CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 14 April 2009

[A.P.A.I] Genap Setahun

Pada 31 Mac yang lalu, genap setahun aku berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Secara rasminya, aku mula menjejakkan kaki ke UKM pada 31 Mac 2008. Sepanjang 1 tahun di UKM, pelbagai pengalaman baru telah aku perolehi terutama di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan organisasi. Tetapi semuanya boleh dikatakan baru bermula, masih banyak lagi perkara yang aku harus pelajari selepas ini InsyaAllah.

Antara perkara yang aku ingat sepanjang setahun di UKM, pertama sekali dapat rakan baru. Orang pertama sekali yang aku kenal kat UKM ni Zolkefli Ismail (Zol). Masa tu dia Pembantu Tadbir dekat Unit Penerbitan Gugusan Kesihatan. Sekarang ni dia kerja kat Sekolah Menengah Taman Dato' Harun, Petaling Jaya, masih sebagai Pembantu Tadbir cuma kat sana dia ditawarkan jawatan tetap. Alhamdulillah, rezeki...Dulu dia la kawan pergi minum pagi dan makan tengahari.

Selain daripada urusan kerja, kat UKM ni peluang untuk menambah pengetahuan dan pengalaman memang sentiasa terbuka luas. Macam-macam kursus ada. Antara kursus yang paling best pernah aku hadiri, Kursus Pengukuhan Pasukan Jabatan Pendaftar @ Felda Gemencheh dan Kursus Kepimpinan @ Felda Tekam...best sebab kursus ni melibatkan aktiviti 'outdoor'. Tak mengantuk. Haha..

Harapan aku selepas ni adalah untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi ini. InsyaAllah barulah ada harapan untuk ditawarkan jawatan tetap. Amin!

Apai: Tak sabar nak pindah ke pejabat yang baru siap diubahsuai. Setelah hampir 2 tahun bahagian ini diwujudkan, akhirnya pejabat pentadbiran bahagian telah siap untuk diduduki. InsyaAllah, akan dikongsikan di sini nanti.

0 comments: