Selamat Hari Raya Aidilfiri kepada semua ahli keluarga dan sanak-sedara, rakan-rakan ALUMNI Sekolah Izzuddin Shah Ipoh, rakan-rakan ALUMNI UIAM, rakan-rakan sekerja di UKM dan seluruh kenalan yang jauh dan dekat. Bersempena kedatangan Syawal ini, saya dan keluarga ingin menghulurkan ribuan kemaafan jika ada salah dan silap samada yang dilakukan secara disedari ataupun tanpa disedari.
Khamis, 17 September 2009
[A.P.A.I] Salam Lebaran Aidilfitri 1430H
Penulis ~ Apai Waktu ~ 1:23:00 PTG 0 comments
Jumaat, 11 September 2009
[A.P.A.I] Antara Kebaikan dan Keburukan
Kakitangan kerajaan Switzerland diharamkan menggunakan Facebook
11/09/2009 2:48am GENEVA 11 Sept. - Kerajaan Switzerland melarang kakitangannya daripada menggunakan laman Facebook selepas gagal menyuruh mereka untuk mengurangkan masa yang digunakan di dalam laman web tersebut.
“Pekerja yang memerlukan akses terhadap rangkaian sosial itu untuk penggunaan profesional boleh memohon pertimbangan khas,” kata kerajaan pusat dalam satu kenyataan.
Daripada tujuh kementerian negara itu, hanya kakitangan Kementerian Luar yang dibenarkan mempunyai akses terhadap laman web yang akan mula diharamkan minggu depan itu. - AFP
Sumber Berita : Utusan Malaysia Online
Agak-agak Kerajaan Malaysia pun nak kena buat polisi macam ni jugak ke? Sama-sama kita fikirkan...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 10:06:00 PG 0 comments
Kategori: Muhasabah Diri
Khamis, 10 September 2009
[A.P.A.I] Blog Budak-Budak Izzuddin 92-96
Penulis ~ Apai Waktu ~ 3:21:00 PTG 2 comments
Kategori: Alumni SIS
Khamis, 3 September 2009
[A.P.A.I] Ceritera Balik Kampung Cuti Merdeka
Alhamdulillah, perjalanan balik kampung kami sekeluarga di Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 28.08.09 hingga 31.08.09 yang lalu semuanya selamat. Cuma pada petang Sabtu (29.08.09), kereta aku terlibat dalam kemalangan kecil ketika balik dari mencari juadah di Bazaar Ramadhan berdekatan rumah bapa mentua aku. Memang di luar jangkaan, tahu-tahu kereta dah kena 'hentam' di sebelah kiri bahagian hadapan ketika di seimpang empat. Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un...kerosakan yang dialami tidaklah begitu teruk cuma Body kemek di bahagian atas tayar sebelah kiri, alignment tayar memang out dan drive shaft bengkok. Keesokan pagi (30.08.09), setelah bersetuju dengan orang yang melanggar, aku bawa kereta ke sebuah bengkel kenalan dia untuk baiki kerosakan. Semua bayaran ditanggung oleh orang yang melanggar. Sebelum tengahari, kerosakan di bahagian tayar kereta siap dibaiki. Misi kedua diteruskan iaitu mencari tempat membaiki kerosakan body yang dah kemek. Aku diberitahu ada sebuah kedai membaiki body kereta yang menggunakan teknik terkini di hadapan Pasaraya MYDIN, Kuala Terengganu. Terus aku ke sana tapi agak mengecewakan apabila tauke kedai merangkap pomen tak buka kedai hari tu. Terpaksa la batalkan hasrat untuk baiki body dengan teknik terkini yang diwar-warkan. Last-last aku ke kedai pomen selang 3-4 rumah dengan bapa mentua aku. Aku minta dia okey kan balik body yang kemek tu. Alhamdulillah, dengan kemahiran pomen tu, dah okey balik body kereta tu walaupun tak secantik dulu. Ketuk jer pun, cat tak teruk sangat rosak pada bahagian yang kemek tu. Berakhir satu episod ketika bercuti balik ke kampung.

Wajah-wajah ceria cucu-cucu Tok Aboh dan Tok yang nak balik kampung. Mana tak seronok, kat sana boleh main keliling rumah sepuas hati.Selain dari berjalan-jalan di Pasar Payang, kami sempat la pergi ke Bazaar Ramadhan di Pekan Batu 6. Memang best kat situ sebab macam-macam juadah tempatan dijual. Tapi aku tak berapa reti makan kuih-kuih sana so beli apa yang teringin je la. Sempat la melepaskan keinginan nak makan Roti Kurma Arab (Ala-Ala Roti John). Dulu masa belaja kat KUSZA, memang selang sehari beli Roti Kurma Arab. Dok kat KL ni tak jumpa dah, so Roti John la penggantinya.
Aku bertolak balik ke KL jam 10 pagi. Seperti dijangka, sampai di Lebuhraya Karak penuh sesak dengan kereta yang berlumba-lumba nak balik ke Lembah Klang. Jalan mula sesak selepas terowong karak menuju ke Plaza Tol Gombak. Walau macamana pun, kami sempat sampai sebelum waktu berbuka.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 11:22:00 PG 2 comments
Kategori: Cuti
Khamis, 27 Ogos 2009
[A.P.A.I] Balik Berbuka Puasa Di Kampung
Oh yer, sekarang ni aku dah ada di Facebook. Baru join 2-3 hari lepas. InsyaAllah dapat la berhubung semula dengan rakan-rakan lama terutama rakan-rakan SIS, UIA dan rakan-rakan sekerja di UKM. Tak sempat lagi nak add semua rakan-rakan yang dikenali. Ambil masa sikit la yek. Tapi kalau ada rakan-rakan yang terjumpa aku di Facebook, sudi-sudilah masukkan aku dalam list korang yek.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:39:00 PTG 4 comments
Kategori: Cuti
Isnin, 24 Ogos 2009
[A.P.A.I] Nikmat Sihat
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:03:00 PTG 4 comments
Kategori: Muhasabah Diri
Selasa, 28 Julai 2009
[A.P.A.I] Where Are You Now?
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:12:00 PTG 2 comments
Kategori: Jenaka, Pembangunan Diri
Khamis, 23 Julai 2009
[A.P.A.I] Wang Kertas RM50 Baru
Nampak lebih selamat. Serba sedikit maklumat mengenai wang kertas baru ini:
Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.
Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.
Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal
- Potret Tera Air dapat dikenal pasti melalui pancaran imej warna yang lebih muda atau gelap berbanding dengan warna kertas sekitarnya. Potret tera air ini yang memberi kesan tiga dimensi kelihatan tanpa garis-garis yang jelas. Pada bahagian bawah potret tera air ini angka 50 dapat dilihat dengan jelas.
- Tanda Pandang Telus memaparkan corak songket pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas apabila wang kertas ini diletakkan pada cahaya.
- Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan pada bahagian hadapan dan belakang wang kertas akan berkilau dalam warna yang berbeza-beza apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu.
- Huruf Mikro "BNM RM50" yang dapat dilihat di bawah kanta pembesar.
- Jalur Holografik memaparkan angka 50 dan juga bunga raya.
- Imej Pendam Pelbagai Warna dengan angka 50 dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan sedikit dan bertukar warna apabila kedudukan wang kertas tersebut dipusingkan.
- Ciri Anti Pengimbas menyebabkan beberapa reka bentuk tertentu tidak boleh diimbas oleh mesin pengimbas.
- Ciri Braille untuk orang yang cacat penglihatan.
Wang kertas RM50 baharu ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang moden dan inovatif dengan tujuan utamanya adalah untuk menghalang cubaan pemalsuan. Orang ramai dinasihati supaya mengambil perhatian terhadap ciri keselamatan dan reka bentuk yang dinyatakan di atas. Siri reka bentuk wang kertas RM50 yang sedia ada akan terus sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama-sama wang kertas baharu RM50 ini sehingga ia dikeluarkan dari edaran secara berperingkat-peringkat. Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan.
Nota: Sumber maklumat diperolehi dari Laman Sesawang Bank Negara Malaysia.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 9:17:00 PG 2 comments
Kategori: Semasa
Selasa, 21 Julai 2009
[A.P.A.I] Hadiah Dari Mama
Hahaha..inilah hadiah nyer. Anyway, gambor di atas hanyalah hiasan sahaja. Takder kamera nak tangkap gambor wallet baru, so cilok dari laman web FOSSIL jer la. Tapi wallet yang Mama bagi memang sebiji design dia macam ni la. Warna jer lain. Hadiah ni Mama kirim kat Adik Ipar aku yang baru balik jalan-jalan makan angin kat London. Thank you Mama! Love Ue!
