Salam...
Blog ini akan digantung buat sementara waktu sehingga dikemaskini semula nanti. Tak tahu sampai bila. Rajin nanti aku update la balik.
Hidup Pasti Ada Cabaran ~ “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata ~ Innaalillahi wainnaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)” ~ [Surah 2, Al-Baqarah: Ayat 155-156]
Salam...
Blog ini akan digantung buat sementara waktu sehingga dikemaskini semula nanti. Tak tahu sampai bila. Rajin nanti aku update la balik.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:28:00 PTG 0 comments
Kategori: Cuti
Harraz & Mama
Terkini tak terkini la. Tapi gambar di atas dirakamkan semasa balik raya di Kuala Terengganu baru-baru ni (sila abaikan tarikh dalam gambar tu, date setting salah). Mungkin ada rakan-rakan blog yang dah tengok gambar ni di blog Mama Hayyan & Harraz.
Bebas...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 9:41:00 PG 2 comments
Kategori: Cuti
Perjalanan diteruskan melalui Lojing - Gua Musang. Pertama kali melalui kawasan ini membuatkan perjalanan kami sedikit perlahan kerana ingin menikmati permandangan kawasan tanah tinggi. Kami tiba di Bandar Gua Musang jam 2.45 petang. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, perjalanan untuk ke Kuala Terengganu perlu diteruskan melalui Jalan Kuala Krai/Kota Bharu. Ini juga kali pertama aku sampai ke Gua Musang, Kelantan. Sebelum meneruskan perjalanan, kami berhenti makan di Hentian R&R Gua Musang. Selepas 1 jam berhenti rehat dan mengisi perut yang kelaparan, perjalanan diteruskan. Kali ni misi mencari Felda Sungai Aring...mula-mula tu musykil juga betul ke simpang Felda Sungai Aring tu melalui Jalan Kuala Krai/ Kota Bharu. Bagi mengelakkan tersilap jalan, aku berhenti bertanya orang ramai...akhirnya jumpa simpang ke Felda Sungai Aring. Mula-mula tu jalan ok (bertar tapi sempit). Selepas 15 minit, jalan Felda Sungai Aring semakin mencabar...berlubang...berlopak...Nak patah balik pun dah tak boleh, terus je la. Kalau korang bawa 4wd memang ok la lalu jalan ni.
Selepas hampir 1 jam meredah Felda Sungai Aring, Alhamdulillah kami tembus di persimpangan Tasik Kenyir. Baru la jalan kembali elok. Rupa-rupanya, lebuhraya Simpang Pulai - Kuala Berang ni tengah-tengah nyer belum siap (Tasik Kenyir - Gua Musang). So jalan alternatif buat masa ni adalah jalan Felda Sungai Aring. Dari Tasik Kenyir terus jer ke Persimpangan Kuala Berang...perjalanan lebih kurang 1 jam lebih. Kalau korang nak gunakan jalan ni, sila ambil perhatian bahawa :
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:05:00 PTG 5 comments
Kategori: Cuti
Hayyan control handsome...
"Harraz, jom kita gie kutip duit raya rumah Tok Alang..."
Selepas penat beraya, mata dah mula mengantuk...Mama, saya nak tidur!
Penulis ~ Apai Waktu ~ 3:45:00 PTG 2 comments
Kategori: Cuti
Selamat Hari Raya Aidilfiri kepada semua ahli keluarga dan sanak-sedara, rakan-rakan ALUMNI Sekolah Izzuddin Shah Ipoh, rakan-rakan ALUMNI UIAM, rakan-rakan sekerja di UKM dan seluruh kenalan yang jauh dan dekat. Bersempena kedatangan Syawal ini, saya dan keluarga ingin menghulurkan ribuan kemaafan jika ada salah dan silap samada yang dilakukan secara disedari ataupun tanpa disedari.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 1:23:00 PTG 0 comments
Kakitangan kerajaan Switzerland diharamkan menggunakan Facebook
11/09/2009 2:48am GENEVA 11 Sept. - Kerajaan Switzerland melarang kakitangannya daripada menggunakan laman Facebook selepas gagal menyuruh mereka untuk mengurangkan masa yang digunakan di dalam laman web tersebut.
