Alhamdulillah, kembali menjalankan tugas selepas bercuti rehat dari 19/12 hingga 30/12. Cuti panjang sebab termasuk cuti umum...25/12 dan 29/12. Memandangkan cuti rehat dan cuti tanpa rekod (gantian) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan (sebab taraf jawatan sekarang sementara), maka kena 'perabih' cuti sebelum tahun 2009 muncul. InsyaAllah esok Sinar Mentari Tahun 2009 akan muncul. Sana-sini orang bercakap mengenai azam dan harapan tahun baru. Kita sama-sama berdoa agar tahun 1430H dan tahun 2009 ini akan menjadi platform yang lebih baik untuk kita terus memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara InsyaAllah. Sebelum kita melangkah masuk tahun 2009, apa salahnya kita toleh sebentar ke belakang untuk melihat apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita sepanjang berada di tahun 2008. Mana yang baik, kita pertingkatkan. Mana yang kurang, kita perbaiki. Apa yang masih belum kita laksanakan, kita usahakan InsyaAllah. Serba sedikit coretan penting bagi diri aku untuk tahun 2008 ialah: 1. 1 April 2008 - Memulakan kerjaya baru bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Alhamdulillah, harapan dan doa aku dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Walaupun jawatan yang ditawarkan adalah sementara, tapi aku bersyukur. InsyaAllah, aku akan terus berusaha... 2. 5 Jun 2008 - Kelahiran anak kedua aku, Muhammad Qayyim Harraz. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah ketika itu. Bertambah seorang lagi ahli keluarga kami.
Kesusahan dan kesempitan memberikan kita kekuatan untuk melangkah dari satu tahap ke satu tahap lain InsyaAllah. Thanks to SAHABAT-SAHABAT yang telah membantu aku di saat kesusahan dan kesempitan. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian di dunia dan akhirat.
0 comments:
Catat Ulasan