Isnin, 31 Disember 2007
Rabu, 19 Disember 2007
[A.P.A.I] Salam Aidil Adha
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:36:00 PG 0 comments
Kategori: Peristiwa
Isnin, 17 Disember 2007
[A.P.A.I] Manchester Menang...Yahoo!
Salam semua, Semalam pasti ramai yang bersengkang mata untuk menyaksikan perlawanan EPL yang mempamerkan 2 pertembungan menarik. Liverpool bertemu Manchester United dan Arsenal menentang Chealsea. Rugi kepada peminat- peminat EPL yang terlepas menyaksikan pertemuan 4 gergasi EPL ini. Jarang sekali dalam 1 jadual perlawanan menemukan 4 pasukan pilihan EPL ini. For me, kedua- dua perlawanan semalam cukup menarik kerana corak permainan yang dipamerkan agak berlainan. Cukup pantas diorang menyerang...game pun agak 'tegang'. Dan yang menggembirakan aku, Manchester United telah menewaskan Liverpool dengan jaringan 1-0 oleh Tevez. Bermula dengan set piece dari sepakan sudut ke kaki Rooney, rembatan dari Rooney singgah ke kaki Tevez (connection) dan terus menerjah ke jaring. Walaupun hanya 1 jaringan, kemenangan ini sudah cukup untuk menggembirakan Sir Alex Ferguson dan semua peminat Manchester United. Harapan untuk melihat Chelsea menewaskan Arsenal terkubur apabila Arsenal lebih gah menjaring gol. Gol Gallas telah menafikan Manchester untuk mendahului liga EPL pada minggu ini. Anyway, Go United!
Penulis ~ Apai Waktu ~ 5:11:00 PG 0 comments
Kategori: Sukan
Rabu, 5 Disember 2007
[A.P.A.I] Terus melangkah...
Lama betul rasanya tak mencoretkan sesuatu di laman blog ini, rasa- rasanya hampir 3 bulan. Dalam tempoh itu, banyak perubahan yang telah berlaku, terutama perubahan dalam kehidupan kerjaya aku. Semuanya dilakukan untuk memperbaiki perjalanan hidup. Satu penghijrahan...kehidupan baru yang berbeza baru bermula.
Setiap manusia akan menempuh perjalanan hidup yang berbeza- beza. Kehidupan juga akan berubah mengikut keadaan. Kehidupan kita ini boleh digambarkan seperti cuaca. Adakalanya kita akan menempuhi hari yang dipancari dengan cahaya mentari yang terang, adakalanya kita akan menempuh hari yang mendung dan gelap, dan adakalanya hujan akan menemani hari kita. Begitulah juga dengan kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi Allah S.W.T. Adakalanya kita akan menempuhi kesenangan dan adakalanya kita akan mengharungi kesusahan dan kepayahan. Begitulah lumrah dalam kehidupan manusia dan sebagai manusia sudah pasti kita perlu menerimanya sebagai ujian dari Yang Maha Esa.
Walaupun aku tidak lagi berada di dalam bidang perniagaan, ia tidak bererti semangat keusahawanan aku berakhir di sini. Selepas menempuh ujian, dugaan dan pengalaman, akhirnya aku mengerti erti sebenar seorang USAHAWAN. Kita mungkin fikir definisi seorang usahawan itu hanya berkaitan dengan dunia perniagaan sahaja. Hakikatnya, kita semua adalah usahawan. Intisari, semangat dan prinsip seorang usahawan yang perlu ada dalam diri kita ialah kita perlu terus bangun dan berusaha setiap kali jatuh. Tak kira kita terlibat dengan apa sekalipun, bekerja atau berniaga atau belajar. Itulah pengajaran paling bermakna yang aku perolehi selepas 4 tahun aku terlibat di dalam bidang keusahawanan. Dan kerana prinsip inilah aku akan terus menyusun langkah dalam mengharungi kehidupan mendatang InsyaAllah.
Lesson Learned:
-Tengku Farith Rithaudeen-
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:13:00 PG 0 comments
Kategori: Muhasabah Diri
Khamis, 13 September 2007
[A.P.A.I] Ramadhan Al- Mubarak
Alhamdulillah...syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan kesempatan kepada diriku untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Ramadhan Al- Mubarak kepada semua kaum keluarga, sahabat- handai dan rakan- taulan. Semoga kita diberikan kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk mengharungi Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amal dan ibadah.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:08:00 PG 0 comments
Kategori: Peristiwa
Rabu, 29 Ogos 2007
[A.P.A.I] Hilang Sejenak...
Salam semua, Lama betul tak mengemaskini Blog ni. Hampir 2 bulan...faktor utama adalah ketiadaan akses internet. Sekali- sekala jer dapat connect to internet. Itu pun sekejap- sekejap jer and at certain location. So sempat la retrieve email. Nak lama sikit pun bila ada kerja nak dibuat, waktu tu barulah pergi ke port biasa, Starbucks Coffee Wangsa Maju. Okey, jumpa lain kali. Dapat post sekejap pun jadi la, lagi pun takder cerita menarik buat masa ni.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 1:12:00 PG 0 comments
Kategori: Muhasabah Diri
Rabu, 11 Julai 2007
[A.P.A.I] Malaysia Kena Belasah
Penulis ~ Apai Waktu ~ 10:50:00 PG 0 comments
Kategori: Sukan
Selasa, 10 Julai 2007
[A.P.A.I] Ayuh Malaysia!
Penulis ~ Apai Waktu ~ 1:43:00 PG 0 comments
Kategori: Sukan
Isnin, 9 Julai 2007
[A.P.A.I] Penampilan Baru Hayyan
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:56:00 PG 0 comments
Kategori: Keluarga
Rabu, 27 Jun 2007
[A.P.A.I] Surprise Party for Mama
Yesterday night (26.06.2007), aku dengan Nordin a.k.a NeoTech berpakat buat surprise party for my wife, Nadia. Plan gitu- gitu jer tapi berjaya jugak buat Mama terkejut. Kitorang buat makan- makan dekat Bora Ombak, Ampang Sport Planet.
Mama memang tak tahu yang aku jemput kawan- kawan yang lain. Dia cuma tahu nak pergi makan malam. So Mama ingat kami bertiga jer (Aku, Mama dengan Hayyan). Aku pulak dah suruh Nordin standby and arrange apa- apa yang patut kat sana. Kek Birthday, aku minta tolong Nordin pergi amik kat Baker's Cottage. Pukul 9, kitorang sampai. So cari la tempat nak duduk. Aku pun cari Nordin and his future fiancee (Fa). Sampai jer kat meja Nordin & Fa, Mama pun terkejut la. He..he..Surprise!
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:45:00 PG 0 comments
Kategori: Keluarga
Selasa, 26 Jun 2007
[A.P.A.I] Jalan- Jalan: Zoo Negara


Penulis ~ Apai Waktu ~ 2:12:00 PG 0 comments
Kategori: Cuti
Selasa, 19 Jun 2007
[A.P.A.I] New Blog
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera... Kembali dengan blog baru, A.P.A.I selepas satu jangkamasa yang agak lama. Blog ini akan menggantikan blog lama, A.P.A.I (Aku Pun Ada Impian) cuma dulu powered by evoBlog and now kembali menggunakan Blogger. Terima kasih.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 2:40:00 PG 0 comments
Kategori: Khas