CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 27 Ogos 2009

[A.P.A.I] Balik Berbuka Puasa Di Kampung

Salam...
InsyaAllah esok (28.08.09) kami sekeluarga akan pulang ke kampung di Seberang Takir, Kuala Terengganu sempena cuti Merdeka yang jatuh pada hari Isnin. So dapatlah balik kampung beberapa hari. Paling best dapat berbuka puasa bersama keluarga di sana. Dalam kepala dah ada plan dah nak ronda-ronda Bazaar Ramadhan di sana. Kebiasaannya aku akan pergi menjenguk di dua lokasi utama iaitu di Bazaar Ramadhan Batu 6 dan Bazaar Ramadhan Gong Badak. Bazaar Ramadhan kat sana memang banyak juadah nyer. Memang kekadang tu sampai tak tahu nak pilih makanan. Doakan perjalanan kami sekeluarga selamat pergi dan balik...
Oh yer, sekarang ni aku dah ada di Facebook. Baru join 2-3 hari lepas. InsyaAllah dapat la berhubung semula dengan rakan-rakan lama terutama rakan-rakan SIS, UIA dan rakan-rakan sekerja di UKM. Tak sempat lagi nak add semua rakan-rakan yang dikenali. Ambil masa sikit la yek. Tapi kalau ada rakan-rakan yang terjumpa aku di Facebook, sudi-sudilah masukkan aku dalam list korang yek.

4 comments:

Azwani Shaari berkata...

wahhh best dpt balik kg.. slmt menjalani ibadah puasa :)

Diamilikku berkata...

ish ish ish.....nak balik ganu yer..bestnya.....

Apai berkata...

Cikgu Wani : Memang syok dapat balik kampung. Tambahan pulak bulan Ramadhan, dapat berbuka puasa bersama keluarga. Selamat berpuasa di perantauan.

Apai berkata...

Sone : InsyaAllah, lepas habis berpantang nanti, boleh la balik ke Ganu.