CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 23 Julai 2009

[A.P.A.I] Wang Kertas RM50 Baru

Tetiba rasa terkejut pulak bila tengok wang kertas RM50 berwajah baru keluar dari mesin ATM. Baru la teringat baru-baru ni Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penggunaan wang kertas baru RM 50 reka bentuk baru. Wang kertas ini mula dikeluarkan pada 15 Julai 2009 yang lalu.

Nampak lebih selamat. Serba sedikit maklumat mengenai wang kertas baru ini:

Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.

Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.

Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal

  • Potret Tera Air dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih muda atau gelap berbanding dengan warna kertas sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Pada bahagian bawah potret tera air ini angka 50 dapat dilihat dengan jelas.
  • Tanda Pandang Telus memaparkan corak songket pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas apabila wang kertas ini diletakkan pada cahaya.
  • Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas akan berkilau dalam warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu.
  • Huruf Mikro "BNM RM50" yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.
  • Jalur Holografik memaparkan angka 50 dan juga bunga raya.
  • Imej Pendam Pelbagai Warna dengan angka 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.
  • Ciri Anti Pengimbas menyebabkan beberapa reka bentuk tertentu tidak boleh diimbas oleh mesin pengimbas.
  • Ciri Braille untuk orang yang cacat penglihatan.

Wang kertas RM50 baharu ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang moden dan inovatif dengan tujuan utamanya adalah untuk menghalang cubaan pemalsuan. Orang ramai dinasihati supaya mengambil perhatian terhadap ciri keselamatan dan reka bentuk yang dinyatakan di atas. Siri reka bentuk wang kertas RM50 yang sedia ada akan terus sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama-sama wang kertas baharu RM50 ini sehingga ia dikeluarkan dari edaran secara berperingkat-peringkat. Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan.

Nota: Sumber maklumat diperolehi dari Laman Sesawang Bank Negara Malaysia.

2 comments:

Diamilikku berkata...

erkkk..baru ke kuar..sone ada sekeping duit 50 baru ni..withdraw masa pi sukan staf kat kuching last year...mula2 ingat duit palsu..tapi rupanya duit baru...heheheh..nmpknya kt semenaanjung nih baru lg la kan

Apai berkata...

Sone : Oh ye ke dah pernah keluar. Tak tahu pulak. Rujuk laman web Bank Negara Malaysia (BNM), diorang kata pengeluran wang baru ni bermula 15 Julai 2009. Mungkin yang Sone dapat tu, special edition kot masa tu :)