Dari sehari ke sehari nak mencoretkan kisah balik kampung tempoh hari tetapi disebabkan kesibukan beberapa urusan, hari ni baru berkesempatan.
----------------------------------------------------------------------------------
24/12 - Kami bertolak balik dari KL ke Kuala Terengganu jam 11.30 pagi. Agak lewat jugak bertolak tapi memang dah jadi waktu 'standard' kami bila nak balik ke Kuala Terengganu. Yelah, nak tunggu putera2 kesayangan bangun dulu baru boleh bersiap (Hehe..sebenor nyer bapak dia yang tido balik). Jam 11.45 pagi, selepas berhenti membeli bekalan makan di McDonalds Karak (Ini la kot kali terakhir makan McDonalds, lepas ni boikot) dan mengisi minyak di Stesen Petronas bersebelahan, kitorang terus memecut (90KM/jam jer pun) ke arah Lebuhraya Karak. Keadaan lalulintas cukup selesa menjelang tengahari itu. Kami berhenti sekali lagi di Stesen Minyak Petronas Bentong untuk makan juadah yang telah dibeli. Terpaksa la berhenti sebab tak 'concentrate' memandu sambil makan...Jam 2.30 petang, keluar dari Lebuhraya Pantai Timur dekat Exit Jabor, terus menuju ke jalan pantai (Kuala Terengganu - Kuantan). Aku memang suka lalu jalan tu walaupun lambat sampai sebab suasana dan pemandangan dia tak jemu. Tapi sebenar-benarnya Mama ada misi dan tempat yang ingin ditujui di tengah-tengah perjalanan ini. Dari awal perjalanan Mama dah 'sound' nak singgah tempat tu...
Hah, inilah tempat yang Mama nak singgah...Mesra Mall di Rantau Petronas, Kerteh. Kali terakhir kami lalu (balik raya lepas), belum siap lagi. Mesra Mall ni dibangunkan oleh Petronas & KLCC. Konsep dia simple tapi menarik, mesra pengunjung, kemudahan lengkap, kedai-kedai 'standard' dan pelbagai...antara kedai yang menarik:
Kedai- kedai lain - Big Apple, Al-Ikhsan, Starbucks, Secret Recipes dan macam-macam lagi. Nak tahu kedai apa lagi yang ada kat sini, ni dia senarainya...
Kalau terlupa bawa duit lebih, ada 2 bank kat sini - CIMB dan Maybank (ATM dan kaunter). Ada panggung wayang (TGV Cineplex), Gelanggang FUTSAL, SQUASH & Bowling. Meriah oh shopping mall ni. Kalau tengok dari luar, mesti korang tak sangka ada kemudahan macam tu sebab shopping kompleks ni 1 tingkat ajer tapi luas (Wah, bukan main lagi aku 'promote' Mesra Mall). Nak tahu lebih lanjut, layari website Mesra Mall - http://www.mesramall.com.my/. Kalau korang lalu nanti, singgah la. Lebih 2 jam jugak la kami menghabiskan masa kat situ. Makan, solat, tukar pampers, keluar-masuk kedai...Mama siap tapau Donut @ Big Apple Donuts & Coffee, Hayyan & Harraz 'pow' mainan kat Toys R Us (Kereta Hot Wheels - RM 5.90). Selepas dah puas mengukur kedai-kedai yang ada kat Mesra Mall, barulah kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Ada lebih kurang 2 jam lagi perjalanan untuk sampai ke Kampung Seberang Takir. Tok Aboh dah telefon 2-3 kali tanya kami kat mana (Tok Aboh dah tak sabar nak bermesra dengan cucu2nya). Melewati Bandar Paka, hujan mula turun dan menjadikan perjalanan slow dengan deretan kenderaan yang mengekori antara satu sama lain. Nak memotong tak berani sebab jarak penglihatan terhad sebab hujan sangat lebat. Harraz pulak mula meragam sebab badan dia agak panas. Sampai di Kuala Terengganu, kami 'decide' untuk terus ke Klinik Adni di Pekan Batu 6...jumpa doktor dan ambil ubat Harraz. Rupanya kerongkong Harraz kemerahan dan ada 'Ulser' dalam mulut dia. Tu yang dia meragam. Selepas selesai urusan di klinik, kami terus balik ke rumah Tok Aboh di Seberang Takir. Alhamdulillah, segalanya selamat buat kami. Lepas makan dan membersihkan diri, terus zzzzz....
0 comments:
Catat Ulasan