CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 30 Januari 2009

[A.P.A.I] Selamat Hari Lahir Hayyan!

Hari ini, 30.01.2009 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Muhammad Zarif Hayyan yang ke-3. Happy Birthday Hayyan! Pejam celik...pejam celik...dah besar anak abi ni. Semoga membesar sebagai seorang anak yang baik dan soleh. Sentiasa sihat...Amin!

Khamis, 8 Januari 2009

[A.P.A.I] Balik Kampung - Siri 2

25/12 - Hari ni tak ada sebarang aktiviti khusus nak dilakukan. Menghabiskan masa di rumah aboh je. Cuma petang selepas Solat A'sar kami pergi ziarah Kak Teyna dan Baby Adeb yang baru dilahirkan. Petang tu kami menerima kunjungan dari 'orang jauh', Kak Chik dan keluarga dari Sungai Petani yang datang bercuti ke Terengganu. Diorang bermalam di rumah Aboh sampai hari Ahad. Kali terakhir Kak Chik dan keluarga berkunjung ke Terengganu waktu kenduri kahwin kami (30 April 2005). Kami masih ingat lagi peristiwa salah seorang anak kembar Kak Chik jatuh longkang pada malam akad nikah kami. Kelam kabut bawak pergi hospital. Haha..cerita 3 tahun lepas...

Rabu, 7 Januari 2009

[A.P.A.I] Balik Kampung - Siri 1

Dari sehari ke sehari nak mencoretkan kisah balik kampung tempoh hari tetapi disebabkan kesibukan beberapa urusan, hari ni baru berkesempatan.
----------------------------------------------------------------------------------
24/12 - Kami bertolak balik dari KL ke Kuala Terengganu jam 11.30 pagi. Agak lewat jugak bertolak tapi memang dah jadi waktu 'standard' kami bila nak balik ke Kuala Terengganu. Yelah, nak tunggu putera2 kesayangan bangun dulu baru boleh bersiap (Hehe..sebenor nyer bapak dia yang tido balik). Jam 11.45 pagi, selepas berhenti membeli bekalan makan di McDonalds Karak (Ini la kot kali terakhir makan McDonalds, lepas ni boikot) dan mengisi minyak di Stesen Petronas bersebelahan, kitorang terus memecut (90KM/jam jer pun) ke arah Lebuhraya Karak. Keadaan lalulintas cukup selesa menjelang tengahari itu. Kami berhenti sekali lagi di Stesen Minyak Petronas Bentong untuk makan juadah yang telah dibeli. Terpaksa la berhenti sebab tak 'concentrate' memandu sambil makan...Jam 2.30 petang, keluar dari Lebuhraya Pantai Timur dekat Exit Jabor, terus menuju ke jalan pantai (Kuala Terengganu - Kuantan). Aku memang suka lalu jalan tu walaupun lambat sampai sebab suasana dan pemandangan dia tak jemu. Tapi sebenar-benarnya Mama ada misi dan tempat yang ingin ditujui di tengah-tengah perjalanan ini. Dari awal perjalanan Mama dah 'sound' nak singgah tempat tu...
Hah, inilah tempat yang Mama nak singgah...Mesra Mall di Rantau Petronas, Kerteh. Kali terakhir kami lalu (balik raya lepas), belum siap lagi. Mesra Mall ni dibangunkan oleh Petronas & KLCC. Konsep dia simple tapi menarik, mesra pengunjung, kemudahan lengkap, kedai-kedai 'standard' dan pelbagai...antara kedai yang menarik:
Kedai- kedai lain - Big Apple, Al-Ikhsan, Starbucks, Secret Recipes dan macam-macam lagi. Nak tahu kedai apa lagi yang ada kat sini, ni dia senarainya...
Kalau terlupa bawa duit lebih, ada 2 bank kat sini - CIMB dan Maybank (ATM dan kaunter). Ada panggung wayang (TGV Cineplex), Gelanggang FUTSAL, SQUASH & Bowling. Meriah oh shopping mall ni. Kalau tengok dari luar, mesti korang tak sangka ada kemudahan macam tu sebab shopping kompleks ni 1 tingkat ajer tapi luas (Wah, bukan main lagi aku 'promote' Mesra Mall). Nak tahu lebih lanjut, layari website Mesra Mall - http://www.mesramall.com.my/. Kalau korang lalu nanti, singgah la. Lebih 2 jam jugak la kami menghabiskan masa kat situ. Makan, solat, tukar pampers, keluar-masuk kedai...Mama siap tapau Donut @ Big Apple Donuts & Coffee, Hayyan & Harraz 'pow' mainan kat Toys R Us (Kereta Hot Wheels - RM 5.90). Selepas dah puas mengukur kedai-kedai yang ada kat Mesra Mall, barulah kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Ada lebih kurang 2 jam lagi perjalanan untuk sampai ke Kampung Seberang Takir. Tok Aboh dah telefon 2-3 kali tanya kami kat mana (Tok Aboh dah tak sabar nak bermesra dengan cucu2nya). Melewati Bandar Paka, hujan mula turun dan menjadikan perjalanan slow dengan deretan kenderaan yang mengekori antara satu sama lain. Nak memotong tak berani sebab jarak penglihatan terhad sebab hujan sangat lebat. Harraz pulak mula meragam sebab badan dia agak panas. Sampai di Kuala Terengganu, kami 'decide' untuk terus ke Klinik Adni di Pekan Batu 6...jumpa doktor dan ambil ubat Harraz. Rupanya kerongkong Harraz kemerahan dan ada 'Ulser' dalam mulut dia. Tu yang dia meragam. Selepas selesai urusan di klinik, kami terus balik ke rumah Tok Aboh di Seberang Takir. Alhamdulillah, segalanya selamat buat kami. Lepas makan dan membersihkan diri, terus zzzzz....

