CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

Khamis, 23 Julai 2009

[A.P.A.I] Wang Kertas RM50 Baru

Tetiba rasa terkejut pulak bila tengok wang kertas RM50 berwajah baru keluar dari mesin ATM. Baru la teringat baru-baru ni Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penggunaan wang kertas baru RM 50 reka bentuk baru. Wang kertas ini mula dikeluarkan pada 15 Julai 2009 yang lalu.

Nampak lebih selamat. Serba sedikit maklumat mengenai wang kertas baru ini:

Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.

Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.

Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal

  • Potret Tera Air dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih muda atau gelap berbanding dengan warna kertas sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Pada bahagian bawah potret tera air ini angka 50 dapat dilihat dengan jelas.
  • Tanda Pandang Telus memaparkan corak songket pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas apabila wang kertas ini diletakkan pada cahaya.
  • Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas akan berkilau dalam warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu.
  • Huruf Mikro "BNM RM50" yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.
  • Jalur Holografik memaparkan angka 50 dan juga bunga raya.
  • Imej Pendam Pelbagai Warna dengan angka 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.
  • Ciri Anti Pengimbas menyebabkan beberapa reka bentuk tertentu tidak boleh diimbas oleh mesin pengimbas.
  • Ciri Braille untuk orang yang cacat penglihatan.

Wang kertas RM50 baharu ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang moden dan inovatif dengan tujuan utamanya adalah untuk menghalang cubaan pemalsuan. Orang ramai dinasihati supaya mengambil perhatian terhadap ciri keselamatan dan reka bentuk yang dinyatakan di atas. Siri reka bentuk wang kertas RM50 yang sedia ada akan terus sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama-sama wang kertas baharu RM50 ini sehingga ia dikeluarkan dari edaran secara berperingkat-peringkat. Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan.

Nota: Sumber maklumat diperolehi dari Laman Sesawang Bank Negara Malaysia.

Selasa, 18 Mac 2008

[A.P.A.I] BARISAN KABINET BARU 2008

Sumber: Utusan Online 18/03/2008 3:37pm

PERDANA MENTERI Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi TIMBALAN PERDANA MENTERI Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak JABATAN PERDANA MENTERI Menteri Tan Sri Bernard Giluk Dompok Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi Datuk Zaid Ibrahim Datuk Amirsham A. Aziz Timbalan Menteri Datuk Mohd. Johari Baharom Datuk Dr. Masitah Ibrahim Datuk Hassan Malik S.K. Devamany KEMENTERIAN KEWANGAN Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Timbalan Menteri Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah Datuk Kong Cho Ha KEMENTERIAN PERTAHANAN Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak Timbalan Menteri Datuk Wira Abu Seman Yusop KEMENTERIAN DALAM NEGERI Menteri Datuk Seri Syed Hamid Albar Timbalan Menteri Datuk Chor Chee Heung Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN Menteri Datuk Ong Ka Chuan Timbalan Menteri Datuk Robert Lau Hoi Chew Datuk Hamzah Zainuddin KEMENTERIAN KERJA RAYA Menteri Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad Timbalan Menteri Datuk Yong Khoon Seng KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin Timbalan Menteri Datuk Liew Vui Keong Jacob Dungau Sagan KEMENTERIAN LUAR NEGERI Menteri Datuk Seri Dr. Rais Yatim Timbalan Menteri Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar KEMENTERIAN PENERANGAN Menteri Datuk Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri Datuk Tan Lian Hoe KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Menteri Datuk Dr. S. Subramaniam Timbalan Menteri Datuk Noraini Ahmad KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri Wee Jeck Seng KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA Menteri Datuk Shahrir Abdul Samad Timbalan Menteri Jelaing anak Mersat KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI Menteri Datuk Shaziman Abu Mansor Timbalan Menteri Datuk Joseph Salang Anak Gandum KEMENTERIAN PELAJARAN Menteri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan Menteri Dr. Wee Ka Siong Datuk Razali Ismail KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Menteri Datuk Seri Khaled Nordin Timbalan Menteri Datuk Dr. Hou Kok Chung Datuk Idris Haron KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI Menteri Datuk Noh Omar Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR Menteri Datuk Douglas Unggah Embas Timbalan Menteri Datuk Abdul Ghapur Salleh KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI Menteri Datuk Mustapa Mohamed Timbalan Menteri Datuk Rohani Abdul Karim KEMENTERIAN PENGANGKUTAN Menteri Datuk Ong Tee Keat Timbalan Menteri Datuk Anifah Aman KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Menteri Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili Timbalan Menteri Fadilah Yusof KEMENTERIAN PELANCONGAN Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said Timbalan Menteri Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN Menteri Datuk Mohd. Shafie Apdal Timbalan Menteri Teng Boon Soon KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT Menteri Datuk Dr. Ng Yen Yen Timbalan Menteri Noriah Kasnon KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH Menteri Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib Timbalan Menteri Tan Sri Joseph Kurup Joseph Entulu Belaun KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI Menteri Datuk Peter Chin Fah Kui Timbalan Menteri Senator A. Kohilan Pillay KEMENTERIAN KESIHATAN Menteri Datuk Liow Tiong Lai Timbalan Menteri Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN Menteri Datuk Seri Zulhasnan Rafique Timbalan Menteri Datuk M. Saravanan Semoga barisan kabinet yang baru ini akan lebih kuat bekerja untuk RAKYAT!