CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Memaparkan catatan dengan label Alumni SIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alumni SIS. Papar semua catatan

Khamis, 10 September 2009

[A.P.A.I] Blog Budak-Budak Izzuddin 92-96

Assalamua'laikum
Aku baru saja create sebuah lagi blog untuk Budak-Budak Izzuddin 92-96. So kepada rakan-rakan ALUMNI SIS 92-96, sudi-sudilah berkunjung ke blog ini -> http://izzuddin9296.blogspot.com. Idea untuk mewujudkan blog ni disampaikan oleh Bro. Fauzi Haris. Sekarang ni dia sedang melanjutkan pelajaran di Jepun. So, dia minta dapat wujudkan satu centre untuk mengetahui aktiviti dan perkembangan ALUMNI SIS 92-96. InsyaAllah, kita cuba usahakan sebaik mungkin dari semasa ke semasa.

Rabu, 8 Julai 2009

[A.P.A.I] Jom Balik Ke Sekolah!

Sedar tak sedar SEKOLAH IZZUDDIN SHAH & SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TA’AYAH (SISTA) telah menjangkau usia 50 tahun pada 2009. Sejak itu jugalah, ramai tokoh-tokoh pelbagai bidang dilahirkan dari sekolah ini. Yang tengah dalam pembikinan menjadi tokoh pun ramai gak. Salah seorang yang korang mesti kenal, Yg. Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Ini adalah kumpulan pelajar terawal yang belajar kat SIS (Sumber Gambar dari Laman Web Sekolah Izzuddin Shah). Tahun 1959...baru lepas merdeka. Pergh, memang nostalgia habis gambar ni. Kalau tak silap aku, bukit dalam gambar tu, bukit yang dok ada kat SIS tu la sekarang ni. Seingat aku, masa aku sekolah dulu ada tangga naik ke kuarters cikgu.

Kepada kawan-kawan yang dah lupa lagu sekolah, cuba ingatkan balik.

Marilah bergerak maju

Menuntut segala ilmu

Menuju kemuliaan

Mencapai kebahagiaan

Rohani dan jasmani

Tabahkan dalam hati

Junjung titah Ilahi

Dengan suci dan murni

Berazam dan berbakti yang abadi

Kukuhkanlah semangat

Menyumbangkanlah khidmat

Terhadap masyarakat

Dunia dan akhirat

Kukuhkanlah semangat

Menyumbangkanlah khidmat

Terhadap masyarakat

Dunia dan akhirat

Banyak kenangan kat sekolah ni, maklumlah 5 tahun membesar kat sini. Jadi sempena Sambutan Jubli Emas SISTA, aku nak ajak kawan-kawan SISTA yang berkelapangan join program-program yang telah diatur oleh pihak ALUMNI SISTA dari bulan Mei 2009 hingga 2010 nanti...Macam-Macam Ada!

14 Mei 2009 (Khamis) Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh

9 Julai 2009 (Khamis) Forum Perdana (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)

11 Julai 2009 (Sabtu) Perlawanan Bolasepak Bekas Pelajar vs SIS (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)

2 Ogos 2009 (Ahad) Majlis Santapan DiRaja (Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan)

5 September 2009 (Sabtu) Majlis Berbuka Puasa (Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

18 Oktober 2009 (Ahad) Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI SISTA & KOSISTA Jamuan Mesra Aidilfitri (Sekola Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

24 Oktober 2009 (Sabtu) Seminar Khat & Jawi (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh) 14 November 2009 (Sabtu) Pertandingan Bahas & Syarahan (3 Bahasa) Antara Sekolah Agama (Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

29 November 2009 (Ahad) Majlis Qurban (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)

5 Disember 2009 (Sabtu) Pertandingan Golf (Kinta Golf Club, Batu Gajah)

29 – 31 Januari 2010 (Jumaat – Ahad) Pameran & Karnival (Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh)

20 Februari 2010 (Sabtu) Karnival Sukan Tahunan (Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)

Tarikh dan masa program tertakluk kepada pindaan. Untuk pengesahan boleh dapatkan maklumat melalui Laman Web ALUMNI SISTA – www.e-alumnisista.com atau hubungi Pejabat Alumni SISTA – 05 527 8525.

Kepada rakan-rakan SISTA, ayuh sertai program-program yang telah diatur...Jom Balik Ke Sekolah!

Terkini : 11 Julai 2009 (Sabtu)

Perlawanan Bolasepak

Bekas Pelajar SIS vs Pasukan Bolasepak SIS 2009

Padang Bolasepak Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh

5.00 petang

Kepada rakan-rakan batch ’96 yang berkelapangan dan ingin mempamerkan kembali bakat yang telah lama ditinggalkan, khidmat korang amat diperlukan untuk menentang team bolasepak SIS 2009. Sila berhubung dgn aku atau Bro. Sham Hassan (batch ’84) - 019 555 2838 untuk pengesahan.

Selasa, 16 Jun 2009

[A.P.A.I] Sahabat Lama

Walaupun kandungan cerita ni dah lama, aku tetap nak masukkan sebab ada beberapa keping gambar yang aku nak pamerkan di sini. Memang cadang nyer nak masukkan awal-awal hari tu, tapi kesempitan waktu dengan tugasan pejabat dan cuti rehat yang panjang hari tu, maka tertangguh la hasrat untuk berkongsi cerita ini.
Setelah sekian lama tidak bersua dengan sahabat kamcing aku masa kat Izzuddin dulu ni, Achang, Alhamdulillah aku berkesempatan untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Jadi anak dia, Izzah Umairah. Last sekali kitorang jumpa waktu awal kelahiran Izzah Umairah. Makna nyer lebih kurang 2 tahun jugak la kami tak jumpa. Pada hal sama-sama duduk kat KL. Tapi ye la, masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga. Walaupun tak jumpa, kitorang tetap jugak mengikuti perkembangan masing-masing melalui blog.
Kami sampai pun dah dekat pukul 3 petang. Majlis dah separuh perjalanan dah. Anyway, terima kasih kepada Achang dan Lin yang sudi menjemput dan menerima kedatangan kami anak beranak.

Mama Hayyan & Harraz bergambar dengan tuan rumah dan anak-anak. Birthday girl takder dalam gambar, main kat luar rumah.

Mama Hayyan & Harraz dan pasangan kembar Achang dan Lin, Zurin (atas) dan Zidan (bawah).

Dalam pada dok sembang dengan WanChang, dia hulur kat aku album gambar-gambar lama kitorang masa kat Izzuddin dulu. Simpan lagi mamat ni gambar waktu sekolah. Haha, itu sebenarnya yang aku nak tunjuk. Memandangkan takder scanner, jadi aku tangkap balik pakai camera handphone. Tak clear sangat la gambar tu.

Aku tak ingat masa ni kitorang tingkatan berapa. Rasa-rasanya Form 5 kot sebab member aku, Sahrim tu pakai kot Ketua Pelajar (KP). Kitorang memang kamcing la masa kat Izzuddin dulu. Ada sorang lagi member aku, tapi dia takder dalam gambar ni, Yusmie. Kalau ada diorang, hiruk pikuk dunia dengan gelak ketawa. Ada sahaja bahan cerita untuk ditertawakan. Kalau waktu cuti sekolah, kadang-kadang aku pi lepak rumah Achang/ Yusmie/ Sahrim, tak pun diorang datang lepak rumah aku.
Aku dengan Achang bergambar dalam Dewan Tan Sri Haji Ghazali Jawi (kalau tak silap aku la namanya). Sekarang ni, dewan dah best, tak macam dulu. Dah ada aircond. Perhimpunan dah duduk kat kerusi kot. Dulu kena berdiri. Kena cikgu/ustaz yang jenis bagi ucapan panjang, memang lenguh la kaki.

