Selamat Hari Raya Aidilfiri kepada semua ahli keluarga dan sanak-sedara, rakan-rakan ALUMNI Sekolah Izzuddin Shah Ipoh, rakan-rakan ALUMNI UIAM, rakan-rakan sekerja di UKM dan seluruh kenalan yang jauh dan dekat. Bersempena kedatangan Syawal ini, saya dan keluarga ingin menghulurkan ribuan kemaafan jika ada salah dan silap samada yang dilakukan secara disedari ataupun tanpa disedari.
Khamis, 17 September 2009
[A.P.A.I] Salam Lebaran Aidilfitri 1430H
Penulis ~ Apai Waktu ~ 1:23:00 PTG 0 comments
Khamis, 2 Julai 2009
[A.P.A.I] B.I.RthD.A.Y
Sekali lagi blog ini ditinggalkan tanpa ‘entry’ untuk satu tempoh yang agak panjang. Sebab utama blog ini tidak dikemaskini adalah kerana gangguan rangkaian internet di pejabat sejak 2 minggu lalu. Rangkaian internet kat sini dah macam iklan biskut Chipsmore, kejap ada...kejap tak ada. Kat pejabat je la pun nak kemaskini blog, kat rumah memang tak ada akses internet...itu pun kalau sempat di celah-celah kekalutan kerja-kerja kat pejabat. Macam sekarang ni..hehe..tengah free la ni. Sementara menunggu ‘kerajaan baru’ untuk ditadbir.
Entry kali ni aku nak bagitau korang pasal BIRTHDAY. Dalam keluarga aku, bulan Jun memang meriah la sebab ada 4 orang sambut birthday pada bulan ni...aku, Mama Hayyan, Muhammad Qayyim Harraz dan bapa mentua aku.
5 Jun 2009 – Muhammad Qayyim Harraz
Yeay, umur saya dah 1 tahun! Kami buat jamuan makan-makan secara sederhana sahaja yang disertai oleh kaum keluarga. Masa tu kami balik kampung di Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Hah, tengok la...orang lain yang sambut birthday, orang lain yang potong kek. Mewakili la konon nyer. Adik Harraz tengok je la dari belakang.
Kek Harraz sebelum dilanyak oleh Abang Hayyan. Rasa nyer boleh tahan. Tapi biasa la budak-budak, bukan makan sangat pun. Time nak potong kek tu jer yang kecoh dan 'excited'. Lepas tu, tinggal camtu jer.
15 Jun 2009 - Bapa Mentuaku, Syed Khastudin

15 Jun pulak adalah hari lahir bapa mentua aku. Kitorang belikan sekali kek semasa sambut birthday Harraz. Sekali jalan la senang, baru meriah.
Antara juadah makanan yang telah dimasak oleh ibu mertuaku sewaktu sambut birthday Aboh dan Harraz, Mee Rebus...
26 Jun 2009 - Isteri Tersayang, Sharifah Nadia a.k.a Mama Hayyan & Harraz
Tahun ni birthday Mama takder surprise. Tapi still masih ada celebration. Aku bawa pi makan kat Suria Station Kopitiam @ Selayang. Tempat ni food dia simple tapi best. Aku suka dia punya western food.
Merakamkan gambar sementara menunggu makanan sampai. Ini kali kedua kami makan kat sini.
30 Jun 2009 - Aku dah 30 tahun!
Tahun ni, aku pula dikejutkan oleh isteriku yang 'terchenta'...balik rumah lepas kerja, masuk bilik...jeng...jeng..jeng..ada hadiah atas katil. Terkedu seketika bila tengok hadiah tu. Tak sangka langsung ada surprise untuk hari lahir aku kali ni. Memang kebiasaannya sambutan hari lahir aku takder apa-apa. Tapi kali ni memang surprise la!
Hah, ini la hadiah yang aku terima untuk hari lahirku yang ke-30. Best ooo...boleh makan puas-puas. Belum apa-apa lagi, Hayyan dan Harraz dah berebut-rebut nak makan. Haha..
To my beloved wife, thank you so much di atas hadiah dan ingatan yang diberikan ini. Love Mama, Hayyan and Harraz...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:38:00 PTG 3 comments
Khamis, 30 April 2009
[A.P.A.I] Pejam Celik...Pejam Celik...
Dah lebih 2 minggu blog ini tidak dikemaskini. Bukan tak ada bahan tapi masa membataskan aku untuk mencoretkan sesuatu di sini. 30 April 2009...hari ini genap 4 tahun kehidupan aku bersama isteri tersayang, Sharifah Nadia Syed Khastudin. Selamat Ulangtahun Sayang!

Kepada isteriku Sharifah Nadia, Abi sentiasa menyayangi dan mencintai dirimu. InsyaAllah, abi akan sentiasa memperbaiki diri ini supaya menjadi pembimbing kepada dirimu dan anak-anak kita. Maafkan diri ini jika ada kesilapan dan kesalahan abi dalam tingkahlaku dan tuturkata. Sama-samalah kita memperbaiki kehidupan ini agar kita memperolehi kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Amin!
Salam sayang dari Abi Hayyan & Abi Harraz,

Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:31:00 PTG 5 comments
Kategori: Peristiwa
Khamis, 1 Januari 2009
[A.P.A.I] Kalendar Baru...
Pada 29.12.08 yang lalu, kita telah menyambut kedatangan Tahun Baru Hijriah 1430H dan hari ini merupakan hari pertama dalam kalendar Masihi, 01.01.2009. Pasti setiap individu telah meletakkan sasaran, azam dan harapan untuk tahun baru ini. Semoga kita sama-sama berusaha untuk mencapainya. Azam Excellent Dunia Akhirat. Harapan Memperolehi jawatan tetap di UKM. Sasaran 1. Menghadiri sekurang-kurangnya 1 majlis ilmu di surau/ masjid setiap minggu InsyaAllah. 2. Membaca sekurang-kurangnya 6 buah buku ilmiah. Terus-terang cakap, aku ni boleh dikategorikan individu yang kurang minat membaca. Baca paper ada la. Tapi tahun ni InsyaAllah cuba usaha untuk habiskan 6 buah buku sebagai titik permulaan.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 8:00:00 PG 0 comments
Kategori: Peristiwa
Isnin, 1 September 2008
Rabu, 9 Januari 2008
[A.P.A.I] M.A.A.L H.I.J.R.A.H 1.4.2.9.H
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat yang telah dikurniakan sepanjang kehidupan kita di atas muka bumi-NYA ini. Dan InsyaAllah, esok kita akan menempuh Tahun Hijriah yang baru, 1429. Sama- sama kita berdoa agar diberikan kekuatan dan hidayah untuk menempuhi tahun baru ini dengan kehidupan yang lebih baik. Sama- sama berazam untuk mempertingkatkan dan memperbaiki diri sebagai seorang hamba di muka bumi Allah ini, InsyAllah.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 10:27:00 PG 0 comments
Kategori: Peristiwa
Isnin, 31 Disember 2007
Rabu, 19 Disember 2007
[A.P.A.I] Salam Aidil Adha
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:36:00 PG 0 comments
Kategori: Peristiwa
Khamis, 13 September 2007
[A.P.A.I] Ramadhan Al- Mubarak
Alhamdulillah...syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan kesempatan kepada diriku untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Ramadhan Al- Mubarak kepada semua kaum keluarga, sahabat- handai dan rakan- taulan. Semoga kita diberikan kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk mengharungi Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amal dan ibadah.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:08:00 PG 0 comments
Kategori: Peristiwa



