CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 30 April 2009

[A.P.A.I] Pejam Celik...Pejam Celik...

Dah lebih 2 minggu blog ini tidak dikemaskini. Bukan tak ada bahan tapi masa membataskan aku untuk mencoretkan sesuatu di sini. 30 April 2009...hari ini genap 4 tahun kehidupan aku bersama isteri tersayang, Sharifah Nadia Syed Khastudin. Selamat Ulangtahun Sayang!

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T diatas rahmatnya, perkahwinan kami telah pun mencecah usia 4 tahun. Boleh jadi usia perkahwinan ini masih lagi muda...walau apapun, bagi aku ia suatu tempoh yang telah mengajar aku erti kehidupan berkeluarga. InsyaAllah, jika usia ini dipanjangkan Allah,masih banyak lagi akan aku tempuh.

Kepada isteriku Sharifah Nadia, Abi sentiasa menyayangi dan mencintai dirimu. InsyaAllah, abi akan sentiasa memperbaiki diri ini supaya menjadi pembimbing kepada dirimu dan anak-anak kita. Maafkan diri ini jika ada kesilapan dan kesalahan abi dalam tingkahlaku dan tuturkata. Sama-samalah kita memperbaiki kehidupan ini agar kita memperolehi kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Amin!

Salam sayang dari Abi Hayyan & Abi Harraz,

5 comments:

Naddiea berkata...

TQ for being such a wonderfull husband to me and a father to the children.Love you...

Apai berkata...

Terima kasih juga di atas semua pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini. Sayang awak juga...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah semoga bahagia selamanya, InsyaAllah...

Saya biasa tengok wajah saudara dan memang kita di Organisasi yang sama.

Salam Ukhwah...

Tok Mie 7 @ Azmi Ahmad berkata...

Semoga ALLAH kurniakan kebahagiaan dunia DAN akhirat to both of you, anak2 dan keturunan.....

Apai berkata...

saifulazrul: Terima kasih di atas doa saudara. InsyaAllah, ada rezeki berjumpa la kita nanti.

AbA: Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua di dunia dan akhirat. Amin.