CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 11 Julai 2007

[A.P.A.I] Malaysia Kena Belasah

Malaysia kena belasah...Itulah tajuk berita yang terpapar di muka- muka akhbar tempatan (ruangan sukan) hari ini. Keputusan perlawanan semalam (10.07.07) menentang China berakhir dengan jumlah jaringan yang banyak. 1 jaringan Malaysia dan 5 jaringan China. Itulah hasil perlawanan pertama Malaysia. Tidak perlu diulas panjang lebar keputusan semalam, yang nyata ramai di kalangan penyokong dan peminat bolasepak tanahair amat kecewa dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain- pemain Malaysia. Banyak kelemahan- kelemahan yang dapat dilihat terutama di bahagaian pertahanan dan jentera tengah yang gagal berfungsi dengan baik. Apa lagi nak dikata...

Selasa, 10 Julai 2007

[A.P.A.I] Ayuh Malaysia!

Malaysia lwn China (8.30pm, Stadium Nasional Bukit Jalil)
Bagi peminat- peminat dan penyokong- penyokong bolasepak tanahair sudah pasti tertunggu- tertunggu perlawanan pertama pasukan negara kita pada malam ini. Tak terdaya rasanya nak ke Stadium Negara Bukit Jalil malam ini memberikan sokongan dan sorakan. Cukuplah sekadar menonton perlawanan di kaca TV (Star Sport). Walaupun tak boleh sorak macam kat stadium, cukuplah iringi pasukan negara dengan doa. Walaupun ramai yang dah jemu dengan prestasi pasukan bolasepak negara sejak dua menjak ini, jom berikan mereka peluang untuk buktikan kemampuan mereka malam ini dan dalam perlawanan seterusnya. Dah habis pusingan awal nanti dan dah jelas keputusan nanti (samada layak ke suku akhir atau tidak), barulah kita sama- sama berikan ulasan dan komen. Masa tu korang nak puji ke, nak kutuk ke, nak kritik ke, nak komen ke...dah jadi hak masing- masing. Untuk perlawanan pertama (China) malam ni, sama- samalah kita nantikan keputusan dan terimalah seadanya kelak. Kepada pemain- pemain Malaysia yang bakal diturunkan malam ini, buktikan sesuatu kepada kami (peminat- peminat dan penyokong- penyokong bolasepak tanahair). Berjuanglah! Untuk maklumat lanjut jadual perlawanan dan informasi Kejohanan Piala Asia AFC 2007, sila layari Laman Web Rasmi Kejohanan Piala Asia AFC 2007.

Isnin, 9 Julai 2007

[A.P.A.I] Penampilan Baru Hayyan

Hujung minggu lalu (07.07.07), kami sekeluarga balik kampung di Batu Gajah, Perak bersempena dengan Majlis Kesyukuran dan Cukur Rambut Irfan (anak abang aku). Anyway, majlis tu dibuat kat rumah mentua dia kat Gopeng. Majlis start pukul 10 pagi (Marhaban & Berzanji). Kami sampai pukul 1 tengahari, so tak sempat la tengok orang Marhaban & Berzanji. Jalan agak sesak pagi tu dari KL, tu yang sampai agak lewat. Hayyan dulu pun ada buat gak majlis Marhaban, Berzanji & Cukur Rambut. Tapi tak cukur pun, just potong sikit jer rambut dia waktu majlis tu. Sampai dia umur 1 tahun 5 bulan ni, dia tak pernah potong rambut. Dah banyak kali nak bawa ke kedai, tapi tak pernah jadi. Asyik cancel jer. Bila Abi nak potong, Mama rasa sayang dengan rambut Hayyan. Bila Mama kata potong, Abi pulak rasa sayang.
Rambut Hayyan sebelum digunting...
Akhirnya hari Ahad semalam (08/07/07), Mama & Abi bawa Hayyan pergi kedai gunting rambut kat pekan Batu Gajah, Kedai Gunting Rambut Romeo. Maksu Ain dan Tok ikut sama temankan Hayyan pergi gunting rambut. Masa zaman sekolah dulu, Abi selalu potong rambut kat kedai ni. Dah lama betul tak pergi kedai ni (gambar kedai lupa nak tangkap sebab 'asyik' pujuk Hayyan menangis). Kebetulan tak ada orang pagi tu, so selesa la sikit nak gunting rambut. Abi dah tahu dah, memang susah nak gunting rambut Hayyan, sure menangis punya...Mula- mula cuba bagi dia duduk tapi dia tak mau (gagal), Percubaan kedua, abi duduk atas kerusi sambil pegang Hayyan, pun gagal. Abi berdiri dan dukung dia, masih gagal sebab dia meronta- ronta. Last- last, Tok dukung, Abi pegang tangan. Mula- mula ingat nak gunting bagi kemas jer. Tapi dia meronta- ronta bila dengar gunting. Dah tak ada pilihan lain, suruh tukang gunting tu pakai mesin jer la, kasi no. 4. Cepat sikit pakai mesin. Dia menangis tak kira la masa tu seolah- olah marah potong rambut dia. Mama pun nampak 'sedih' time rambut Hayyan dipotong tapi sebab dah nekad nak potong rambut Hayyan, kami teruskan juga. Takkan nak biar separuh jalan jer, nanti nampak pelik pulak rambut Hayyan (orang Perak kata 'tobek').
Hayyan dengan gaya rambut baru...