan

Mencapai kebahagiaan

Rohani dan jasmani

Tabahkan dalam hati

Junjung titah Ilahi

Dengan suci dan murni

Berazam dan berbakti yang abadi

Kukuhkanlah semangat

Menyumbangkanlah khidmat

Terhadap masyarakat

Dunia dan akhirat

Kukuhkanlah semangat

Menyumbangkanlah khidmat

Terhadap masyarakat

Dunia dan akhirat

Banyak kenangan kat sekolah ni, maklumlah 5 tahun membesar kat sini. Jadi sempena Sambutan Jubli Emas SISTA, aku nak ajak kawan-kawan SISTA yang berkelapangan join program-program yang telah diatur oleh pihak ALUMNI SISTA dari bulan Mei 2009 hingga 2010 nanti...Macam-Macam Ada!

14 Mei 2009 (Khamis) Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh

9 Julai 2009 (Khamis) Forum Perdana (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)

11 Julai 2009 (Sabtu) Perlawanan Bolasepak Bekas Pelajar vs SIS (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)

2 Ogos 2009 (Ahad) Majlis Santapan DiRaja (Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan)

5 September 2009 (Sabtu) Majlis Berbuka Puasa (Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

18 Oktober 2009 (Ahad) Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI SISTA & KOSISTA Jamuan Mesra Aidilfitri (Sekola Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

24 Oktober 2009 (Sabtu) Seminar Khat & Jawi (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh) 14 November 2009 (Sabtu) Pertandingan Bahas & Syarahan (3 Bahasa) Antara Sekolah Agama (Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

29 November 2009 (Ahad) Majlis Qurban (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)

5 Disember 2009 (Sabtu) Pertandingan Golf (Kinta Golf Club, Batu Gajah)

29 – 31 Januari 2010 (Jumaat – Ahad) Pameran & Karnival (Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh)

20 Februari 2010 (Sabtu) Karnival Sukan Tahunan (Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

Tarikh dan masa program tertakluk kepada pindaan. Untuk pengesahan boleh dapatkan maklumat melalui Laman Web ALUMNI SISTA – www.e-alumnisista.com atau hubungi Pejabat Alumni SISTA – 05 527 8525.

Kepada rakan-rakan SISTA, ayuh sertai program-program yang telah diatur...Jom Balik Ke Sekolah!

Terkini : 11 Julai 2009 (Sabtu)

Perlawanan Bolasepak

Bekas Pelajar SIS vs Pasukan Bolasepak SIS 2009

Padang Bolasepak Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh

5.00 petang

Kepada rakan-rakan batch ’96 yang berkelapangan dan ingin mempamerkan kembali bakat yang telah lama ditinggalkan, khidmat korang amat diperlukan untuk menentang team bolasepak SIS 2009. Sila berhubung dgn aku atau Bro. Sham Hassan (batch ’84) - 019 555 2838 untuk pengesahan.

0 comments: