CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 14 Oktober 2009

Jalan-Jalan Ke Pantai Teluk Ketapang

Future National Rider, ye ke?

Harraz & Mama

Terkini tak terkini la. Tapi gambar di atas dirakamkan semasa balik raya di Kuala Terengganu baru-baru ni (sila abaikan tarikh dalam gambar tu, date setting salah). Mungkin ada rakan-rakan blog yang dah tengok gambar ni di blog Mama Hayyan & Harraz.

Inilah aktiviti yang wajib kami bila balik ke Kuala Terengganu...berkunjung ke Pantai Teluk Ketapang. Selain lepak tepi pantai sambil makan keropok lekor dan sotong celup tepung, kat sini boleh naik kuda. Hayyan memang cukup suka naik. Setiap kali balik, mesti dia ajak pergi naik kuda. Bayaran yang dikenakan ialah RM3 untuk 3 pusingan. Untuk makluman, Pantai Teluk Ketapang ni terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu. So, jika sampai ke Kuala Terengganu jangan lupa pi la jalan-jalan kat Pantai Teluk Ketapang.

Bebas...

2 comments:

fauziharis berkata...

wah...tanoshisou...watashi mo ikitai...:D

InsyaAllah balik Malaysia nanti kami nak p jugak. Nak naik kuda tu!.

Apai berkata...

Pojie : Yang bawah tu translatin untuk yang atas ka? Aku sepatah pun tak tau bahasa jepun ni.

Ok Pojie, nanti hang balik Malaysia, mesti pi jalan ke Kuala Terengganu. Fauzan mesti suka.