Salam... 12.02.09 tarikh akhir aku mengemaskini blog ini. Itu pun sekadar 'singgah'...nampak gaya nyer aktiviti 'blogging' ni amat terhad untuk tempoh waktu ni. Sekarang ni pun, aku berada di Hotel Royale Bintang, Seremban kerana mengendalikan Bengkel Persiapan Syarahan Perdana Siri Ke-2 untuk Profesor-Profesor di Gugusan Kesihatan UKM. Bermula dari hari Jumaat, 27.02.09 hingga Ahad, 01.03.09. So, sambil-sambil menunggu aktiviti-aktiviti bengkel ni dijalankan, sempat la aku mencoretkan sesuatu ke blog ini. Actually, 2 minggu lepas (13-15 Februari 2009) aku telah menghadiri Kursus Pengukuhan Pasukan (Kepimpinan) yang dianjurkan oleh Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di Tekam Plantation Resort (FELDA). Ini kali kedua aku sampai ke sana. Alhamdulillah, semua aktiviti 'enjoy' dan yang paling penting mencapai objektif. Modul team building kali ini, semuanya baru bagi aku...samada dari segi aktiviti berkumpulan, management game dan aktiviti 'outdoor'. Antara pengalaman menarik yang aku lalui dalam kursus kali ini ialah aktiviti membina rakit...pergh, pada mulanya macam seronok. Tapi bukan senang nak buat. Kerjasama yang paling penting...bak kata 'Wonder Pet', APA YANG PENTING? BEKERJASAMA! Masa untuk membina rakit tu amat terhad...siap tak siap,kena bawa ke tasik dan semua ahli dikehendaki naik dan mendayung rakit. Alhamdulillah, pasukan kitorang dapat menyiapkan rakit walaupun tidak begitu sempurna...janji boleh naik. Haha...Dah bawa ke tasik, dayung ramai-ramai ke seberang (jarak lebih kurang 500 meter) dan lepas tu dilepaskan untuk perlumbaan. Pemenang bukan pasukan mana yang sampai dulu tetapi pasukan mana yang bawa rakit naik ke darat, buka rakit dan kemas semula semua perkakas, baru diisytiharkan pemenang. Dan dengan semangat juang yang tinggi, tenaga yang dikerah 100%, pasukan aku (IRAN) berkongsi tempat pertama dengan Pasukan Jordan untuk aktiviti ini. Satu lagi pengalaman baru aku ketika mengikuti kursus ini ialah aktiviti Abseiling, Flying Fox dan Lake Crossing. Memang aktiviti ini mencabar minda dan keyakinan diri. Tanpa keyakinan, rasanya tak mampu buat. Aku sendiri pun pada mulanya rasa macam ok jer. Dalam hati, alah tak susah pun aktiviti ni. Dari segi teknik memang tak jadi masalah tapi bila anda berada di atas pelantar untuk melakukan abseiling atau flyingfox, baru anda tahu berani tak berani diri anda. Tengok dari bawah, alah...kacang jer ni. Jangan over confidence atau terlalu rendah keyakinan diri...anda tahu kemampuan diri anda! Tidak ketinggalan di sini ingin saya berkongsi sedikit catatan yang saya perolehi ketika kuliah subuh di Tekam tempoh hari yang telah disampaikan oleh Imam Masjid Felda Tekam sebagai panduan saya dan rakan-rakan sekalian. Pesanan Imam Ghazali Pada satu hari, Imam Ghazali telah berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya kepada mereka: - Soalan Pertama: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati."Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )2 - Soalan Kedua : Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini? Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. LaluImam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. - Soalan Ketiga: Apakah yang paling besar di dunia ini? Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka . - Soalan Keempat: Apa yang paling berat di dunia ini? Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah""Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya. - Soalan Kelima : Apa yang paling ringan di dunia ini? Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat. - Soalan Keenam : Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Sama-sama kita renungkan dan ambil perhatian pesanan dan peringatan Imam Ghazali ini InsyaAllah.
Izinkan Aku Menangis
2 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan