CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 11 Disember 2008

[A.P.A.I] Kita 'tak diajar' cara bermain bolasepak

Ketika ini pasti ramai di kalangan peminat bolasepak di Malaysia bercakap mengenai prestasi pasukan bolasepak Malaysia di kejohanan Piala AFF Suzuki. Kekalahan kepada Vietnam dan Thailand tempoh hari sudah cukup menunjukkan di mana kemampuan sebenar pasukan Malaysia yang dibimbing oleh Sathia. Komen panjang-panjang pun tak ada guna sebab tetap sama jer hasil yang kita dapat lihat. Tapi tak puas hati rasanya kalau tak komen dan kutuk pasukan bolasepak Malaysia. Balik-balik pemain yang sama juga diberi peluang main untuk Malaysia walaupun sebelum ini dah terbukti ada di kalangan pemain tak bagus sangat pun. Mampu mungkin mampu main tapi tak mahir. Passing bola bola pun ntah apa-apa. Tapi boleh wakil Malaysia. Pelik kan? Dulu gagal dekat Sukan Sea, alasan juga diberikan. Kali ni gagal lagi...FAM tak sedar lagi ke. Tak tahu la kot2 masih nak beri peluang kepada Sathia untuk menerajui pasukan bolasepak Malaysia. Rombak la pemain-pemain yang ada. Diorang bagus tapi masih ada lagi pemain yang benar2 mampu main untuk Malaysia kalau diberi peluang. Panggil pemain2 baru. Terpaksa terima hakikat, mutu bolasepak kita ntah apa-apa. Teruk dan tak konsisten. Boleh main tapi taktikal takder. Bila serang...semua serang. Pertahanan terbuka...defence terlalu atas. Kena 'through ball' macam semalam, terkincit nak mengejor. Coach tak ajar ka! Bosan...bosan...bosan dengan bolasepak Malaysia.

0 comments: