CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 27 Ogos 2009

[A.P.A.I] Balik Berbuka Puasa Di Kampung

Salam...
InsyaAllah esok (28.08.09) kami sekeluarga akan pulang ke kampung di Seberang Takir, Kuala Terengganu sempena cuti Merdeka yang jatuh pada hari Isnin. So dapatlah balik kampung beberapa hari. Paling best dapat berbuka puasa bersama keluarga di sana. Dalam kepala dah ada plan dah nak ronda-ronda Bazaar Ramadhan di sana. Kebiasaannya aku akan pergi menjenguk di dua lokasi utama iaitu di Bazaar Ramadhan Batu 6 dan Bazaar Ramadhan Gong Badak. Bazaar Ramadhan kat sana memang banyak juadah nyer. Memang kekadang tu sampai tak tahu nak pilih makanan. Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan balik...
Oh yer, sekarang ni aku dah ada di Facebook. Baru join 2-3 hari lepas. InsyaAllah dapat la berhubung semula dengan rakan-rakan lama terutama rakan-rakan SIS, UIA dan rakan-rakan sekerja di UKM. Tak sempat lagi nak add semua rakan-rakan yang dikenali. Ambil masa sikit la yek. Tapi kalau ada rakan-rakan yang terjumpa aku di Facebook, sudi-sudilah masukkan aku dalam list korang yek.

Isnin, 24 Ogos 2009

[A.P.A.I] Nikmat Sihat

Sekali lagi blog ini ditinggalkan tanpa 'entry' begitu lama. Sebab utama, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan selama beberapa minggu. Pada awal Ogos yang lalu, aku ke Kelantan menghadiri Seminar Kebangsaan Pentadbir IPT yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia di Hotel New Pacific, Kota Bharu. Seminggu lepas balik, terlantar demam 2 hari. Mula-mula Hayyan demam. Dia dah kebah sikit, aku pulak demam. Elok aku baik demam, Harraz pulak sambung. Cuma Mama jer tak join...Alhamdulillah. Kalau tak, sapa nak jaga makan dan minum kami. Tq Mama, We love You So Much!
Kemungkinan besar demam dan batuk yang aku kena kali ni gara-gara amalan minum air batu yang berlebihan. Tapi kerisauan tetap ada sebab aku ke Kota Bharu dengan kapal terbang. So, risau jugak kot-kot ada virus Influenza A H1N1 yang terlepas sewaktu dalam penerbangan tu. Alhamdulillah Dr. kata demam biasa dan tonsil bengkak. Hah, belasah lagi ais. Demam cepat sembuh cuma batuk yang agak teruk. Seminggu tidur malam terganggu. Sakit dada dibuatnya. Bila tidur tak cukup, emosi mula terganggu. Nak fokus kerja pun susah kat pejabat. Macam-macam usaha diikhtiarkan. Minum Air Limau Nipis + Madu. 2 kali jumpa doktor dan minta tukar ubat batuk. Masih tidak menunjukkan perubahan. Beli pulak ubat batuk yang dijual...Hurix. 4 kali sehari teguk Hurix dan Alhamdulillah, barulah mula menampakkan perubahan. 2 hari sebelum memulakan puasa Ramadhan, wife aku belikan Vitamin (tak ingat namanya tapi kandungannya halia) di Farmasi @ Carrefour Wangsa Maju. Pagi telan 2 biji, malam telan 2 biji. Batuk semakin berkurangan walaupun ada la sikit-sikit lagi kedengaran sekali sekala. Alhamdulillah, masuk jer puasa, sekali sekala jer batuk. Peringatan yang amat penting buat masa ini untuk diri aku, DILARANG MINUM AIR BATU...huh, susah jugak tu. InsyaAllah, kena buat jugak sebab dah 2 minggu sengsara dek kerana batuk 'degil' ni.
Begitulah lumrah kita hidup ni. Adakalanya kita sihat dan adakalanya kita sakit. Sebab tu Rasul SAW ada mengingatkan dalam sebuah hadith, pergunakanlah waktu sihat sebelum kamu sakit. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan kali ini.
Pose weh...jangan buat-buat terlupa pulak!