CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

Selasa, 14 April 2009

[A.P.A.I] Genap Setahun

Pada 31 Mac yang lalu, genap setahun aku berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Secara rasminya, aku mula menjejakkan kaki ke UKM pada 31 Mac 2008. Sepanjang 1 tahun di UKM, pelbagai pengalaman baru telah aku perolehi terutama di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan organisasi. Tetapi semuanya boleh dikatakan baru bermula, masih banyak lagi perkara yang aku harus pelajari selepas ini InsyaAllah.

Antara perkara yang aku ingat sepanjang setahun di UKM, pertama sekali dapat rakan baru. Orang pertama sekali yang aku kenal kat UKM ni Zolkefli Ismail (Zol). Masa tu dia Pembantu Tadbir dekat Unit Penerbitan Gugusan Kesihatan. Sekarang ni dia kerja kat Sekolah Menengah Taman Dato' Harun, Petaling Jaya, masih sebagai Pembantu Tadbir cuma kat sana dia ditawarkan jawatan tetap. Alhamdulillah, rezeki...Dulu dia la kawan pergi minum pagi dan makan tengahari.

Selain daripada urusan kerja, kat UKM ni peluang untuk menambah pengetahuan dan pengalaman memang sentiasa terbuka luas. Macam-macam kursus ada. Antara kursus yang paling best pernah aku hadiri, Kursus Pengukuhan Pasukan Jabatan Pendaftar @ Felda Gemencheh dan Kursus Kepimpinan @ Felda Tekam...best sebab kursus ni melibatkan aktiviti 'outdoor'. Tak mengantuk. Haha..

Harapan aku selepas ni adalah untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi ini. InsyaAllah barulah ada harapan untuk ditawarkan jawatan tetap. Amin!

Apai: Tak sabar nak pindah ke pejabat yang baru siap diubahsuai. Setelah hampir 2 tahun bahagian ini diwujudkan, akhirnya pejabat pentadbiran bahagian telah siap untuk diduduki. InsyaAllah, akan dikongsikan di sini nanti.

Sabtu, 28 Februari 2009

[A.P.A.I] Pesanan Imam Ghazali

Salam... 12.02.09 tarikh akhir aku mengemaskini blog ini. Itu pun sekadar 'singgah'...nampak gaya nyer aktiviti 'blogging' ni amat terhad untuk tempoh waktu ni. Sekarang ni pun, aku berada di Hotel Royale Bintang, Seremban kerana mengendalikan Bengkel Persiapan Syarahan Perdana Siri Ke-2 untuk Profesor-Profesor di Gugusan Kesihatan UKM. Bermula dari hari Jumaat, 27.02.09 hingga Ahad, 01.03.09. So, sambil-sambil menunggu aktiviti-aktiviti bengkel ni dijalankan, sempat la aku mencoretkan sesuatu ke blog ini. Actually, 2 minggu lepas (13-15 Februari 2009) aku telah menghadiri Kursus Pengukuhan Pasukan (Kepimpinan) yang dianjurkan oleh Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di Tekam Plantation Resort (FELDA). Ini kali kedua aku sampai ke sana. Alhamdulillah, semua aktiviti 'enjoy' dan yang paling penting mencapai objektif. Modul team building kali ini, semuanya baru bagi aku...samada dari segi aktiviti berkumpulan, management game dan aktiviti 'outdoor'. Antara pengalaman menarik yang aku lalui dalam kursus kali ini ialah aktiviti membina rakit...pergh, pada mulanya macam seronok. Tapi bukan senang nak buat. Kerjasama yang paling penting...bak kata 'Wonder Pet', APA YANG PENTING? BEKERJASAMA! Masa untuk membina rakit tu amat terhad...siap tak siap,kena bawa ke tasik dan semua ahli dikehendaki naik dan mendayung rakit. Alhamdulillah, pasukan kitorang dapat menyiapkan rakit walaupun tidak begitu sempurna...janji boleh naik. Haha...Dah bawa ke tasik, dayung ramai-ramai ke seberang (jarak lebih kurang 500 meter) dan lepas tu dilepaskan untuk perlumbaan. Pemenang bukan pasukan mana yang sampai dulu tetapi pasukan mana yang bawa rakit naik ke darat, buka rakit dan kemas semula semua perkakas, baru diisytiharkan pemenang. Dan dengan semangat juang yang tinggi, tenaga yang dikerah 100%, pasukan aku (IRAN) berkongsi tempat pertama dengan Pasukan Jordan untuk aktiviti ini. Satu lagi pengalaman baru aku ketika mengikuti kursus ini ialah aktiviti Abseiling, Flying Fox dan Lake Crossing. Memang aktiviti ini mencabar minda dan keyakinan diri. Tanpa keyakinan, rasanya tak mampu buat. Aku sendiri pun pada mulanya rasa macam ok jer. Dalam hati, alah tak susah pun aktiviti ni. Dari segi teknik memang tak jadi masalah tapi bila anda berada di atas pelantar untuk melakukan abseiling atau flyingfox, baru anda tahu berani tak berani diri anda. Tengok dari bawah, alah...kacang jer ni. Jangan over confidence atau terlalu rendah keyakinan diri...anda tahu kemampuan diri anda! Tidak ketinggalan di sini ingin saya berkongsi sedikit catatan yang saya perolehi ketika kuliah subuh di Tekam tempoh hari yang telah disampaikan oleh Imam Masjid Felda Tekam sebagai panduan saya dan rakan-rakan sekalian. Pesanan Imam Ghazali Pada satu hari, Imam Ghazali telah berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya kepada mereka: - Soalan Pertama: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati."Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )2 - Soalan Kedua : Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini? Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. LaluImam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. - Soalan Ketiga: Apakah yang paling besar di dunia ini? Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka . - Soalan Keempat: Apa yang paling berat di dunia ini? Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah""Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya. - Soalan Kelima : Apa yang paling ringan di dunia ini? Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat. - Soalan Keenam : Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Sama-sama kita renungkan dan ambil perhatian pesanan dan peringatan Imam Ghazali ini InsyaAllah.

Khamis, 12 Februari 2009

[A.P.A.I] Bersawang untuk seketika...

Salam...tak terdaya untuk mengemaskini blog dengan cerita-cerita baru buat masa ini. Cerita lama pun belum habis dimasukkan ke blog. Cerita balik kampung pun tak habis lagi...Adoi, nak buat macamana. Tugasan pejabat silih berganti. Blog rakan-rakan yang lain pun dah lama tak dikunjungi. Sori guys! Esok hingga Ahad, ada kursus di Jerantut, Pahang dan Isnin kena hadir Taklimat Penyediaan Rancangan Pembangunan RMK-10 UKM di Equatorial Hotel, Bangi. Bersawang lagi la blog aku...

Khamis, 4 Disember 2008

[A.P.A.I] Singgah jap

Belum sempat nak masukkan entry untuk bulan Disember. Ada beberapa tugasan di atas meja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. InsyaAllah, ada kesempatan nanti, datang balik...HaHa

Khamis, 27 November 2008

[A.P.A.I] Rileks jap..

