CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 10 November 2008

[A.P.A.I] Kecundang...

Manchester United kecundang di Emirates Sabtu lalu dengan keputusan 2 - 1. Apakan daya, kena terima la kekalahan malam tu walaupun menaruh harapan tinggi agar Manchester menang malam tu. Agak jauh juga point kena tinggal dengan Chelsea dan Liverpool tapi perjuangan masih jauh. Macam-macam boleh terjadi... Tak dapat tengok game malam tu sebab ada dinner celebrate hari lahir mak mentua @ Bandar Baru Bangi. Balik jer rumah, tengok highlight Manchester United kena 2-1. Serba tak menjadi game malam tu untuk Manchester United. Rooney tak dapat sempurnakan peluang...Ronaldo pun tak menjadi, tendangan melepasi palang...Berbatov bermain baik, golnya tak dikira sebab berada dalam keadaan offside. Akhirnya, dua gol dari Samir Nasri pada minit 21 dan 48 menghukum Manchester United dari jarak jauh. Gol United hanya mampu dijelmakan pada minit 90 oleh pemain gantian Rafael Da Silva. Pujian untuk Rafael yang berani melakukan percubaan...jaringan yang menarik! Tapi tidak dapat memadam kekalahan Manchester United...

Aksi pemusnah...

Jumaat, 7 November 2008

[A.P.A.I] My Team

Isnin, 3 November 2008

[A.P.A.I] Open House @ Ipoh, Perak

Hari Sabtu minggu lepas (25 Oktober 2008), Alhamdulillah aku diberikan kesempatan untuk menghadiri jamuan raya (Open House) member sekolah dulu (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh), Duan Usop di Ipoh. Memandangkan Duan ni member rapat aku, aku usahakan juga untuk hadir jamuan raya dia walaupun kena travel dari KL ke Ipoh.
Lama tak jumpa...

Antara kawan-kawan yang hadir ke rumah Duan Usop

Aku bertolak dari Kuala Lumpur jam 11.30 pagi dan tiba di rumah Duan jam 2.30 petang. Sampai jer, aku terus menuju ke rumah Duan yang kini menetap di Kuarters Kerajaan berdekatan Taman Polo (hehe..Budak2 SiS kalau tak tahu Padang Polo, memang sajer la...). Alhamdulillah sempat jugak jumpa beberapa orang rakan-rakan lama masa kat sekolah dulu walaupun ada yang dah balik. Antara yang sempat aku jumpa, Meor Huzaini, Hidayatullah, K.E (aku salute betul la K.E yang sanggup mai dari Bintulu, Sarawak), Khiruz, Syakirul, Asrul Sani, Pejo Saibun, Syukri Adam, Mustafid dan Yusmie (maaf la kalau ada nama yang tertinggal). Yang tak sempat nak jumpa Naimie dan Hafiz Yusuf.

Asrul Sani (tengah), lebih 10 tahun rasanya aku tak jumpa dia. Sekarang jadi lawyer dekat Ipoh.

Bertukar-tukar cerita antara satu sama lain...maklumlah dah lama tak berjumpa

Kitorang lepak berborak sampai pukul 6 petang. Siap tuan rumah tapau lauk lagi untuk kitorang. Seronok dapat berkumpul kembali dengan rakan-rakan sekolah sekali-sekala. Macam-macam cerita la yang nak diborakkan. Terima kasih banyak-banyak kepada Duan Usop selaku tuan rumah di atas jemputan ke rumah terbuka ini. InsyaAllah, kita akan terus cuba aturkan pertemuan @ reunion dari semasa ke semasa untuk rakan-rakan SIS terutama batch 92-96 supaya ikatan silaturrahim kita tak terputus begitu saja.

[A.P.A.I] Memori Aidilfitri 1429H @ Seberang Takir, Terengganu

Hari ni dah masuk 5 Zulkaedah 1429H, aku baru nak upload gambar-gambar raya Aidilfitri lepas. Hahaha..sebenarnya dah malas nak upload tapi dah tak ada bahan yang nak dijadikan cerita di blog ni, aku uploadkan la jugak beberapa keping gambar sekadar untuk simpanan dan tatapan sendiri.

Bergambar bersama Tok (Tok Nyang) selepas selesai Solat Sunat Hari Raya...Harraz macam biasa, tido...zzz!!!

Harraz dipangku oleh Tok Nyang sambil diapit Tok dan Tok Aboh.

Gambar tak berapa nak terang sebab gambar diambil menggunakan handphone canggih Untie Ijan. Jadi la kan dari tak ada gambar. Tapi mana pulak Harraz?

Isnin, 6 Oktober 2008

[A.P.A.I] Keluarga Hj. Mohd Rafdzi Ibrahim

Dulu...

Sekarang...

[A.P.A.I] Ada gaya tak?

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Jumaat, 26 September 2008

[A.P.A.I] Selamat Bercuti

Kepada rakan-rakan yang akan memandu balik ke kampung, sama-sama kita berhati-hati ketika memandu. Jangan pandu laju-laju. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain di atas jalanraya.
Daripada:
Fairuz Mohd Rafdzi (Apai)
Sharifah Nadia Syed Khastudin (Nadia)
Muhammad Zarif Hayyan
Muhammad Qayyim Harraz

[A.P.A.I] Iftar Puasa Lagi ~ 25.09.08

Semalam (25.09.08) kitorang (rakan-rakan sepejabat) berbuka puasa sama-sama sekali lagi sebelum bercuti panjang hari raya. Kali ni kitorang decide untuk makan masakan tomyam pulak. So aku bawak diorang ke Restoran Jees Seafood @ Sri Gombak. Kitorang pergi lepas berbuka...berbuka dulu di rumah aku dengan sedikit kuih-muih yang dibelikan oleh Zol & Rash (terima kasih kerana sudi belikan dulu kuih) dekat Bazaar Ramadhan, dah selesai solat Maghrib baru kitorang pergi. Baru selesa sikit nak melantak. Hahaha... Sampai je kat kedai, tanpa membuang masakitorang pun mula meng'order' makanan untuk santapan perut yang sememang nyer tengah lapar. Untuk memudahkan semua orang, kitorang pilih set yang telah disediakan. Boleh tahan la menu dalam set tu - Tomyam Seafood, Ikan Siakap, Kerabu Mangga, Sayur Asparagos (ntah betul ke idak nama nyer), 2 Jag Air Buah (Oren dan Epal) + Udang Celup Tepung. Alhamdulillah, seronok dapat berbuka bersama rakan-rakan sepejabat...InsyaAllah, jika dipanjangkan usia, tahun depan kita boleh berbuka sama- sama lagi. Selamat Hari Raya!

Zol dan Rash sedang menikmati hidangan...(sori la gambar blur)
Macam biasa, Hayyan a.k.a Ultraman Dyna (Peminat Ultraman) yang paling havoc kat kedai makan tu.
Ikut giliran, abi makan dulu...mama jaga Qayyim Harraz (actually ada stroller, tapi Harraz yang tak mau baring dalam tu. So, terpaksa la Mama pangku dia). Giliran abi la pulok jaga Harraz...

Selasa, 16 September 2008

[A.P.A.I] Iftar Puasa ~ 15.09.08

Akhirnya jadi jugak berbuka bersama rakan-rakan sepejabat (Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan, Jabatan Pendaftar UKM). Mula-mula tu payah jugak nak decide kat mana nak berbuka sebab masing-masing ada preference sendiri...ada yang nak makan masakan tomyam...ada yang tak kisah makan apa pun...ada yang concern about harga (buffet ramadhan). Setelah berbincang dan survey tempat-tempat yang sesuai, semalam kitorang gi berbuka kat Restoran Sabak. Kalau korang nak tahu, Restoran Sabak ni menyediakan Buffet Ramadhan - Steamboat & BBQ. Harga buffet RM 35/= bagi dewasa,kanak-kanak tak pasti berapa harganya. Oh yea, Restoran Sabak ni terletak di Taman Melati...kalau korang melalui MRR2 dari Seri Gombak ke Wangsa Maju, restoran tu terletak di sebelah kanan (dekat Petronas Taman Melati).
Yang turut serta pada hari tu - dari kiri, Zol, Rash, Zuri, isteriku tercinta, anak-anakku (Qayyim Harraz & Zarif Hayyan). Yang tidak turut serta - Hazimah.

Ni gambar sebelum berbuka (Dah macam Amalan 5S, gambar sebelum dan selepas pelaksanaan). Macam-macam ada...Sotong, Udang Galah, Udang Harimau, Ikan Keli, Ikan Kembung, Ayam, Daging, Peter Crab (haha..) dan yang seangkatan dengannya. Alhamdulillah, puas hati bagi mereka yang memang berselera besar. Tapi aku just makan Ayam, Ikan, Daging dengan Ketam jer pun..Udang, sotong memang dari kecil tak pernah makan.

Macam biasa la si abang (Zarif Hayyan) ni dah tentu 'sibuk' sama bila time berbuka. Kena la melayan kerenah dia sambil menjamu selera. Bukan makan sangat pun dia, sekadar memeriahkan lagi suasana...

Isnin, 1 September 2008

[A.P.A.I] Salam Ramadhan