“Pekerja yang memerlukan akses terhadap rangkaian sosial itu untuk penggunaan profesional boleh memohon pertimbangan khas,” kata kerajaan pusat dalam satu kenyataan.
Daripada tujuh kementerian negara itu, hanya kakitangan Kementerian Luar yang dibenarkan mempunyai akses terhadap laman web yang akan mula diharamkan minggu depan itu. - AFP
Sumber Berita : Utusan Malaysia Online
Agak-agak Kerajaan Malaysia pun nak kena buat polisi macam ni jugak ke? Sama-sama kita fikirkan...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 10:06:00 PG 0 comments
Kategori: Muhasabah Diri
Penulis ~ Apai Waktu ~ 3:21:00 PTG 2 comments
Kategori: Alumni SIS
Alhamdulillah, perjalanan balik kampung kami sekeluarga di Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 28.08.09 hingga 31.08.09 yang lalu semuanya selamat. Cuma pada petang Sabtu (29.08.09), kereta aku terlibat dalam kemalangan kecil ketika balik dari mencari juadah di Bazaar Ramadhan berdekatan rumah bapa mentua aku. Memang di luar jangkaan, tahu-tahu kereta dah kena 'hentam' di sebelah kiri bahagian hadapan ketika di seimpang empat. Inna lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un...kerosakan yang dialami tidaklah begitu teruk cuma Body kemek di bahagian atas tayar sebelah kiri, alignment tayar memang out dan drive shaft bengkok. Keesokan pagi (30.08.09), setelah bersetuju dengan orang yang melanggar, aku bawa kereta ke sebuah bengkel kenalan dia untuk baiki kerosakan. Semua bayaran ditanggung oleh orang yang melanggar. Sebelum tengahari, kerosakan di bahagian tayar kereta siap dibaiki. Misi kedua diteruskan iaitu mencari tempat membaiki kerosakan body yang dah kemek. Aku diberitahu ada sebuah kedai membaiki body kereta yang menggunakan teknik terkini di hadapan Pasaraya MYDIN, Kuala Terengganu. Terus aku ke sana tapi agak mengecewakan apabila tauke kedai merangkap pomen tak buka kedai hari tu. Terpaksa la batalkan hasrat untuk baiki body dengan teknik terkini yang diwar-warkan. Last-last aku ke kedai pomen selang 3-4 rumah dengan bapa mentua aku. Aku minta dia okey kan balik body yang kemek tu. Alhamdulillah, dengan kemahiran pomen tu, dah okey balik body kereta tu walaupun tak secantik dulu. Ketuk jer pun, cat tak teruk sangat rosak pada bahagian yang kemek tu. Berakhir satu episod ketika bercuti balik ke kampung.
Selain dari berjalan-jalan di Pasar Payang, kami sempat la pergi ke Bazaar Ramadhan di Pekan Batu 6. Memang best kat situ sebab macam-macam juadah tempatan dijual. Tapi aku tak berapa reti makan kuih-kuih sana so beli apa yang teringin je la. Sempat la melepaskan keinginan nak makan Roti Kurma Arab (Ala-Ala Roti John). Dulu masa belaja kat KUSZA, memang selang sehari beli Roti Kurma Arab. Dok kat KL ni tak jumpa dah, so Roti John la penggantinya.