Hari ni dapat la rileks jap sebelum sambung balik esok dengan kesibukan program + meeting + dll. Yang dah selesai sehingga hari ini: 16.11.2008 : Kursus Pengurusan Strategik The Emperor Hotel, Melaka. 22/23.11.2008 : Kerja-Kerja Pemindahan Kabin Klinik Kesihatan Semenyih ke Kampus Kuala Lumpur. 25 - 26.11.2008 : Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur & UKM Bangi. Esok sambung balik...28 - 30.11.2008 : Bengkel Penulisan Kualitatif dan Kuantitatif (Gugusan Kesihatan) Klana Resort Seremban. Sebelum gie Seremban, ada meeting pulak kat UKM Bangi esok pagi jam 8.30 - Mesyuarat Bersama Di Antara Pendaftar dengan Penolong-Penolong Pendaftar. 2 program terpaksa ditunda kemudian atas sebab jadual yang terlalu padat untuk bulan Disember dan pertindihan dengan beberapa program yang lebih perlu diberikan keutamaan...Seminar Pemantapan Diri Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan Quality Hotel, Shah Alam yang dijadualkan pada 03.12.2008 terpaksa ditunda (InsyaAllah 18.12.2008) bagi memberi ruang kepada kakitangan Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur membuat persiapan Audit ISO SIRIM yang akan berlangsung pada 4 dan 5hb November 2008. Manakala Lawatan Ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Jalan Duta ditunda ke Januari 2009. Jadual tambahan lain untuk bulan Disember - 01.12.2008 (2.30 petang) : Mesyuarat Exco Bahagian Pengurusan Kampus Kuala Lumpur Bil.2/2008 02.12.2008 (2.30 petang) : Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendaftar 04 - 05.12.2008 : Audit ISO SIRIM Jabatan Pendaftar UKM 05.12.2008 : Balik Kampung la...Raya Haji!

Rabu, 19 November 2008

[A.P.A.I] Kerja oh Kerja

Tentatif kerja bulan November dan Disember 2008 14 - 16.11.2008 : Kursus Pengurusan Strategik The Emperor Hotel, Melaka. 22/23.11.2008 : Kerja-Kerja Pemindahan Kabin Klinik Kesihatan Semenyih ke Kampus Kuala Lumpur. 25 - 26.11.2008 : Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur & UKM Bangi. 28 - 30.11.2008 : Bengkel Penulisan Kualitatif dan Kuantitatif (Gugusan Kesihatan) Klana Resort Seremban. 03.12.2008 : Seminar Pemantapan Diri Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan Quality Hotel, Shah Alam 10.12.2008 : Majlis Korban dan Aqiqah Kampus Kuala Lumpur 16.12.2008 : Lawatan Ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Jalan Duta Pelaksanaan Amalan Persekitaran Kerja Berkualiti (5S) Macamana nak perabih cuti tahun ni...sempat kot sebelum akhir tahun.

Isnin, 18 Ogos 2008

[A.P.A.I] Bengkel Fail Meja @ Tekam Plantation Resorts, Jerantut Pahang

Pada 15 dan 16 Ogos lalu, Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan, Jabatan Pendaftar telah mengadakan Bengkel Kerja Fail Meja di FELDA Residence Tekam @ Jerantut, Pahang. Seramai 19 orang kakitangan telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada kakitangan dari Kampus Kuala Lumpur, Kampus Cheras dan Pusat Latihan Khidmat Masyarakat Tanjung Karang.
Ini merupakan program pertama yang aku kendalikan sejak aku mula bertugas di Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan, Jabatan Pendaftar UKM. Alhamdulillah, objektif dan pelaksanaan bengkel berjalan dengan lancar. Tempat kursus ni memuaskan dari segi penginapan (bilik amat memuaskan), penyediaan makanan dan kemudahan kursus (bilik seminar dan peralatan lengkap). So, kalau ada kawan-kawan yang nak buat kursus atau bengkel, boleh la ke FELDA RESIDENCE TEKAM. Nak kata jauh tidak la begitu jauh dari Kuala Lumpur ni. Tapi boleh la tahan jugak. Kalau nak pergi bercuti dengan keluarga pun ok jugak tempat ni. Kot-kot korang nak merasa percutian di kawasan FELDA. Best jugak tu!
Memandangkan sebelum ni semua kakitangan hanya dibekalkan dengan panduan kerja, jadi tak semua tahu mengenai fail meja. Inilah sebab utama bengkel ini diadakan. Dalam pelaksanaan kerja harian setiap kakitangan, fail meja merupakan dokumen panduan kerja utama. So setelah taklimat dan penerangan yang telah disampaikan oleh Encik Kamaruzzaman (Ketua Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan), setiap kakitangan dikehendaki menyediakan fail meja masing-masing. InsyaAllah, dalam tempoh 3 bulan selepas bengkel kerja ni, diharapkan setiap kakitangan telah menyiapkan fail meja masing-masing. InsyaAllah, lepas ni akan ada satu lagi Bengkel Kerja Fail Meja (Siri 2) bertujuan untuk semakan dan pembentangan. Mengikut perancangan bahagian, fail meja ni perlu disediakan sebelum Audit ISO SIRIM yang akan datang.

Rabu, 30 Julai 2008

[A.P.A.I] Team Building...Jabatan Pendaftar UKM

Jumaat Lepas (25.07.08) aku ada Kursus Pengukuhan Pasukan Jabatan Pendaftar UKM a.k.a Team Building anjuran Unit Latihan, Jabatan Pendaftar UKM. Yang pergi ni 2nd batch la kot sebab tengok kat surat tawaran tu Bil.2/2008. Team building ni buat dekat Pusat Latihan FELDA, Gemencheh, Negeri Sembilan. Biasa la, awal2 dapat surat tawaran tu liat jugak la sebab buat kat Pusat Latihan FELDA. Dalam kepala...macam tak menarik je. Selain aku, ada 3 orang lagi dari Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan yang pergi sama kursus ni - Zol, Zuri dan Rash. Kitorang berkumpul kat Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM selepas Solat Jumaat dan bas sampai lebih kurang pukul 2.30 petang. Kitorang naik bas sewa luar..yang penting bas sangat2 selesa..maklum la, bas baru. Perjalanan ke Gemencheh memakan masa selama 3 jam lebih sebab bas salah jalan. Hampir- hampir tersesat, kalau tidak kitorang sampai Bandar Melaka. Sampai kat Pusat Latihan FELDA Gemencheh jam 6.00 petang. Kitorang disambut oleh En. Anuar dan En Azuri, Fasilitator Kursus dari SAC Consultancy Sdn Bhd. Sampai je terus check in bilik. 1 bilik 4 orang. Ok jugak tempat dia. Actually tempat tu Pusat Latihan FELDA Security Sdn Bhd. Aku lepak satu bilik dengan Rash, Zol dan Nazri (Pegawai Keselamatan PLKM Tanjung Karang).
Ok, pendek cerita antara perkara yang dipelajari sepanjang kursus ni ialah:- 1. Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan. Sebagai satu pasukan/organisasi, kita kena saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Tak ada manusia yang sempurna so tak payah la cari kesalahan orang dalam melaksanakan tugas sebab kita pun bukan betul sangat. Kalau agak2 rakan sekerja atau orang bawah kita buat kerja tak betul, tegur dia dengan cara yang baik. Jangan 'blame' dia. Kita pun kalau kena 'blame', dah tentu susah nak terima. So, fikir-fikirkanlah. 2. Dalam kerja berkumpulan, kerjasama amat penting dalam mencapai matlamat. Mana boleh buat kerja sorang- sorang. Setiap orang ada peranan masing-masing. Itu la yang dipelajari waktu main paintball. Nak kalahkan pasukan lawan, mana boleh aku lawan sorang-sorang kalau tak ada bantuan rakan-rakan yang lain. Tapi kalau korang tengok Rambo, boleh pulak kan dia perang sorang2...boleh la, itu dalam filem. 3. Sentiasa dengar dan patuh pada arahan. Dengar arahan dengan jelas dan laksanakan arahan dengan betul. Tak salah buat silap kali pertama, tapi jangan ulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali. Pendek kata, apa yang kitorang lalui sepanjang 3 hari 2 malam ni adalah proses mengubah MINDA dan memantapkan SIKAP setiap individu untuk bekerja secara berkumpulan. Kalau dulu suka cari salah orang, harap-harap ubah sikap untuk lebih menghargai orang lain yang bekerja dengan kita. Kalau dulu tak berapa nak suka kerja dengan orang, harap-harap dah boleh kerja sama-sama Lu pikir la sendiri!