CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 5 Oktober 2009

[A.P.A.I] Simpang Pulai - Kuala Berang

Selepas beberapa hari beraya di Batu Gajah, Perak, kami sekeluarga balik beraya pulak di Kuala Terengganu. Memang sudah menjadi rutin tahunan, kami akan balik beraya di kedua-dua kampung. Kebiasaannya bila nak balik Ke Kuala Terengganu atau dari Kuala Terengganu ke Perak, aku akan menggunakan lebuhraya Grik - Jeli - Tanah Merah. Tapi kali ni setelah terpengaruh dengan cerita rakan-rakan dan keluarga mengenai lebuhraya Simpang Pulai - Kuala Berang, aku ambil keputusan untuk mencuba jalan pintas ini. Menurut sumber, perjalanan melalui Simpang Pulai - Kuala Berang ini mengambil masa lebih kurang 5 - 6 jam untuk sampai Kuala Terengganu. Kalau ikut Grik - Jeli - Tanah Merah, perjalanan lebih kurang 8 - 9 jam (termasuk berhenti rehat, makan dan minum). Wah, jimat masa ni...

So, selepas semua dah siap, kami pun memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui Simpang Pulai. Kami mula mendaki ke Cameron Highland dari persimpangan trafik light Simpang Pulai tepat jam 12.00 tengahari. Lebih kurang pukul 12.50 tengahari, kami tiba di Cameron Highland. Dah lalu Cameron Highland, dah tentu nampak pusat jualan sayur dan buah strawberry, apa lagi dah tentu kena berhenti. Kami berhenti lebih kurang 30 minit (bagi peluang Mama membeli-belah sayur-sayuran untuk di bawa balik ke Kuala Terengganu).

Perjalanan diteruskan melalui Lojing - Gua Musang. Pertama kali melalui kawasan ini membuatkan perjalanan kami sedikit perlahan kerana ingin menikmati permandangan kawasan tanah tinggi. Kami tiba di Bandar Gua Musang jam 2.45 petang. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, perjalanan untuk ke Kuala Terengganu perlu diteruskan melalui Jalan Kuala Krai/Kota Bharu. Ini juga kali pertama aku sampai ke Gua Musang, Kelantan. Sebelum meneruskan perjalanan, kami berhenti makan di Hentian R&R Gua Musang. Selepas 1 jam berhenti rehat dan mengisi perut yang kelaparan, perjalanan diteruskan. Kali ni misi mencari Felda Sungai Aring...mula-mula tu musykil juga betul ke simpang Felda Sungai Aring tu melalui Jalan Kuala Krai/ Kota Bharu. Bagi mengelakkan tersilap jalan, aku berhenti bertanya orang ramai...akhirnya jumpa simpang ke Felda Sungai Aring. Mula-mula tu jalan ok (bertar tapi sempit). Selepas 15 minit, jalan Felda Sungai Aring semakin mencabar...berlubang...berlopak...Nak patah balik pun dah tak boleh, terus je la. Kalau korang bawa 4wd memang ok la lalu jalan ni.

Selepas hampir 1 jam meredah Felda Sungai Aring, Alhamdulillah kami tembus di persimpangan Tasik Kenyir. Baru la jalan kembali elok. Rupa-rupanya, lebuhraya Simpang Pulai - Kuala Berang ni tengah-tengah nyer belum siap (Tasik Kenyir - Gua Musang). So jalan alternatif buat masa ni adalah jalan Felda Sungai Aring. Dari Tasik Kenyir terus jer ke Persimpangan Kuala Berang...perjalanan lebih kurang 1 jam lebih. Kalau korang nak gunakan jalan ni, sila ambil perhatian bahawa :