Aku bertolak balik ke KL jam 10 pagi. Seperti dijangka, sampai di Lebuhraya Karak penuh sesak dengan kereta yang berlumba-lumba nak balik ke Lembah Klang. Jalan mula sesak selepas terowong karak menuju ke Plaza Tol Gombak. Walau macamana pun, kami sempat sampai sebelum waktu berbuka.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 11:22:00 PG 2 comments
Kategori: Cuti
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:39:00 PTG 4 comments
Kategori: Cuti
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:03:00 PTG 4 comments
Kategori: Muhasabah Diri
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:12:00 PTG 2 comments
Kategori: Jenaka, Pembangunan Diri
Nampak lebih selamat. Serba sedikit maklumat mengenai wang kertas baru ini:
Ciri keselamatan bagi reka bentuk baharu wang kertas RM50 yang dipertingkatkan Benang Keselamatan Dengan Warna Berubah-ubah yang tertanam di dalam kertas menggantikan benang keselamatan yang sedia ada. Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan. Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. Apabila dilihat di bawah cahaya ultraungu, teks BNM RM50 yang berulang-ulang ini akan berkilau kuning, manakala benang keselamatan akan kelihatan seperti garis lurus berkilau kuning apabila wang kertas ini dilihat dari hadapan.
Unsur Cahaya Pendarfluor Dua Warna merupakan ciri cetakan limunan tambahan pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan di bawah cahaya ultraungu, reka bentuk kompleks dua warna angka 50 akan berkilau.
Ciri keselamatan sedia ada yang direka untuk orang ramai membuat semakan kekal
Wang kertas RM50 baharu ini menggabungkan pelbagai ciri keselamatan yang moden dan inovatif dengan tujuan utamanya adalah untuk menghalang cubaan pemalsuan. Orang ramai dinasihati supaya mengambil perhatian terhadap ciri keselamatan dan reka bentuk yang dinyatakan di atas. Siri reka bentuk wang kertas RM50 yang sedia ada akan terus sah diperlakukan dan akan diedarkan bersama-sama wang kertas baharu RM50 ini sehingga ia dikeluarkan dari edaran secara berperingkat-peringkat. Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan.
Nota: Sumber maklumat diperolehi dari Laman Sesawang Bank Negara Malaysia.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 9:17:00 PG 2 comments
Kategori: Semasa
Hahaha..inilah hadiah nyer. Anyway, gambor di atas hanyalah hiasan sahaja. Takder kamera nak tangkap gambor wallet baru, so cilok dari laman web FOSSIL jer la. Tapi wallet yang Mama bagi memang sebiji design dia macam ni la. Warna jer lain. Hadiah ni Mama kirim kat Adik Ipar aku yang baru balik jalan-jalan makan angin kat London. Thank you Mama! Love Ue!
Penulis ~ Apai Waktu ~ 2:02:00 PTG 2 comments
Kategori: Keluarga
Sedar tak sedar SEKOLAH IZZUDDIN SHAH & SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TA’AYAH (SISTA) telah menjangkau usia 50 tahun pada 2009. Sejak itu jugalah, ramai tokoh-tokoh pelbagai bidang dilahirkan dari sekolah ini. Yang tengah dalam pembikinan menjadi tokoh pun ramai gak. Salah seorang yang korang mesti kenal, Yg. Berhormat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.
Ini adalah kumpulan pelajar terawal yang belajar kat SIS (Sumber Gambar dari Laman Web Sekolah Izzuddin Shah). Tahun 1959...baru lepas merdeka. Pergh, memang nostalgia habis gambar ni. Kalau tak silap aku, bukit dalam gambar tu, bukit yang dok ada kat SIS tu la sekarang ni. Seingat aku, masa aku sekolah dulu ada tangga naik ke kuarters cikgu.
Kepada kawan-kawan yang dah lupa lagu sekolah, cuba ingatkan balik.