Penulis ~ Apai Waktu ~ 2:02:00 PTG 2 comments
Kategori: Keluarga
Rabu, 8 Julai 2009
[A.P.A.I] Jom Balik Ke Sekolah!
Sedar tak sedar SEKOLAH IZZUDDIN SHAH & SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TA’AYAH (SISTA) telah menjangkau usia 50 tahun pada 2009. Sejak itu jugalah, ramai tokoh-tokoh pelbagai bidang dilahirkan dari sekolah ini. Yang tengah dalam pembikinan menjadi tokoh pun ramai gak. Salah seorang yang korang mesti kenal, Yg. Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.
Ini adalah kumpulan pelajar terawal yang belajar kat SIS (Sumber Gambar dari Laman Web Sekolah Izzuddin Shah). Tahun 1959...baru lepas merdeka. Pergh, memang nostalgia habis gambar ni. Kalau tak silap aku, bukit dalam gambar tu, bukit yang dok ada kat SIS tu la sekarang ni. Seingat aku, masa aku sekolah dulu ada tangga naik ke kuarters cikgu.
Kepada kawan-kawan yang dah lupa lagu sekolah, cuba ingatkan balik.
Marilah bergerak maju
Menuntut segala ilmu
Menuju kemuliaan
Mencapai kebahagiaan
Rohani dan jasmani
Tabahkan dalam hati
Junjung titah Ilahi
Dengan suci dan murni
Berazam dan berbakti yang abadi
Kukuhkanlah semangat
Menyumbangkanlah khidmat
Terhadap masyarakat
Dunia dan akhirat
Kukuhkanlah semangat
Menyumbangkanlah khidmat
Terhadap masyarakat
Dunia dan akhirat
Banyak kenangan kat sekolah ni, maklumlah 5 tahun membesar kat sini. Jadi sempena Sambutan Jubli Emas SISTA, aku nak ajak kawan-kawan SISTA yang berkelapangan join program-program yang telah diatur oleh pihak ALUMNI SISTA dari bulan Mei 2009 hingga 2010 nanti...Macam-Macam Ada!
14 Mei 2009 (Khamis) Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh
9 Julai 2009 (Khamis) Forum Perdana (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)
11 Julai 2009 (Sabtu) Perlawanan Bolasepak Bekas Pelajar vs SIS (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)
2 Ogos 2009 (Ahad) Majlis Santapan DiRaja (Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan)
5 September 2009 (Sabtu) Majlis Berbuka Puasa (Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)
18 Oktober 2009 (Ahad) Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI SISTA & KOSISTA Jamuan Mesra Aidilfitri (Sekola Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)
24 Oktober 2009 (Sabtu) Seminar Khat & Jawi (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh) 14 November 2009 (Sabtu) Pertandingan Bahas & Syarahan (3 Bahasa) Antara Sekolah Agama (Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)
29 November 2009 (Ahad) Majlis Qurban (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)
5 Disember 2009 (Sabtu) Pertandingan Golf (Kinta Golf Club, Batu Gajah)
29 – 31 Januari 2010 (Jumaat – Ahad) Pameran & Karnival (Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh)
20 Februari 2010 (Sabtu) Karnival Sukan Tahunan (Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)
Tarikh dan masa program tertakluk kepada pindaan. Untuk pengesahan boleh dapatkan maklumat melalui Laman Web ALUMNI SISTA – www.e-alumnisista.com atau hubungi Pejabat Alumni SISTA – 05 527 8525.
Kepada rakan-rakan SISTA, ayuh sertai program-program yang telah diatur...Jom Balik Ke Sekolah!
Terkini : 11 Julai 2009 (Sabtu)
Perlawanan Bolasepak
Bekas Pelajar SIS vs Pasukan Bolasepak SIS 2009
Padang Bolasepak Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
5.00 petang
Kepada rakan-rakan batch ’96 yang berkelapangan dan ingin mempamerkan kembali bakat yang telah lama ditinggalkan, khidmat korang amat diperlukan untuk menentang team bolasepak SIS 2009. Sila berhubung dgn aku atau Bro. Sham Hassan (batch ’84) - 019 555 2838 untuk pengesahan.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:15:00 PTG 0 comments
Kategori: Alumni SIS








