Pejam celik…pejam celik…hari ni dah masuk hari ke- 3 bulan baru. 03.03.08. Begitu pantas masa berlalu dan masa yang telah berlalu tak akan datang kembali. Seperti yang aku baca di Blog AbA mengenai teka-teki Imam Ghazali, apa yang paling jauh dalam dunia? Bukan kutub utara, bukan bulan, bukan matahari dan bukan langit. Yang paling jauh ialah masa.... sebab satu saat yang telah pergi tidak boleh datang semula walaupun dibayar dengan emas sebesar gunung. Dah 4 bulan aku bekerja di Jabatan Pengajian Tinggi. Aku mula kerja kat sini 9 November 2007 tahun lalu dan akan tamat kontrak pada 10 Mei 2008 (tempoh kontrak 6 bulan). Inilah kerja pertama aku selepas aku tidak lagi aktif di dunia keusahawanan. Di sini aku mula belajar balik perkara- perkara yang kurang diberi perhatian sewaktu aku bekerja sendiri dulu. Perkara pertama yang aku perolehi bila aku memulakan tugas di sini ialah belajar menDISIPLINkan diri. MenDISIPLINkan diri dengan waktu, menDISIPLINkan diri dengan tugas, menDISIPLINkan diri dengan penampilan dan personaliti. Bermula seawal pagi, sekarang ni aku dah kena bangun. Sebelum Subuh dah bangun untuk siapkan diri ke tempat kerja. Kalau lambat, mmm...alamatnya terlepas bas la ke tempat kerja. Dulu, kerja sendiri, lepas Subuh boleh tidur balik. Masuk pejabat, ikut waktu sendiri. Lesson Learned – Amalan bangun pagi awal ni, memang dituntut oleh ISLAM. Banyak fadhilatnya dari sudut kesihatan, sosial, ekonomi dan sahsiah diri. Bangun awal pagi, murah rezeki InsyaAllah. Selain dari mendisiplinkan diri bangun awal pagi, aku juga belajar mendisiplinkan diri dengan ketetapan waktu. Ye la dah ada waktu yang ditetapkan. Jika tidak, kad perakam waktu MERAH. Nampak mungkin mudah dan remeh tetapi di sinilah kita mendidik manusia untuk berDISIPLIN. Mungkin peraturan ni tak digunapakai oleh semua pihak. Ada juga syarikat- syarikat yang mengamalkan waktu kerja yang fleksible. Tapi untuk melaksanakan waktu kerja yang fleksible, ia tetap menuntut DISIPLIN yang tinggi dari setiap pekerja. Kalau tidak, tak jadi jugak. Lesson Learned – Walau apapun mekanisme dan pendekatan yang kita gunakan dalam mendidik manusia menepati waktu, apa yang penting ialah kita perlu belajar menghargai masa. Barulah kita dapat menghasilkan sesuatu yang positif dalam kehidupan kita. Nak berjaya dalam hidup ni kena la banyak belajar dan terus berusaha tanpa kenal erti jemu. Percayalah bahawa setiap kejayaan yang ingin dicapai perlu disertai dengan DISIPLIN diri yang tinggi dan ISTIQAMAH.
Izinkan Aku Menangis
3 tahun yang lalu
1 comments:
Dalam Al-Quran Allah bersumpah "Demi Masa!" untuk highlight pada kita betapa sangat berharga masa. Moto baru aku.... Stop Procrastinating, Just Do Lah :)
Catat Ulasan