Marilah bergerak maju
Menuntut segala ilmu
Menuju kemuliaan
Mencapai kebahagiaan
Rohani dan jasmani
Tabahkan dalam hati
Junjung titah Ilahi
Dengan suci dan murni
Berazam dan berbakti yang abadi
Kukuhkanlah semangat
Menyumbangkanlah khidmat
Terhadap masyarakat
Dunia dan akhirat
Kukuhkanlah semangat
Menyumbangkanlah khidmat
Terhadap masyarakat
Dunia dan akhirat
Banyak kenangan kat sekolah ni, maklumlah 5 tahun membesar kat sini. Jadi sempena Sambutan Jubli Emas SISTA, aku nak ajak kawan-kawan SISTA yang berkelapangan join program-program yang telah diatur oleh pihak ALUMNI SISTA dari bulan Mei 2009 hingga 2010 nanti...Macam-Macam Ada!
14 Mei 2009 (Khamis) Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh
9 Julai 2009 (Khamis) Forum Perdana (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)
11 Julai 2009 (Sabtu) Perlawanan Bolasepak Bekas Pelajar vs SIS (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)
2 Ogos 2009 (Ahad) Majlis Santapan DiRaja (Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan)
5 September 2009 (Sabtu) Majlis Berbuka Puasa (Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)
18 Oktober 2009 (Ahad) Mesyuarat Agung Tahunan ALUMNI SISTA & KOSISTA Jamuan Mesra Aidilfitri (Sekola Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)
24 Oktober 2009 (Sabtu) Seminar Khat & Jawi (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh) 14 November 2009 (Sabtu) Pertandingan Bahas & Syarahan (3 Bahasa) Antara Sekolah Agama (Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)
29 November 2009 (Ahad) Majlis Qurban (Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh)
5 Disember 2009 (Sabtu) Pertandingan Golf (Kinta Golf Club, Batu Gajah)
29 – 31 Januari 2010 (Jumaat – Ahad) Pameran & Karnival (Padang Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh)
20 Februari 2010 (Sabtu) Karnival Sukan Tahunan (Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh)
Tarikh dan masa program tertakluk kepada pindaan. Untuk pengesahan boleh dapatkan maklumat melalui Laman Web ALUMNI SISTA – www.e-alumnisista.com atau hubungi Pejabat Alumni SISTA – 05 527 8525.
Kepada rakan-rakan SISTA, ayuh sertai program-program yang telah diatur...Jom Balik Ke Sekolah!
Terkini : 11 Julai 2009 (Sabtu)
Perlawanan Bolasepak
Bekas Pelajar SIS vs Pasukan Bolasepak SIS 2009
Padang Bolasepak Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
5.00 petang
Kepada rakan-rakan batch ’96 yang berkelapangan dan ingin mempamerkan kembali bakat yang telah lama ditinggalkan, khidmat korang amat diperlukan untuk menentang team bolasepak SIS 2009. Sila berhubung dgn aku atau Bro. Sham Hassan (batch ’84) - 019 555 2838 untuk pengesahan.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:15:00 PTG 0 comments
Kategori: Alumni SIS
Sekali lagi blog ini ditinggalkan tanpa ‘entry’ untuk satu tempoh yang agak panjang. Sebab utama blog ini tidak dikemaskini adalah kerana gangguan rangkaian internet di pejabat sejak 2 minggu lalu. Rangkaian internet kat sini dah macam iklan biskut Chipsmore, kejap ada...kejap tak ada. Kat pejabat je la pun nak kemaskini blog, kat rumah memang tak ada akses internet...itu pun kalau sempat di celah-celah kekalutan kerja-kerja kat pejabat. Macam sekarang ni..hehe..tengah free la ni. Sementara menunggu ‘kerajaan baru’ untuk ditadbir.
Entry kali ni aku nak bagitau korang pasal BIRTHDAY. Dalam keluarga aku, bulan Jun memang meriah la sebab ada 4 orang sambut birthday pada bulan ni...aku, Mama Hayyan, Muhammad Qayyim Harraz dan bapa mentua aku.
