Jumaat, 30 Januari 2009
[A.P.A.I] Selamat Hari Lahir Hayyan!
Penulis ~ Apai Waktu ~ 1:01:00 PTG 0 comments
Kategori: Keluarga
Khamis, 8 Januari 2009
[A.P.A.I] Balik Kampung - Siri 2
Penulis ~ Apai Waktu ~ 3:31:00 PTG 2 comments
Kategori: Cuti
Rabu, 7 Januari 2009
[A.P.A.I] Balik Kampung - Siri 1

Lebih 2 jam jugak la kami menghabiskan masa kat situ. Makan, solat, tukar pampers, keluar-masuk kedai...Mama siap tapau Donut @ Big Apple Donuts & Coffee, Hayyan & Harraz 'pow' mainan kat Toys R Us (Kereta Hot Wheels - RM 5.90). Selepas dah puas mengukur kedai-kedai yang ada kat Mesra Mall, barulah kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Ada lebih kurang 2 jam lagi perjalanan untuk sampai ke Kampung Seberang Takir. Tok Aboh dah telefon 2-3 kali tanya kami kat mana (Tok Aboh dah tak sabar nak bermesra dengan cucu2nya). Melewati Bandar Paka, hujan mula turun dan menjadikan perjalanan slow dengan deretan kenderaan yang mengekori antara satu sama lain. Nak memotong tak berani sebab jarak penglihatan terhad sebab hujan sangat lebat. Harraz pulak mula meragam sebab badan dia agak panas. Sampai di Kuala Terengganu, kami 'decide' untuk terus ke Klinik Adni di Pekan Batu 6...jumpa doktor dan ambil ubat Harraz. Rupanya kerongkong Harraz kemerahan dan ada 'Ulser' dalam mulut dia. Tu yang dia meragam. Selepas selesai urusan di klinik, kami terus balik ke rumah Tok Aboh di Seberang Takir. Alhamdulillah, segalanya selamat buat kami. Lepas makan dan membersihkan diri, terus zzzzz....Penulis ~ Apai Waktu ~ 10:45:00 PG 0 comments
Kategori: Cuti
Khamis, 1 Januari 2009
[A.P.A.I] Kalendar Baru...
Pada 29.12.08 yang lalu, kita telah menyambut kedatangan Tahun Baru Hijriah 1430H dan hari ini merupakan hari pertama dalam kalendar Masihi, 01.01.2009. Pasti setiap individu telah meletakkan sasaran, azam dan harapan untuk tahun baru ini. Semoga kita sama-sama berusaha untuk mencapainya. Azam Excellent Dunia Akhirat. Harapan Memperolehi jawatan tetap di UKM. Sasaran 1. Menghadiri sekurang-kurangnya 1 majlis ilmu di surau/ masjid setiap minggu InsyaAllah. 2. Membaca sekurang-kurangnya 6 buah buku ilmiah. Terus-terang cakap, aku ni boleh dikategorikan individu yang kurang minat membaca. Baca paper ada la. Tapi tahun ni InsyaAllah cuba usaha untuk habiskan 6 buah buku sebagai titik permulaan.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 8:00:00 PG 0 comments
Kategori: Peristiwa

