Hahaha..inilah hadiah nyer. Anyway, gambor di atas hanyalah hiasan sahaja. Takder kamera nak tangkap gambor wallet baru, so cilok dari laman web FOSSIL jer la. Tapi wallet yang Mama bagi memang sebiji design dia macam ni la. Warna jer lain. Hadiah ni Mama kirim kat Adik Ipar aku yang baru balik jalan-jalan makan angin kat London. Thank you Mama! Love Ue!
Selasa, 21 Julai 2009
[A.P.A.I] Hadiah Dari Mama
Penulis ~ Apai Waktu ~ 2:02:00 PTG 2 comments
Kategori: Keluarga
Khamis, 2 Julai 2009
[A.P.A.I] B.I.RthD.A.Y
Sekali lagi blog ini ditinggalkan tanpa ‘entry’ untuk satu tempoh yang agak panjang. Sebab utama blog ini tidak dikemaskini adalah kerana gangguan rangkaian internet di pejabat sejak 2 minggu lalu. Rangkaian internet kat sini dah macam iklan biskut Chipsmore, kejap ada...kejap tak ada. Kat pejabat je la pun nak kemaskini blog, kat rumah memang tak ada akses internet...itu pun kalau sempat di celah-celah kekalutan kerja-kerja kat pejabat. Macam sekarang ni..hehe..tengah free la ni. Sementara menunggu ‘kerajaan baru’ untuk ditadbir.
Entry kali ni aku nak bagitau korang pasal BIRTHDAY. Dalam keluarga aku, bulan Jun memang meriah la sebab ada 4 orang sambut birthday pada bulan ni...aku, Mama Hayyan, Muhammad Qayyim Harraz dan bapa mentua aku.
5 Jun 2009 – Muhammad Qayyim Harraz
Yeay, umur saya dah 1 tahun! Kami buat jamuan makan-makan secara sederhana sahaja yang disertai oleh kaum keluarga. Masa tu kami balik kampung di Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Hah, tengok la...orang lain yang sambut birthday, orang lain yang potong kek. Mewakili la konon nyer. Adik Harraz tengok je la dari belakang.
Kek Harraz sebelum dilanyak oleh Abang Hayyan. Rasa nyer boleh tahan. Tapi biasa la budak-budak, bukan makan sangat pun. Time nak potong kek tu jer yang kecoh dan 'excited'. Lepas tu, tinggal camtu jer.
15 Jun 2009 - Bapa Mentuaku, Syed Khastudin

15 Jun pulak adalah hari lahir bapa mentua aku. Kitorang belikan sekali kek semasa sambut birthday Harraz. Sekali jalan la senang, baru meriah.
Antara juadah makanan yang telah dimasak oleh ibu mertuaku sewaktu sambut birthday Aboh dan Harraz, Mee Rebus...
26 Jun 2009 - Isteri Tersayang, Sharifah Nadia a.k.a Mama Hayyan & Harraz
Tahun ni birthday Mama takder surprise. Tapi still masih ada celebration. Aku bawa pi makan kat Suria Station Kopitiam @ Selayang. Tempat ni food dia simple tapi best. Aku suka dia punya western food.
Merakamkan gambar sementara menunggu makanan sampai. Ini kali kedua kami makan kat sini.
30 Jun 2009 - Aku dah 30 tahun!
Tahun ni, aku pula dikejutkan oleh isteriku yang 'terchenta'...balik rumah lepas kerja, masuk bilik...jeng...jeng..jeng..ada hadiah atas katil. Terkedu seketika bila tengok hadiah tu. Tak sangka langsung ada surprise untuk hari lahir aku kali ni. Memang kebiasaannya sambutan hari lahir aku takder apa-apa. Tapi kali ni memang surprise la!
Hah, ini la hadiah yang aku terima untuk hari lahirku yang ke-30. Best ooo...boleh makan puas-puas. Belum apa-apa lagi, Hayyan dan Harraz dah berebut-rebut nak makan. Haha..
To my beloved wife, thank you so much di atas hadiah dan ingatan yang diberikan ini. Love Mama, Hayyan and Harraz...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:38:00 PTG 3 comments
Khamis, 11 Jun 2009
[A.P.A.I] Al-Fatihah...
