CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 27 Oktober 2009

[A.P.A.I] Rehat Kejap

Salam...

Blog ini akan digantung buat sementara waktu sehingga dikemaskini semula nanti. Tak tahu sampai bila. Rajin nanti aku update la balik.

Rabu, 14 Oktober 2009

Jalan-Jalan Ke Pantai Teluk Ketapang

Future National Rider, ye ke?

Harraz & Mama

Terkini tak terkini la. Tapi gambar di atas dirakamkan semasa balik raya di Kuala Terengganu baru-baru ni (sila abaikan tarikh dalam gambar tu, date setting salah). Mungkin ada rakan-rakan blog yang dah tengok gambar ni di blog Mama Hayyan & Harraz.

Inilah aktiviti yang wajib kami bila balik ke Kuala Terengganu...berkunjung ke Pantai Teluk Ketapang. Selain lepak tepi pantai sambil makan keropok lekor dan sotong celup tepung, kat sini boleh naik kuda. Hayyan memang cukup suka naik. Setiap kali balik, mesti dia ajak pergi naik kuda. Bayaran yang dikenakan ialah RM3 untuk 3 pusingan. Untuk makluman, Pantai Teluk Ketapang ni terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu. So, jika sampai ke Kuala Terengganu jangan lupa pi la jalan-jalan kat Pantai Teluk Ketapang.

Bebas...

Isnin, 5 Oktober 2009

[A.P.A.I] Simpang Pulai - Kuala Berang

Selepas beberapa hari beraya di Batu Gajah, Perak, kami sekeluarga balik beraya pulak di Kuala Terengganu. Memang sudah menjadi rutin tahunan, kami akan balik beraya di kedua-dua kampung. Kebiasaannya bila nak balik Ke Kuala Terengganu atau dari Kuala Terengganu ke Perak, aku akan menggunakan lebuhraya Grik - Jeli - Tanah Merah. Tapi kali ni setelah terpengaruh dengan cerita rakan-rakan dan keluarga mengenai lebuhraya Simpang Pulai - Kuala Berang, aku ambil keputusan untuk mencuba jalan pintas ini. Menurut sumber, perjalanan melalui Simpang Pulai - Kuala Berang ini mengambil masa lebih kurang 5 - 6 jam untuk sampai Kuala Terengganu. Kalau ikut Grik - Jeli - Tanah Merah, perjalanan lebih kurang 8 - 9 jam (termasuk berhenti rehat, makan dan minum). Wah, jimat masa ni...

So, selepas semua dah siap, kami pun memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui Simpang Pulai. Kami mula mendaki ke Cameron Highland dari persimpangan trafik light Simpang Pulai tepat jam 12.00 tengahari. Lebih kurang pukul 12.50 tengahari, kami tiba di Cameron Highland. Dah lalu Cameron Highland, dah tentu nampak pusat jualan sayur dan buah strawberry, apa lagi dah tentu kena berhenti. Kami berhenti lebih kurang 30 minit (bagi peluang Mama membeli-belah sayur-sayuran untuk di bawa balik ke Kuala Terengganu).

Perjalanan diteruskan melalui Lojing - Gua Musang. Pertama kali melalui kawasan ini membuatkan perjalanan kami sedikit perlahan kerana ingin menikmati permandangan kawasan tanah tinggi. Kami tiba di Bandar Gua Musang jam 2.45 petang. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, perjalanan untuk ke Kuala Terengganu perlu diteruskan melalui Jalan Kuala Krai/Kota Bharu. Ini juga kali pertama aku sampai ke Gua Musang, Kelantan. Sebelum meneruskan perjalanan, kami berhenti makan di Hentian R&R Gua Musang. Selepas 1 jam berhenti rehat dan mengisi perut yang kelaparan, perjalanan diteruskan. Kali ni misi mencari Felda Sungai Aring...mula-mula tu musykil juga betul ke simpang Felda Sungai Aring tu melalui Jalan Kuala Krai/ Kota Bharu. Bagi mengelakkan tersilap jalan, aku berhenti bertanya orang ramai...akhirnya jumpa simpang ke Felda Sungai Aring. Mula-mula tu jalan ok (bertar tapi sempit). Selepas 15 minit, jalan Felda Sungai Aring semakin mencabar...berlubang...berlopak...Nak patah balik pun dah tak boleh, terus je la. Kalau korang bawa 4wd memang ok la lalu jalan ni.