1 - Lebuhraya Simpang Pulai - Kuala Berang ni belum diwartakan, so sekiranya berlaku apa-apa ke atas kenderaan, mungkin akan timbul masalah dalam urusan tuntutan insurans. 2. Tiada bantuan kecemasan sekiranya berlaku kerosakan kenderaan di tengah-tengah jalan. 3. Jalan agak sunyi dan tiada liputan rangkaian telefon. 4. Malam memang tak boleh lalu la. Tapi kalau korang berani jugak, cuba la. Lampu jalan memang takder la. 5. Jalan ni selalu berlaku tanah runtuh, risiko ditanggung sepenuhnya oleh kita 100%. Awal-awal lagi dah ada papan tanda bagitau.
So fikir-fikirkanlah...cukup la sekali lalu jalan ni, tunggu siap esok baru lalu balik. Cuma yang best lalu jalan ni, dapat tengok Tasik Kenyir...memang cantik.
Kami sampai di rumah Tok Aboh (bapa mentua aku) lebih kurang jam 7.00 petang. Alhamdulillah perjalanan kami semuanya selamat. Sekadar berkongsi cerita dan maklumat...

5 comments:

ashley berkata...

Salam,
apai..menarik ikut jalan yang tak pernah dilalui ni. mesti ada debaran dan thrill..

.
.
.btw,
sebenarnya blog hanya Persinggahan itu my personal blog dan akak rasa tak boleh dikategorikan di bawah IZZUDDINIANs sebab akak bukan sekolah izzuddin atau taayah.
smile...

Diamilikku berkata...

kami dah lebih dulu lalu jalan tu..awal tahun ni rasanya...aduh...cukup sekali tu..memang tak nak lalu dah...tapi takdinafikan..pemandangan tasik kenyir memang sangat cantik

Apai berkata...

Ashley :

W'salam Akak, jalan tu memang penuh dengan debaran. Mahu tidak nyer, ada kawasan yang baru jer tanah dia runtuh.

Pasal blog akak tu, nanti saya alihkan. Minta maaf yea...

Apai berkata...

Sone :

Oh dah pernah lalu yek...mesti dah serik kan? Tunggu siap sepenuhnya la baru kita lalu lagi :)

kesatuan pejuang malaysia berkata...

aku dua kali lalu jalan tu dr K.Trg ke Cameron Higlands.Satu tu bulan 6 bwk anak bini jalan. satu lg hujung bulan tujuh,buat kursus jbtn aku kat rumah rehat kerajaan.

1st time guna jln tu, aku bertolak kul 2ptg,tggu wife aku abis skolah dlu.membe2kata klu bwk bese2 makan 5-6 jam.5-6 jam?klu btolak kul 2 mau smp kul 8mlm.wui...

apa2pun,aku nekad gak aaa.dr k.berang ke kenyir,pemandangan mmg mengasyikkan.rasa nk berenti je amik gmbr,tp bini plak marah.yela,area hutan,xtau apa yg ada kt situ kan.jln pun okla w/pun ada jumpa tanah runtuh.tp start masuk sempadan Trg-Klte jln felda aring tu,siap la kete tu.jln dia ya Rabbi.naik Hilux bru bleh.teruk,hancur bocor sume ada.xtaula brp KM.tp bila dah jumpa jln k.krai-g.musang,lega beb.

smp pekan gua musang dlm kul 5.15.aisey,ada 100km lg aku kena henjut kete.so bwk mmg laju aa.jln lojing-cmron highlands adala dlm 100km gak jaraknya.jln dia kira ok cm k.berang kenyir.cuma ada satu area tu jln dia runtuh tebing.xtaula musim hujan gni ni runtuh terus ke cmne.kg org asli pun ada tepi2 jln tu.ada satu area sempadan lojing-cmron tu mmg slalu ujan.4 ka1i lalu situ (pegi-balik termasuk 2nd trip),4 kali la hjn.agak2nya hujan gunung la kot.akhirnya smp kat umah rehat kerajaan tu kul 6.45ptg.so total sume 4jam 45 minit aku bwk.ok gak aaa.mse blk,aku btolak kul 11pg smp Trg kul 4ptg.

apa2pun mmg nice journey la lalu situ.nnt bila2siap btul2jln tu aku nk lalu lg.nk berenti kat kenyir main anak gajah kat santuari gajah sg.ketiar