Pukul 5.03 petang (9 Jun 2009), aku terima sms dari Abang Pai memaklumkan pemergian Tok, Raziah Sidek di Pulau Pinang yang telah lama sakit dan uzur sejak hampir 8 tahun lepas. Siap-siap packing, jam 8.30 malam, aku bertolak balik ke Batu Gajah, Perak. Aku balik ke Batu Gajah dulu dan pagi esoknya (10 Jun 2009), baru bertolak ke Sungai Lokan, Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Abang Pai dan Abah dah berada di sana. Sampai Penang, pukul 12.00 tengahari. Jenazah Tok telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Lokan, Pulau Pinang bersebelahan kubur Tok Wan. Pukul 4.00 petang patah balik ke Kuala Lumpur. Sampai Kuala Lumpur jam 10.00 malam. Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang Soleh dan Solehah. Al- Fatihah.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 2:32:00 PTG 4 comments
Kategori: Keluarga
Ahad, 22 Mac 2009
[A.P.A.I] Watak dan Cerita Kartun Yang Hayyan Suka
Tak percaya...korang cuba tengok kartun wonderpets, jam 2.30 petang (setiap hari). Layan woo..siap boleh nyanyi sama-sama dengan anak-anak..
Lepas habis Bob The Builder, sambung pulak Fireman Sam. Hayyan sampai sekarang, bila nampak kereta bomba, dia akan cakap "Abi, Fireman Sam".
Thomas and Friends, hah ini pun satu lagi kartun yang dikategorikan MESTI TONTON oleh Hayyan.
Roary The Racing Car
Ultraman, ini memang tiada kompromi...kalau dah tengok, jangan harap abi dan mama boleh ubah siaran. Tunggu la sampai habis. Hayyan memang ada beberapa koleksi patung Ultraman tapi sekarang ni sekali-sekala aje dia main. Pernah Mama Hayyan tanya Hayyan,"Hayyan bila besar nanti nak jadi apa?". Dengan selamba Hayyan menjawab, "Hayyan nak jadi Ultraman Tiga!". Hahaha..betapa berpengaruhnya kartun di kalangan kanak-kanak.
Sepanjang pengetahuan aku, dekat rumah memang tak pernah tengok kartun BEN 10 tapi sekarang ni Hayyan cukup suka dengan merchandise BEN 10. Pantang nampak, dia akan pancing Abi atau Mama untuk beli terutama baju dan buku mewarna.
Ninja Boy ni selalu ditonton selepas balik dari Nurseri pada waktu petang. Termasuk la kartun Upin dan Ipin yang ditayangkan pada 7.00 petang. Tayangan 5 minit jer...
Yang ni pulak, Kampung Boy selalu ditonton pada waktu malam bila Hayyan tidur lewat. 11.30 malam kalau tak silap.Alah, dulu-dulu masa kecil, kita pun layan kartun jugak kan? Tranformer, HeMan, Thundercat dan macam-macam lagi. Haha...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:01:00 PG 0 comments
Jumaat, 30 Januari 2009
[A.P.A.I] Selamat Hari Lahir Hayyan!
Penulis ~ Apai Waktu ~ 1:01:00 PTG 0 comments
Kategori: Keluarga
Jumaat, 5 Disember 2008
[A.P.A.I] Hari ini umur saya masuk 6 bulan
Pejam celik...pejam celik hari ni dah melangkah masuk 5 Disember 2008. Maka hari ini genap umur Baby Harraz 6 bulan. Dah semakin besar baby Harraz ni.
Sekarang ni baby Harraz tengah practice nak merangkak. Dia dah mula angkat badan dan tongkat lutut. InsyaAllah, tak lama lagi berjaya la tu. Senyum pun dah semakin pandai. Kalau tak, aysik serious aje. Susah nak tengok dia senyum. Sekarang ni, kalau diagah, dia akan gelak...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 2:04:00 PTG 0 comments
Kategori: Keluarga
Khamis, 27 November 2008
[A.P.A.I] Anak Sedara Baru...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 11:09:00 PG 0 comments
Kategori: Keluarga
Isnin, 6 Oktober 2008
[A.P.A.I] Keluarga Hj. Mohd Rafdzi Ibrahim
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:31:00 PTG 0 comments
Kategori: Keluarga
Jumaat, 4 Julai 2008
[A.P.A.I] Yang Dirindui...Mama, Hayyan & Harraz
Akulah koboi Malaya! Hayyan dengan aksi yang sudah pasti menghiburkan & memeningkan Mama, Tok Aboh, Tok & Mok Su Ain di Kuala Terengganu. Jangan nakal- nakal yea Hayyan.
Adik Harraz dah genap umur sebulan (05.06.08 - 04.07.08). Kejap je rasanya. Sedap nyer dia tido...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 3:47:00 PTG 0 comments
Kategori: Keluarga
Khamis, 5 Jun 2008
[A.P.A.I] Our New Hero
Tengok la betapa sayang nyer abang kat adik dia...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 8:35:00 PG 1 comments
Kategori: Keluarga
Selasa, 22 April 2008
[A.P.A.I] Di Sebalik Pemilihan Nama ~ Muhammad Zarif Hayyan
Penulis ~ Apai Waktu ~ 11:17:00 PG 0 comments
Kategori: Keluarga
Selasa, 8 Januari 2008
[A.P.A.I] New Year @ Hospital PUSRAWI
Bersua kembali... Salam Tahun baru sekali lagi kepada semua. Mesti semua masih segar masuk tahun baru. Masing- masing tentu dah tanam azam dan impian yang ingin dicapai sepanjang tahun ini. InsyaAllah, sama- sama kita doakan yang terbaik untuk semua. Sekadar nak bercerita tentang memori kami menjelang tahun baru 2008. Our beloved son, Muhammad Zarif Hayyan dimasukkan ke hospital pada 31 Disember 2007 yang lalu selepas muntah dan cirit- birit selama beberapa hari. Dia start muntah selepas balik dari nursery hari Sabtu (29/12/2007). After 4-5 times muntah, kitorang ambil keputusan untuk bawa Hayyan ke Hospital PUSRAWI KL. Langsung tak makan apa- apa. Makan je, muntah semula. Susu pun macam tu jugak. Masa tue dah hampir pukul 12 tengah malam. Jumpa doktor, doktor check and doktor kata ada masalah 'tonsil'. Tonsil bengkak dan saluran sempit, itu la sebabnya dia 'tolak' apa sahaja makanan yang dia makan. Ambil ubat dan balik. Ingatkan dah ok, rupanya tidak. Dia berhenti muntah tapi start cirit- birit pulak on Sunday. Tapi tak terus bawak hospital lagi. Kitorang tunggu dulu...tengahari...petang...malam pun masih cirit birit, tak jugak kurang. Again, 11 lebih hari Ahad tu, bawa semula ke Hospital PUSRAWI KL. Doktor check dan still ambil ubat dulu. Selesai ambil ubat, balik semula ke rumah (Nasib baik la tak berapa nak jauh). Esoknya (Monday-31/12/2007), Abi gi kerja macam biasa and Mama ambil keputusan untuk jaga Hayyan kat rumah je (Emergency Leave). Nak hantar gi nursery pun, dia asyik cirit- birit je. tengahari tu, dia masih cirit- birit. Nampak gayanya, kena la jugak masuk hospital sebab badan dia pun dah lembik sebab kehilangan banyak air dalam badan. Lepas Asar, Mama, Moksu Ain and Tok Aboh bawa Hayyan gie Hospital PUSRAWI KL semula and terus kena tahan wad. Doktor masukkan air (air garam) dalam badan. Petang tu, lepas balik kerja, Abi terus ke Hospital PUSRAWI KL. So, malam tu Mama and Hayyan sambut Tahun 2008 kat hospital. After 3 days at the hospital, doktor benarkan Hayyan balik. Alhamdulillah dia kembali pulih seperti sediakala. Kembali melompat dan berjoget... Semoga kita semua dilimpahi kesihatan dan kebahagiaan InsyaAllah.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:01:00 PG 0 comments
Kategori: Keluarga
Isnin, 9 Julai 2007
[A.P.A.I] Penampilan Baru Hayyan
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:56:00 PG 0 comments
Kategori: Keluarga
Rabu, 27 Jun 2007
[A.P.A.I] Surprise Party for Mama
Yesterday night (26.06.2007), aku dengan Nordin a.k.a NeoTech berpakat buat surprise party for my wife, Nadia. Plan gitu- gitu jer tapi berjaya jugak buat Mama terkejut. Kitorang buat makan- makan dekat Bora Ombak, Ampang Sport Planet.
Mama memang tak tahu yang aku jemput kawan- kawan yang lain. Dia cuma tahu nak pergi makan malam. So Mama ingat kami bertiga jer (Aku, Mama dengan Hayyan). Aku pulak dah suruh Nordin standby and arrange apa- apa yang patut kat sana. Kek Birthday, aku minta tolong Nordin pergi amik kat Baker's Cottage. Pukul 9, kitorang sampai. So cari la tempat nak duduk. Aku pun cari Nordin and his future fiancee (Fa). Sampai jer kat meja Nordin & Fa, Mama pun terkejut la. He..he..Surprise!
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:45:00 PG 0 comments
Kategori: Keluarga