Selepas hampir 1 jam meredah Felda Sungai Aring, Alhamdulillah kami tembus di persimpangan Tasik Kenyir. Baru la jalan kembali elok. Rupa-rupanya, lebuhraya Simpang Pulai - Kuala Berang ni tengah-tengah nyer belum siap (Tasik Kenyir - Gua Musang). So jalan alternatif buat masa ni adalah jalan Felda Sungai Aring. Dari Tasik Kenyir terus jer ke Persimpangan Kuala Berang...perjalanan lebih kurang 1 jam lebih. Kalau korang nak gunakan jalan ni, sila ambil perhatian bahawa :

1 - Lebuhraya Simpang Pulai - Kuala Berang ni belum diwartakan, so sekiranya berlaku apa-apa ke atas kenderaan, mungkin akan timbul masalah dalam urusan tuntutan insurans. 2. Tiada bantuan kecemasan sekiranya berlaku kerosakan kenderaan di tengah-tengah jalan. 3. Jalan agak sunyi dan tiada liputan rangkaian telefon. 4. Malam memang tak boleh lalu la. Tapi kalau korang berani jugak, cuba la. Lampu jalan memang takder la. 5. Jalan ni selalu berlaku tanah runtuh, risiko ditanggung sepenuhnya oleh kita 100%. Awal-awal lagi dah ada papan tanda bagitau.
So fikir-fikirkanlah...cukup la sekali lalu jalan ni, tunggu siap esok baru lalu balik. Cuma yang best lalu jalan ni, dapat tengok Tasik Kenyir...memang cantik.
Kami sampai di rumah Tok Aboh (bapa mentua aku) lebih kurang jam 7.00 petang. Alhamdulillah perjalanan kami semuanya selamat. Sekadar berkongsi cerita dan maklumat...

Jumaat, 2 Oktober 2009

[A.P.A.I] Memori Aidilfitri 1430H @ Batu Gajah, Perak

Sejak minggu lepas berusaha memuat turun gambar-gambar Aidilfitri dan baru hari ni berjaya. Semuanya gara-gara Internet Connection yang kurang memuaskan (itu tandanya orang suruh buat kerja kat pejabat, bukan suruh update blog...hahaha..).

Gambar keluarga (atas) yang sempat dirakamkan pada pagi Hari Raya Pertama (lepas balik hospital baru siap-siap pakai baju raya). Agak kelam-kabut kami sekeluarga pagi raya tu. Bukan sebab sibuk memasak tapi sebab kami sekeluarga sibuk menjaga abah yang sedang sakit. Tahun ni aku tak berkesempatan bersolat sunat hari raya. Pagi raya tu aku perlu bawa ayah aku ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan kaki (dressing) yang memang perlu dilakukan setiap hari. Balik dari hospital, orang dah habis solat sunat raya. Untuk pengetahuan korang, ayah aku baru menjalani pembedahan di bahagian bawah tapak kaki. Alhamdulillah, semuanya beransur pulih. Tapi memang perlu lebih berjaga-jaga lepas ni sebab tahap penyakit kencing manis ayah aku agak kronik.
Bergambar bersama Abah (Tok) yang terlantar sakit. So tahun ni kami beraya dalam keadaan sederhana tapi tetap meriah dengan kunjungan sanak saudara. Semoga Abah (Tok) kembali sihat seperti sediakala. Amin...Hayyan takder dalam gambar sebab dia dok sibuk nak jadi photographer pada pagi raya tu.
My heroes, Muhammad Zarif Hayyan dan Muhammad Qayyim Harraz (berdukung)...kejap jer Harraz bergaya dengan songkok tu...
Hah, kan dah hilang songkok atas kepala. Hisap puting la pulak, hilang macho. Hahaha...

Hayyan control handsome... "Harraz, jom kita gie kutip duit raya rumah Tok Alang..."

Selepas penat beraya, mata dah mula mengantuk...Mama, saya nak tidur!