CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 24 Ogos 2009

[A.P.A.I] Nikmat Sihat

Sekali lagi blog ini ditinggalkan tanpa 'entry' begitu lama. Sebab utama, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan selama beberapa minggu. Pada awal Ogos yang lalu, aku ke Kelantan menghadiri Seminar Kebangsaan Pentadbir IPT yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia di Hotel New Pacific, Kota Bharu. Seminggu lepas balik, terlantar demam 2 hari. Mula-mula Hayyan demam. Dia dah kebah sikit, aku pulak demam. Elok aku baik demam, Harraz pulak sambung. Cuma Mama jer tak join...Alhamdulillah. Kalau tak, sapa nak jaga makan dan minum kami. Tq Mama, We love You So Much!
Kemungkinan besar demam dan batuk yang aku kena kali ni gara-gara amalan minum air batu yang berlebihan. Tapi kerisauan tetap ada sebab aku ke Kota Bharu dengan kapal terbang. So, risau jugak kot-kot ada virus Influenza A H1N1 yang terlepas sewaktu dalam penerbangan tu. Alhamdulillah Dr. kata demam biasa dan tonsil bengkak. Hah, belasah lagi ais. Demam cepat sembuh cuma batuk yang agak teruk. Seminggu tidur malam terganggu. Sakit dada dibuatnya. Bila tidur tak cukup, emosi mula terganggu. Nak fokus kerja pun susah kat pejabat. Macam-macam usaha diikhtiarkan. Minum Air Limau Nipis + Madu. 2 kali jumpa doktor dan minta tukar ubat batuk. Masih tidak menunjukkan perubahan. Beli pulak ubat batuk yang dijual...Hurix. 4 kali sehari teguk Hurix dan Alhamdulillah, barulah mula menampakkan perubahan. 2 hari sebelum memulakan puasa Ramadhan, wife aku belikan Vitamin (tak ingat namanya tapi kandungannya halia) di Farmasi @ Carrefour Wangsa Maju. Pagi telan 2 biji, malam telan 2 biji. Batuk semakin berkurangan walaupun ada la sikit-sikit lagi kedengaran sekali sekala. Alhamdulillah, masuk jer puasa, sekali sekala jer batuk. Peringatan yang amat penting buat masa ini untuk diri aku, DILARANG MINUM AIR BATU...huh, susah jugak tu. InsyaAllah, kena buat jugak sebab dah 2 minggu sengsara dek kerana batuk 'degil' ni.
Begitulah lumrah kita hidup ni. Adakalanya kita sihat dan adakalanya kita sakit. Sebab tu Rasul SAW ada mengingatkan dalam sebuah hadith, pergunakanlah waktu sihat sebelum kamu sakit. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan kali ini.
Pose weh...jangan buat-buat terlupa pulak!

4 comments:

dwanz berkata...

semoga cepat sembuh dan pulih seperti biasa... insyaallah

Apai berkata...

1. Terima kasih Duan. Di kala usia semakin meningkat ni, bila demam, lebih teruk dari budak-budak.

2. Selamat Berpuasa dan Bertarawih. Tentatif ko bulan Ramadhan ni dah tentu penuh dengan jemputan majlis berbuka puasa di sana sini.

Naddiea berkata...

Abi,supplement tu namanya Garlic Tablet.x de kene mengena dengan halia.

Apai berkata...

Alamak, ye ke? Main telan jer, tak baca dah label dia. Mana pulak datang nyer halia. Haha...