5 Jun 2009 – Muhammad Qayyim Harraz
Yeay, umur saya dah 1 tahun! Kami buat jamuan makan-makan secara sederhana sahaja yang disertai oleh kaum keluarga. Masa tu kami balik kampung di Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Hah, tengok la...orang lain yang sambut birthday, orang lain yang potong kek. Mewakili la konon nyer. Adik Harraz tengok je la dari belakang.
Kek Harraz sebelum dilanyak oleh Abang Hayyan. Rasa nyer boleh tahan. Tapi biasa la budak-budak, bukan makan sangat pun. Time nak potong kek tu jer yang kecoh dan 'excited'. Lepas tu, tinggal camtu jer.
15 Jun 2009 - Bapa Mentuaku, Syed Khastudin
15 Jun pulak adalah hari lahir bapa mentua aku. Kitorang belikan sekali kek semasa sambut birthday Harraz. Sekali jalan la senang, baru meriah.Antara juadah makanan yang telah dimasak oleh ibu mertuaku sewaktu sambut birthday Aboh dan Harraz, Mee Rebus...
26 Jun 2009 - Isteri Tersayang, Sharifah Nadia a.k.a Mama Hayyan & Harraz
Tahun ni birthday Mama takder surprise. Tapi still masih ada celebration. Aku bawa pi makan kat Suria Station Kopitiam @ Selayang. Tempat ni food dia simple tapi best. Aku suka dia punya western food.Merakamkan gambar sementara menunggu makanan sampai. Ini kali kedua kami makan kat sini.
30 Jun 2009 - Aku dah 30 tahun!
Tahun ni, aku pula dikejutkan oleh isteriku yang 'terchenta'...balik rumah lepas kerja, masuk bilik...jeng...jeng..jeng..ada hadiah atas katil. Terkedu seketika bila tengok hadiah tu. Tak sangka langsung ada surprise untuk hari lahir aku kali ni. Memang kebiasaannya sambutan hari lahir aku takder apa-apa. Tapi kali ni memang surprise la!Hah, ini la hadiah yang aku terima untuk hari lahirku yang ke-30. Best ooo...boleh makan puas-puas. Belum apa-apa lagi, Hayyan dan Harraz dah berebut-rebut nak makan. Haha..
To my beloved wife, thank you so much di atas hadiah dan ingatan yang diberikan ini. Love Mama, Hayyan and Harraz...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:38:00 PTG 3 comments
Mama Hayyan & Harraz bergambar dengan tuan rumah dan anak-anak. Birthday girl takder dalam gambar, main kat luar rumah.
Mama Hayyan & Harraz dan pasangan kembar Achang dan Lin, Zurin (atas) dan Zidan (bawah).
Dalam pada dok sembang dengan WanChang, dia hulur kat aku album gambar-gambar lama kitorang masa kat Izzuddin dulu. Simpan lagi mamat ni gambar waktu sekolah. Haha, itu sebenarnya yang aku nak tunjuk. Memandangkan takder scanner, jadi aku tangkap balik pakai camera handphone. Tak clear sangat la gambar tu.
Hah yang ni pulak gambar rakan-rakan sekelas aku. Gambar ni waktu tingkatan 3 rasanya. Tak tahu la ke mana kawan-kawan yang lain ni. Mungkin semua dah berkeluarga kot. Banyak kenangan dan pengalaman waktu di Izzuddin dulu, macam-macam. Dari tingkatan 1 sampai la habis tingkatan 5. Kalau nak cerita memang tak habis kat sini. Ye la, 5 tahun kat sekolah tu.
Achang: Kalau ngko ada masa, tolong scan gambar-gambar lama ni yek...
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:39:00 PTG 5 comments
Kategori: Alumni SIS
Mungkin korang pernah mencuba ujian menaip ini. Anyway, aku terbaca kisah ujian ini melalui blog sahabat Bro. Saiful, CikWaniOnline. So, inilah hasil ujian kepantasan buat masa ini. Lepas ni boleh dicuba lagi. Mungkin akan ada kemajuan. 37 perkataan
http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com">Speed test
Kepada sahabat-sahabat yang belum mencuba dan ingin menguji kepantasan, jom cuba!Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:36:00 PTG 7 comments
Kategori: Saja-Saja
Pukul 5.03 petang (9 Jun 2009), aku terima sms dari Abang Pai memaklumkan pemergian Tok, Raziah Sidek di Pulau Pinang yang telah lama sakit dan uzur sejak hampir 8 tahun lepas. Siap-siap packing, jam 8.30 malam, aku bertolak balik ke Batu Gajah, Perak. Aku balik ke Batu Gajah dulu dan pagi esoknya (10 Jun 2009), baru bertolak ke Sungai Lokan, Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Abang Pai dan Abah dah berada di sana. Sampai Penang, pukul 12.00 tengahari. Jenazah Tok telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Lokan, Pulau Pinang bersebelahan kubur Tok Wan. Pukul 4.00 petang patah balik ke Kuala Lumpur. Sampai Kuala Lumpur jam 10.00 malam. Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang Soleh dan Solehah. Al- Fatihah.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 2:32:00 PTG 4 comments
Kategori: Keluarga
Penulis ~ Apai Waktu ~ 9:39:00 PG 2 comments
Kategori: Sukan
Penulis ~ Apai Waktu ~ 11:17:00 PG 4 comments
Kategori: Sukan
Manchester United sekali lagi membuktikan keunggulan apabila merangkul kejuaraan EPL '09 untuk kali kedua berturut-turut selepas mencatatkan keputusan seri dalam pertemuan dengan Arsenal pada hari Sabtu lalu. Satu lagi kejuaraan diburu untuk tahun ini apabila Manchester United akan bertemu Barcelona dalam Champions League...Go United Go!
Apai : Kepada rakan-rakan penyokong Liverpool, Arsenal dan Chelsea...cuba lagi musim depan.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:47:00 PTG 0 comments
Kategori: Sukan
Akhirnya hadiah yang dijanjikan untuk kuiz daripada Sone dulu dah diterima. Kitorang jumpa last week (30 April 2009) ketika Sone dan Mr. Papa datang berkunjung ke KL. Thanks to Sone dan Mr. Papa yang bersusah-payah menyediakan hadiah yang menarik ini. Boleh la lagi kuiz lepas ni...
Apai : Baju ni ada sehelai jer dalam Malaysia ni...hehe.
Penulis ~ Apai Waktu ~ 3:30:00 PTG 2 comments
Kategori: Saja-Saja
Dok jalan-jalan jenguk blog kawan-kawan, terjumpa sesuatu yang agak interesting dari laman Diari Saiful mengenai Photofunia. Dipaparkan adalah beberapa hasil percubaan menggunakan Photofunia. Simple jer cara penggunaan aplikasi ni...so apa lagi, jom cuba!
Penulis ~ Apai Waktu ~ 4:49:00 PTG 1 comments
Kategori: Saja-Saja
Dah lebih 2 minggu blog ini tidak dikemaskini. Bukan tak ada bahan tapi masa membataskan aku untuk mencoretkan sesuatu di sini. 30 April 2009...hari ini genap 4 tahun kehidupan aku bersama isteri tersayang, Sharifah Nadia Syed Khastudin. Selamat Ulangtahun Sayang!
Kepada isteriku Sharifah Nadia, Abi sentiasa menyayangi dan mencintai dirimu. InsyaAllah, abi akan sentiasa memperbaiki diri ini supaya menjadi pembimbing kepada dirimu dan anak-anak kita. Maafkan diri ini jika ada kesilapan dan kesalahan abi dalam tingkahlaku dan tuturkata. Sama-samalah kita memperbaiki kehidupan ini agar kita memperolehi kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Amin!
Salam sayang dari Abi Hayyan & Abi Harraz,
Penulis ~ Apai Waktu ~ 12:31:00 PTG 5 comments
Kategori: Peristiwa
Selamat membaca!