Hah yang ni pulak gambar rakan-rakan sekelas aku. Gambar ni waktu tingkatan 3 rasanya. Tak tahu la ke mana kawan-kawan yang lain ni. Mungkin semua dah berkeluarga kot. Banyak kenangan dan pengalaman waktu di Izzuddin dulu, macam-macam. Dari tingkatan 1 sampai la habis tingkatan 5. Kalau nak cerita memang tak habis kat sini. Ye la, 5 tahun kat sekolah tu.

Achang: Kalau ngko ada masa, tolong scan gambar-gambar lama ni yek...

Jumaat, 14 November 2008

[A.P.A.I] Abang Chik

Hari ni solat Jumaat dekat Surau Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sebab Rash takder, keluar hantar surat ke Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jalan Duta. Selalu kitorang solat Jumaat kat Masjid luar. Lepas selasai solat, toleh belakang nampak seseorang yang dikenali. Rasa-rasa senior waktu sekolah dulu. Aku pun pergi la jumpa tegur. Betul la dia, Abang Hasrizal a.k.a Abang Chik. Tak sangka jumpa dia kat PPUKM. Dia dulu Ketua Pelajar yang jaga blok aku dan kawan-kawan waktu Tingkatan 1. Sekarang dia aktif menulis buku dan antara buku tulisan dia adalah Aku Terima Nikahnya. Lawat la blog dia - SaifulIslam.com.
Ok, dah nak bertolak pergi Kursus di Melaka kejap lagi. Nanti cerita lain. Hayyan and Harraz jangan nakal-nakal. Ikut cakap Mama key! Jangan buat Mama serabut. Take care!
P/s: Kalau la diorang boleh baca...

Isnin, 3 November 2008

[A.P.A.I] Open House @ Ipoh, Perak

Hari Sabtu minggu lepas (25 Oktober 2008), Alhamdulillah aku diberikan kesempatan untuk menghadiri jamuan raya (Open House) member sekolah dulu (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh), Duan Usop di Ipoh. Memandangkan Duan ni member rapat aku, aku usahakan juga untuk hadir jamuan raya dia walaupun kena travel dari KL ke Ipoh.
Lama tak jumpa...

Antara kawan-kawan yang hadir ke rumah Duan Usop

Aku bertolak dari Kuala Lumpur jam 11.30 pagi dan tiba di rumah Duan jam 2.30 petang. Sampai jer, aku terus menuju ke rumah Duan yang kini menetap di Kuarters Kerajaan berdekatan Taman Polo (hehe..Budak2 SiS kalau tak tahu Padang Polo, memang sajer la...). Alhamdulillah sempat jugak jumpa beberapa orang rakan-rakan lama masa kat sekolah dulu walaupun ada yang dah balik. Antara yang sempat aku jumpa, Meor Huzaini, Hidayatullah, K.E (aku salute betul la K.E yang sanggup mai dari Bintulu, Sarawak), Khiruz, Syakirul, Asrul Sani, Pejo Saibun, Syukri Adam, Mustafid dan Yusmie (maaf la kalau ada nama yang tertinggal). Yang tak sempat nak jumpa Naimie dan Hafiz Yusuf.

Asrul Sani (tengah), lebih 10 tahun rasanya aku tak jumpa dia. Sekarang jadi lawyer dekat Ipoh.

Bertukar-tukar cerita antara satu sama lain...maklumlah dah lama tak berjumpa

Kitorang lepak berborak sampai pukul 6 petang. Siap tuan rumah tapau lauk lagi untuk kitorang. Seronok dapat berkumpul kembali dengan rakan-rakan sekolah sekali-sekala. Macam-macam cerita la yang nak diborakkan. Terima kasih banyak-banyak kepada Duan Usop selaku tuan rumah di atas jemputan ke rumah terbuka ini. InsyaAllah, kita akan terus cuba aturkan pertemuan @ reunion dari semasa ke semasa untuk rakan-rakan SIS terutama batch 92-96 supaya ikatan silaturrahim kita tak terputus begitu saja.