CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 3 September 2009

[A.P.A.I] Ceritera Balik Kampung Cuti Merdeka

Alhamdulillah, perjalanan balik kampung kami sekeluarga di Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 28.08.09 hingga 31.08.09 yang lalu semuanya selamat. Cuma pada petang Sabtu (29.08.09), kereta aku terlibat dalam kemalangan kecil ketika balik dari mencari juadah di Bazaar Ramadhan berdekatan rumah bapa mentua aku. Memang di luar jangkaan, tahu-tahu kereta dah kena 'hentam' di sebelah kiri bahagian hadapan ketika di seimpang empat. Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un...kerosakan yang dialami tidaklah begitu teruk cuma Body kemek di bahagian atas tayar sebelah kiri, alignment tayar memang out dan drive shaft bengkok. Keesokan pagi (30.08.09), setelah bersetuju dengan orang yang melanggar, aku bawa kereta ke sebuah bengkel kenalan dia untuk baiki kerosakan. Semua bayaran ditanggung oleh orang yang melanggar. Sebelum tengahari, kerosakan di bahagian tayar kereta siap dibaiki. Misi kedua diteruskan iaitu mencari tempat membaiki kerosakan body yang dah kemek. Aku diberitahu ada sebuah kedai membaiki body kereta yang menggunakan teknik terkini di hadapan Pasaraya MYDIN, Kuala Terengganu. Terus aku ke sana tapi agak mengecewakan apabila tauke kedai merangkap pomen tak buka kedai hari tu. Terpaksa la batalkan hasrat untuk baiki body dengan teknik terkini yang diwar-warkan. Last-last aku ke kedai pomen selang 3-4 rumah dengan bapa mentua aku. Aku minta dia okey kan balik body yang kemek tu. Alhamdulillah, dengan kemahiran pomen tu, dah okey balik body kereta tu walaupun tak secantik dulu. Ketuk jer pun, cat tak teruk sangat rosak pada bahagian yang kemek tu. Berakhir satu episod ketika bercuti balik ke kampung.

Wajah-wajah ceria cucu-cucu Tok Aboh dan Tok yang nak balik kampung. Mana tak seronok, kat sana boleh main keliling rumah sepuas hati.
Tak banyak aktiviti yang dilakukan balik kampung kali ni. Aktiviti WAJIB yang mesti dilakukan setiap kali balik ke Kuala Terengganu sudah pasti menziarahi kedai-kedai di Pasar Payang. Tak pergi memang tak sah. Selalunya bila berkunjung ke sini, Mama yang akan membeli. Tapi kali ni Abi pulak ambil peluang membeli sesuatu. Kebetulan raya dah dekat, teringin nak tukar kain sampin, so Alhamdulillah sambar la sehelai kain sampin songket buatan Terengganu. Agak mencabar juga nak cari kain sampin songket kat situ sebab dah banyak sangat yang jual tiruan (maksudnya buatan India dan Pakistan). Jual harga sama dengan yang tulen. Secara kasarnya memang tak boleh dibezakan. Apa yang boleh diharapkan ialah kejujuran peniaga di situ. So berhati-hati la yea! Satu lagi kemahiran yang diperlukan bila membeli-belah di Pasar Payang ialah kemahiran tawar-menawar harga.

Selain dari berjalan-jalan di Pasar Payang, kami sempat la pergi ke Bazaar Ramadhan di Pekan Batu 6. Memang best kat situ sebab macam-macam juadah tempatan dijual. Tapi aku tak berapa reti makan kuih-kuih sana so beli apa yang teringin je la. Sempat la melepaskan keinginan nak makan Roti Kurma Arab (Ala-Ala Roti John). Dulu masa belaja kat KUSZA, memang selang sehari beli Roti Kurma Arab. Dok kat KL ni tak jumpa dah, so Roti John la penggantinya.

Aku bertolak balik ke KL jam 10 pagi. Seperti dijangka, sampai di Lebuhraya Karak penuh sesak dengan kereta yang berlumba-lumba nak balik ke Lembah Klang. Jalan mula sesak selepas terowong karak menuju ke Plaza Tol Gombak. Walau macamana pun, kami sempat sampai sebelum waktu berbuka.

2 comments:

Diamilikku berkata...

sone nak beli samping kat mizan gak...hurm..tak sempat lah raya kali nih...dah tak balik ganu kannn

Apai berkata...

Sone : Takper, nanti beli pakai waktu Raya Haji pun boleh :)