Khamis, 1 Januari 2009

[A.P.A.I] Kalendar Baru...

Pada 29.12.08 yang lalu, kita telah menyambut kedatangan Tahun Baru Hijriah 1430H dan hari ini merupakan hari pertama dalam kalendar Masihi, 01.01.2009. Pasti setiap individu telah meletakkan sasaran, azam dan harapan untuk tahun baru ini. Semoga kita sama-sama berusaha untuk mencapainya. Azam Excellent Dunia Akhirat. Harapan Memperolehi jawatan tetap di UKM. Sasaran 1. Menghadiri sekurang-kurangnya 1 majlis ilmu di surau/ masjid setiap minggu InsyaAllah. 2. Membaca sekurang-kurangnya 6 buah buku ilmiah. Terus-terang cakap, aku ni boleh dikategorikan individu yang kurang minat membaca. Baca paper ada la. Tapi tahun ni InsyaAllah cuba usaha untuk habiskan 6 buah buku sebagai titik permulaan.

Selamat Tahun Baru 2009 dan Maal Hijrah 1430H!

Rabu, 31 Disember 2008

[A.P.A.I] Berlabuhnya Tirai 2008

Alhamdulillah, kembali menjalankan tugas selepas bercuti rehat dari 19/12 hingga 30/12. Cuti panjang sebab termasuk cuti umum...25/12 dan 29/12. Memandangkan cuti rehat dan cuti tanpa rekod (gantian) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan (sebab taraf jawatan sekarang sementara), maka kena 'perabih' cuti sebelum tahun 2009 muncul. InsyaAllah esok Sinar Mentari Tahun 2009 akan muncul. Sana-sini orang bercakap mengenai azam dan harapan tahun baru. Kita sama-sama berdoa agar tahun 1430H dan tahun 2009 ini akan menjadi platform yang lebih baik untuk kita terus memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara InsyaAllah. Sebelum kita melangkah masuk tahun 2009, apa salahnya kita toleh sebentar ke belakang untuk melihat apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita sepanjang berada di tahun 2008. Mana yang baik, kita pertingkatkan. Mana yang kurang, kita perbaiki. Apa yang masih belum kita laksanakan, kita usahakan InsyaAllah. Serba sedikit coretan penting bagi diri aku untuk tahun 2008 ialah: 1. 1 April 2008 - Memulakan kerjaya baru bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Alhamdulillah, harapan dan doa aku dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Walaupun jawatan yang ditawarkan adalah sementara, tapi aku bersyukur. InsyaAllah, aku akan terus berusaha... 2. 5 Jun 2008 - Kelahiran anak kedua aku, Muhammad Qayyim Harraz. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah ketika itu. Bertambah seorang lagi ahli keluarga kami.

Kesusahan dan kesempitan memberikan kita kekuatan untuk melangkah dari satu tahap ke satu tahap lain InsyaAllah. Thanks to SAHABAT-SAHABAT yang telah membantu aku di saat kesusahan dan kesempitan. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian di dunia dan akhirat.

Khamis, 18 Disember 2008

[A.P.A.I] Menghabiskan Cuti Tahunan

Salam... Memandangkan cuti rehat tahun ni perlu dihabiskan, maka aku telah mengambil cuti rehat dari 19 Disember hingga 30 Disember. Blog ini akan dikemaskini selepas balik dari cuti nanti InsyaAllah. Balik kampung jer pun...Kuala Terengganu. InsyaAllah jumpa semula. Selamat menyambut Tahun Baru Hijriah 1430. Semoga kita sama-sama diberikan kekuatan untuk terus berhijrah ke arah kebaikan dan kesempurnaan.

