
Jumaat, 26 September 2008
[A.P.A.I] Selamat Bercuti

Penulis ~ Apai Waktu ~ 3:36:00 PTG 0 comments
Kategori: Cuti
[A.P.A.I] Iftar Puasa Lagi ~ 25.09.08
Semalam (25.09.08) kitorang (rakan-rakan sepejabat) berbuka puasa sama-sama sekali lagi sebelum bercuti panjang hari raya. Kali ni kitorang decide untuk makan masakan tomyam pulak. So aku bawak diorang ke Restoran Jees Seafood @ Sri Gombak. Kitorang pergi lepas berbuka...berbuka dulu di rumah aku dengan sedikit kuih-muih yang dibelikan oleh Zol & Rash (terima kasih kerana sudi belikan dulu kuih) dekat Bazaar Ramadhan, dah selesai solat Maghrib baru kitorang pergi. Baru selesa sikit nak melantak. Hahaha...
Sampai je kat kedai, tanpa membuang masakitorang pun mula meng'order' makanan untuk santapan perut yang sememang nyer tengah lapar. Untuk memudahkan semua orang, kitorang pilih set yang telah disediakan. Boleh tahan la menu dalam set tu - Tomyam Seafood, Ikan Siakap, Kerabu Mangga, Sayur Asparagos (ntah betul ke idak nama nyer), 2 Jag Air Buah (Oren dan Epal) + Udang Celup Tepung. Alhamdulillah, seronok dapat berbuka bersama rakan-rakan sepejabat...InsyaAllah, jika dipanjangkan usia, tahun depan kita boleh berbuka sama- sama lagi. Selamat Hari Raya!


Penulis ~ Apai Waktu ~ 9:38:00 PG 0 comments
Kategori: Rakan Sepejabat
Selasa, 16 September 2008
[A.P.A.I] Iftar Puasa ~ 15.09.08

Ni gambar sebelum berbuka (Dah macam Amalan 5S, gambar sebelum dan selepas pelaksanaan). Macam-macam ada...Sotong, Udang Galah, Udang Harimau, Ikan Keli, Ikan Kembung, Ayam, Daging, Peter Crab (haha..) dan yang seangkatan dengannya. Alhamdulillah, puas hati bagi mereka yang memang berselera besar. Tapi aku just makan Ayam, Ikan, Daging dengan Ketam jer pun..Udang, sotong memang dari kecil tak pernah makan.
Macam biasa la si abang (Zarif Hayyan) ni dah tentu 'sibuk' sama bila time berbuka. Kena la melayan kerenah dia sambil menjamu selera. Bukan makan sangat pun dia, sekadar memeriahkan lagi suasana...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:32:00 PTG 1 comments
Kategori: Rakan Sepejabat