CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 2 Oktober 2009

[A.P.A.I] Memori Aidilfitri 1430H @ Batu Gajah, Perak

Sejak minggu lepas berusaha memuat turun gambar-gambar Aidilfitri dan baru hari ni berjaya. Semuanya gara-gara Internet Connection yang kurang memuaskan (itu tandanya orang suruh buat kerja kat pejabat, bukan suruh update blog...hahaha..).

Gambar keluarga (atas) yang sempat dirakamkan pada pagi Hari Raya Pertama (lepas balik hospital baru siap-siap pakai baju raya). Agak kelam-kabut kami sekeluarga pagi raya tu. Bukan sebab sibuk memasak tapi sebab kami sekeluarga sibuk menjaga abah yang sedang sakit. Tahun ni aku tak berkesempatan bersolat sunat hari raya. Pagi raya tu aku perlu bawa ayah aku ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan kaki (dressing) yang memang perlu dilakukan setiap hari. Balik dari hospital, orang dah habis solat sunat raya. Untuk pengetahuan korang, ayah aku baru menjalani pembedahan di bahagian bawah tapak kaki. Alhamdulillah, semuanya beransur pulih. Tapi memang perlu lebih berjaga-jaga lepas ni sebab tahap penyakit kencing manis ayah aku agak kronik.
Bergambar bersama Abah (Tok) yang terlantar sakit. So tahun ni kami beraya dalam keadaan sederhana tapi tetap meriah dengan kunjungan sanak saudara. Semoga Abah (Tok) kembali sihat seperti sediakala. Amin...Hayyan takder dalam gambar sebab dia dok sibuk nak jadi photographer pada pagi raya tu.
My heroes, Muhammad Zarif Hayyan dan Muhammad Qayyim Harraz (berdukung)...kejap jer Harraz bergaya dengan songkok tu...
Hah, kan dah hilang songkok atas kepala. Hisap puting la pulak, hilang macho. Hahaha...

Hayyan control handsome... "Harraz, jom kita gie kutip duit raya rumah Tok Alang..."

Selepas penat beraya, mata dah mula mengantuk...Mama, saya nak tidur!

2 comments:

fauziharis berkata...

Takpelah apai, solat tu nama pun solat sunat hari raya. bab jaga ayah tu lebih penting. Apapun aku doakan moga ayah ko cepat sembuh.

Selamat Menyambut Eidul Fitri. Kalau nak rasa internet connection laju, jemputlah datang rumah aku kat Nagaoka ni..hi hi..100mb!

Apai berkata...

Pojie : Terima kasih kerana mendoakan kesihatan ayah aku.

InsyaAllah, ada rezeki lebih aku pi surfing internet kat rumah hang kat Nagaoka. Haha..Balik lambat sikit, sempat la aku kumpul duit.