Rabu, 17 Disember 2008

[A.P.A.I] Bersedialah Untuk GAGAL

Semalam aku dah komen kenyataan akhbar Utusan Malaysia. Hari ni, dalam Harian Metro ada lagi komen pasal jurulatih bolasepak Malaysia. Jom kita bandingkan komen FAM dgn Shebby pulak.

1. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi satu lagi peluang kepada B. Sathianathan untuk membimbing skuad nasional apabila menawarkan jurulatih itu kontrak lanjutan tidak lebih setahun dengan syarat-syarat yang ketat. - JIKA itulah keputusan yang dibuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika membincangkan isu mengenai jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, maka jawapannya ialah - bersedialah untuk gagal sekali lagi!

2. Di bawah tawaran itu, Sathia akan membimbing skuad nasional untuk mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia mulai bulan depan sehingga ke perlawanan terakhir menentang Uzbekistan pada November depan. - Tindakan badan induk kebangsaan itu melanjutkan kontrak B Sathianathan selaku ketua jurulatih skuad negara sebagai satu keputusan yang menyedihkan serta mengecewakan hampir keseluruhan peminat dan pemerhati bola sepak Malaysia.

3. Namun, FAM menegaskan Sathia tidak akan terlibat dalam persediaan skuad nasional ke Sukan SEA di Laos tahun depan, sebaliknya tugas itu akan diisi oleh jurulatih lain. Mengumumkan lanjutan kontrak itu, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, jika bersetuju, pencapaian Sathia akan dianalisis berdasarkan pencapaian skuad nasional di sepanjang perlawanan kelayakan Piala Asia. - Pelantikan Sathianathan tidak akan mencatat kejayaan apa-apa buat bola sepak kita kerana ternyata beliau sudah gagal.

4. Selain itu, katanya, kedudukan skuad nasional dalam rangking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menjadi kayu ukur nasib Sathia sama ada akan terus bergelar jurulatih atau sebaliknya. ‘‘FAM menawarkan lanjutan kontrak kepada Sathia atas beberapa faktor, pertama kerana kita menaruh keyakinan terhadap skuad yang dibimbingnya. Ia merupakan skuad yang masih muda, masih dalam pembikinan dengan purata umur pemain 24 tahun yang belum menyerlahkan potensi maksimumnya." - Ia bukanlah satu keputusan yang positif dan bola sepak kita akan terus kekal begini. Jangan harap kita akan mencapai sesuatu yang boleh membanggakan.

5. FAM tidak mahu menggugurkan jurulatih serta pembubaran skuad seperti sebelum ini setiap kali gagal di kejohanan antarabangsa - Memang kurang manis apabila kita mengharapkan seseorang itu dipecat, tetapi di dalam bola sepak perkara ini (pemecatan) adalah sesuatu yang lumrah. Ia turut berlaku di seluruh dunia. Ramai jurulatih yang gagal mencapai sasaran, dipecat atau ditamatkan kontrak mereka. Keputusan FAM itu akan membunuh masa depan bola sepak kita dan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai cita-cita untuk berjaya.

Selasa, 16 Disember 2008

[A.P.A.I] Apa nak jadi...

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi satu lagi peluang kepada B. Sathianathan untuk membimbing skuad nasional apabila menawarkan jurulatih itu kontrak lanjutan tidak lebih setahun dengan syarat-syarat yang ketat. - Tak guna bagi syarat pun, dah banyak kali peluang diberikan. FAM tak nak terima pandangan orang luar. Buat perabih duit jer bayar gaji jurulatih dengan pemain-pemain yang ada ni. Di bawah tawaran itu, Sathia akan membimbing skuad nasional untuk mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia mulai bulan depan sehingga ke perlawanan terakhir menentang Uzbekistan pada November depan. - Mesti ramai yang berpendapat, FAM sekali lagi merancang untuk gagal di perlawanan kelayakan Piala Asia ini nanti. FAM masih tak faham-faham ke...peminat bolasepak Malaysia dah tak percaya dengan jurulatih dan pemain-pemain yang ada. Namun, FAM menegaskan Sathia tidak akan terlibat dalam persediaan skuad nasional ke Sukan SEA di Laos tahun depan, sebaliknya tugas itu akan diisi oleh jurulatih lain. Mengumumkan lanjutan kontrak itu, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata, jika bersetuju, pencapaian Sathia akan dianalisis berdasarkan pencapaian skuad nasional di sepanjang perlawanan kelayakan Piala Asia. - Tak sudah-sudah nak analisis pencapaian jurulatih. Padahal, dah jelas dia gagal membimbing pasukan. Nak keputusan yang macamana lagi la diorang ni. Tunggu kekalahan yang lebih memalukan kot. Selain itu, katanya, kedudukan skuad nasional dalam rangking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menjadi kayu ukur nasib Sathia sama ada akan terus bergelar jurulatih atau sebaliknya. ‘‘FAM menawarkan lanjutan kontrak kepada Sathia atas beberapa faktor, pertama kerana kita menaruh keyakinan terhadap skuad yang dibimbingnya. Ia merupakan skuad yang masih muda, masih dalam pembikinan dengan purata umur pemain 24 tahun yang belum menyerlahkan potensi maksimumnya." - Tunggulah sampai kucing tumbuh tanduk...mungkin pemain2 yang Sathia ada ni akan tunjukkan potensi yang sebenar. Aku ingat, biarkan jer la FAM dgn konco2 ni...kita semua yang selama hari ni masih mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari pasukan Malaysia ni, terus 'boikot' je bolasepak Malaysia. Liga Super ke..Liga Perdana ke..Piala Malaysia ke..kita boikot semua. Tak payah tengok dah. Baru diorang faham kot...penting atau tidak peminat bolasepak ni. ‘‘Selain itu FAM kesuntukan masa untuk mencari jurulatih lain memandangkan saingan kelayakan Piala Asia akan bermula bulan depan,’’ katanya selepas mesyuarat jawatankuasa pengurusan skuad nasional di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah. - Lagi2 alasan...lagi2 alasan...bersedialah untuk gagal sekali lagi. Sathia dikritik hebat ekoran kegagalan membawa skuad nasional melepasi peringkat kelayakan Piala Asia di Phuket dengan kekalahan paling diingati kepada Vietnam 2-3 akibat kesilapan penjaga gol Mohd. Helmi Eliza Elias. - Memang patut dikritik. Kalau baru pertama kali, boleh la terima. Ini dah banyak kejohanan, pencapaian tetap sama. Dah naik muak dah...Tanpa kritikan, mana ada kemajuan.

Isnin, 15 Disember 2008

[A.P.A.I] Cicakman 2

Setelah sekian lama tak keluar jalan-jalan, semalam aku meluangkan masa bawa Hayyan dan Harraz pergi Alamanda. Dah lama jugak tak pergi sana. Actually plan asal ke Alamanda nak bawak Hayyan tengok Madagascar 2. Dia suka beno nyanyi lagu dalam filem Madagascar tu..I like to move it..move it..Sebutan dia tak la betul sangat. Tapi dia suka nyanyi sambil ber'joget' gaya iklan dalam McDonalds pasal movie ni. Tapi rupa-rupanya tayangan Madagascar 2 dah takder. Dah basi rupa nyer...ketinggalan betul aku ni. Aku pun memang dah lama tak tengok wayang. Sejak-sejak Hayyan lahir, mana ada pergi tengok. Tapi disebabkan semalam dah 'kemaruk' nak tengok wayang, angkut la Hayyan dan Harraz. Sampai jer depan kaunter, tengok senarai movie, Madagascar 2 takder...Yang ada Cicakman 2. Apalagi Hayyan melompat la nak tengok cerita Cicakman. Tanpa bantahan, kitorang satu family tengok Cicakman 2 walaupun sebenarnya tak berapa minat. Senang jugak la beli tiket..2 Dewasa dan 1 kanak-kanak...Harraz x payah tiket sebab umur dia belum cecah 3 tahun. Lagipun, dia bukan dok atas kerusi pun.

Sedikit ulasan mengenai Cicakman 2...secara keseluruhan, filem tu boleh 'tahan' untuk ditonton. Tapi dah pasti anak-anak kecil suka dengan watak-watak 'super hero' ni. Penceritaan lebih baik dari Cicakman 1, dari satu scene ke satu scene...walaupun ada babak yang agak ter'gantung'. ada satu scene tu, aku rasa macam tak ada kaitan pun ada (korang tengok dan nilai la sendiri key). Action Cicakman 2 lebih banyak dan lebih menarik. Tapi effort yang dibuat oleh Yusri KRU untuk menghasilkan filem ni patut dipuji. Dengan pengetahuan dan kemahiran, pasti ada lagi anak Malaysia yang mampu hasilkan filem-filem sebegini. Kena belajar la kan... Akhir kata...sokonglah industri filem kita...pergi la tengok...apa salah nyer tolong sumbangkan kutipan untuk filem Cicakman 2 ni. Kayo la adik-beradik KRU ni...Hahaha...

[A.P.A.I] Anugerah - Best Blogger Award 2008/2009

Actually anugerah ini dah lama dah Sone bagi...26 November 2008. Tapi baru sekarang nak publish kat blog. Thanks to Sone di atas kesudian menganugerahkan 'award' ini. Terima kasih juga kerana terus sudi menjenguk blog A.P.A.I. Teruskan ber'blogging'...