CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 30 April 2009

[A.P.A.I] Pejam Celik...Pejam Celik...

Dah lebih 2 minggu blog ini tidak dikemaskini. Bukan tak ada bahan tapi masa membataskan aku untuk mencoretkan sesuatu di sini. 30 April 2009...hari ini genap 4 tahun kehidupan aku bersama isteri tersayang, Sharifah Nadia Syed Khastudin. Selamat Ulangtahun Sayang!

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T diatas rahmatnya, perkahwinan kami telah pun mencecah usia 4 tahun. Boleh jadi usia perkahwinan ini masih lagi muda...walau apapun, bagi aku ia suatu tempoh yang telah mengajar aku erti kehidupan berkeluarga. InsyaAllah, jika usia ini dipanjangkan Allah,masih banyak lagi akan aku tempuh.

Kepada isteriku Sharifah Nadia, Abi sentiasa menyayangi dan mencintai dirimu. InsyaAllah, abi akan sentiasa memperbaiki diri ini supaya menjadi pembimbing kepada dirimu dan anak-anak kita. Maafkan diri ini jika ada kesilapan dan kesalahan abi dalam tingkahlaku dan tuturkata. Sama-samalah kita memperbaiki kehidupan ini agar kita memperolehi kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Amin!

Salam sayang dari Abi Hayyan & Abi Harraz,

Selasa, 14 April 2009

[A.P.A.I] Genap Setahun

Pada 31 Mac yang lalu, genap setahun aku berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Secara rasminya, aku mula menjejakkan kaki ke UKM pada 31 Mac 2008. Sepanjang 1 tahun di UKM, pelbagai pengalaman baru telah aku perolehi terutama di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan organisasi. Tetapi semuanya boleh dikatakan baru bermula, masih banyak lagi perkara yang aku harus pelajari selepas ini InsyaAllah.

Antara perkara yang aku ingat sepanjang setahun di UKM, pertama sekali dapat rakan baru. Orang pertama sekali yang aku kenal kat UKM ni Zolkefli Ismail (Zol). Masa tu dia Pembantu Tadbir dekat Unit Penerbitan Gugusan Kesihatan. Sekarang ni dia kerja kat Sekolah Menengah Taman Dato' Harun, Petaling Jaya, masih sebagai Pembantu Tadbir cuma kat sana dia ditawarkan jawatan tetap. Alhamdulillah, rezeki...Dulu dia la kawan pergi minum pagi dan makan tengahari.

Selain daripada urusan kerja, kat UKM ni peluang untuk menambah pengetahuan dan pengalaman memang sentiasa terbuka luas. Macam-macam kursus ada. Antara kursus yang paling best pernah aku hadiri, Kursus Pengukuhan Pasukan Jabatan Pendaftar @ Felda Gemencheh dan Kursus Kepimpinan @ Felda Tekam...best sebab kursus ni melibatkan aktiviti 'outdoor'. Tak mengantuk. Haha..

Harapan aku selepas ni adalah untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi ini. InsyaAllah barulah ada harapan untuk ditawarkan jawatan tetap. Amin!

Apai: Tak sabar nak pindah ke pejabat yang baru siap diubahsuai. Setelah hampir 2 tahun bahagian ini diwujudkan, akhirnya pejabat pentadbiran bahagian telah siap untuk diduduki. InsyaAllah, akan dikongsikan di sini nanti.

Jumaat, 3 April 2009

[A.P.A.I] Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua

Sekadar berkongsi...fikir-fikirkan lah.

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua dan gemuk. Tapi tahukah anda semua wahai kaum suami, sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk. Tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami, layan makan, buat2 tak dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam.
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya, takut membazir. Membazir amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "Kau ni kuat betul makan!"
3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, si ayah tidur mati. Kalau dengar pun buat2 tidur lena sebab malas nak bangun. Si isteri entah berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila tak cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker...tak akan hilang. Kan petua utk cantik minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, nak kena uruskan anak2, nak uruskan si suami. Nak itu, nak ini...So,wanita pun membebel, marah2 dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua.
Kesimpulannya
Wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada dan anda perlu memikul tanggungjawab, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia.