CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 16 Jun 2009

[A.P.A.I] Sahabat Lama

Walaupun kandungan cerita ni dah lama, aku tetap nak masukkan sebab ada beberapa keping gambar yang aku nak pamerkan di sini. Memang cadang nyer nak masukkan awal-awal hari tu, tapi kesempitan waktu dengan tugasan pejabat dan cuti rehat yang panjang hari tu, maka tertangguh la hasrat untuk berkongsi cerita ini.
Setelah sekian lama tidak bersua dengan sahabat kamcing aku masa kat Izzuddin dulu ni, Achang, Alhamdulillah aku berkesempatan untuk hadir ke Majlis Sambutan Hari Jadi anak dia, Izzah Umairah. Last sekali kitorang jumpa waktu awal kelahiran Izzah Umairah. Makna nyer lebih kurang 2 tahun jugak la kami tak jumpa. Pada hal sama-sama duduk kat KL. Tapi ye la, masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga. Walaupun tak jumpa, kitorang tetap jugak mengikuti perkembangan masing-masing melalui blog.
Kami sampai pun dah dekat pukul 3 petang. Majlis dah separuh perjalanan dah. Anyway, terima kasih kepada Achang dan Lin yang sudi menjemput dan menerima kedatangan kami anak beranak.

Mama Hayyan & Harraz bergambar dengan tuan rumah dan anak-anak. Birthday girl takder dalam gambar, main kat luar rumah.

Mama Hayyan & Harraz dan pasangan kembar Achang dan Lin, Zurin (atas) dan Zidan (bawah).

Dalam pada dok sembang dengan WanChang, dia hulur kat aku album gambar-gambar lama kitorang masa kat Izzuddin dulu. Simpan lagi mamat ni gambar waktu sekolah. Haha, itu sebenarnya yang aku nak tunjuk. Memandangkan takder scanner, jadi aku tangkap balik pakai camera handphone. Tak clear sangat la gambar tu.

Aku tak ingat masa ni kitorang tingkatan berapa. Rasa-rasanya Form 5 kot sebab member aku, Sahrim tu pakai kot Ketua Pelajar (KP). Kitorang memang kamcing la masa kat Izzuddin dulu. Ada sorang lagi member aku, tapi dia takder dalam gambar ni, Yusmie. Kalau ada diorang, hiruk pikuk dunia dengan gelak ketawa. Ada sahaja bahan cerita untuk ditertawakan. Kalau waktu cuti sekolah, kadang-kadang aku pi lepak rumah Achang/ Yusmie/ Sahrim, tak pun diorang datang lepak rumah aku.
Aku dengan Achang bergambar dalam Dewan Tan Sri Haji Ghazali Jawi (kalau tak silap aku la namanya). Sekarang ni, dewan dah best, tak macam dulu. Dah ada aircond. Perhimpunan dah duduk kat kerusi kot. Dulu kena berdiri. Kena cikgu/ustaz yang jenis bagi ucapan panjang, memang lenguh la kaki.

Hah yang ni pulak gambar rakan-rakan sekelas aku. Gambar ni waktu tingkatan 3 rasanya. Tak tahu la ke mana kawan-kawan yang lain ni. Mungkin semua dah berkeluarga kot. Banyak kenangan dan pengalaman waktu di Izzuddin dulu, macam-macam. Dari tingkatan 1 sampai la habis tingkatan 5. Kalau nak cerita memang tak habis kat sini. Ye la, 5 tahun kat sekolah tu.

Achang: Kalau ngko ada masa, tolong scan gambar-gambar lama ni yek...

Jumaat, 12 Jun 2009

[A.P.A.I] Uji Kepantasan Anda

Mungkin korang pernah mencuba ujian menaip ini. Anyway, aku terbaca kisah ujian ini melalui blog sahabat Bro. Saiful, CikWaniOnline. So, inilah hasil ujian kepantasan buat masa ini. Lepas ni boleh dicuba lagi. Mungkin akan ada kemajuan. 37 perkataan

http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com">Speed test

Kepada sahabat-sahabat yang belum mencuba dan ingin menguji kepantasan, jom cuba!

Khamis, 11 Jun 2009

[A.P.A.I] Al-Fatihah...

Pukul 5.03 petang (9 Jun 2009), aku terima sms dari Abang Pai memaklumkan pemergian Tok, Raziah Sidek di Pulau Pinang yang telah lama sakit dan uzur sejak hampir 8 tahun lepas. Siap-siap packing, jam 8.30 malam, aku bertolak balik ke Batu Gajah, Perak. Aku balik ke Batu Gajah dulu dan pagi esoknya (10 Jun 2009), baru bertolak ke Sungai Lokan, Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Abang Pai dan Abah dah berada di sana. Sampai Penang, pukul 12.00 tengahari. Jenazah Tok telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Lokan, Pulau Pinang bersebelahan kubur Tok Wan. Pukul 4.00 petang patah balik ke Kuala Lumpur. Sampai Kuala Lumpur jam 10.00 malam. Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang Soleh dan Solehah. Al- Fatihah.

Khamis, 28 Mei 2009

[A.P.A.I] BARcelONA (2) - MANchesTER UNitED (0)

Kejuaraan Liga Juara-Juara Musim ini menjadi milik Barcelona apabila berjaya menumpaskan Manchester United pada awal pagi tadi. Gol pertama jaringan Samuel Eto'o pada minit ke-10 dan jaringan pada babak kedua oleh Lionel Messi telah menghampakan barisan pemain Manchester United. Barisan pemain Alex Furgeson nampak hilang arah dengan jaringan awal Samuel Eto'o. Penguasaan bola di bahagian tengah oleh Barcelona serta kekangan yang amat baik oleh Puyol dan rakan-rakan di bahagian benteng pertahanan Barcelona, menyukarkan lagi barisan hadapan Manchester United. Barcelona bermain lebih baik dan mereka layak menang :(
Dua pemusnah...Samuel Eto'o dan Lionel Messi.

Rabu, 27 Mei 2009

[A.P.A.I] United atau Barca

Awal pagi ini akan menyaksikan satu pertembungan hebat kelab bolasepak Eropah di Liga Juara-Juara antara Manchester United dan Barcelona. Adakah barisan pemain Alex Ferguson mampu merangkul kejuaraan edisi kali ini atau barisan pemain Barca yang dibimbing jurulatih muda, Pep Guardiola mampu mengatasi barisan United? Semuanya akan terjawab pada awal pagi ini. Ayuh Rooney...Ayuh Berbatov...Ayuh Tevez...kita gempur gawang Barca!Gambar hiasan diperolehi dari Laman Utusan.
Apai: Bersiap-sedia untuk bersengkang mata malam ni sampai pukul 5.

Isnin, 18 Mei 2009

[A.P.A.I] Juara lagi!

Manchester United sekali lagi membuktikan keunggulan apabila merangkul kejuaraan EPL '09 untuk kali kedua berturut-turut selepas mencatatkan keputusan seri dalam pertemuan dengan Arsenal pada hari Sabtu lalu. Satu lagi kejuaraan diburu untuk tahun ini apabila Manchester United akan bertemu Barcelona dalam Champions League...Go United Go! Apai : Kepada rakan-rakan penyokong Liverpool, Arsenal dan Chelsea...cuba lagi musim depan.

Khamis, 7 Mei 2009

[A.P.A.I] Akhirnya...

Akhirnya hadiah yang dijanjikan untuk kuiz daripada Sone dulu dah diterima. Kitorang jumpa last week (30 April 2009) ketika Sone dan Mr. Papa datang berkunjung ke KL. Thanks to Sone dan Mr. Papa yang bersusah-payah menyediakan hadiah yang menarik ini. Boleh la lagi kuiz lepas ni... Apai : Baju ni ada sehelai jer dalam Malaysia ni...hehe.

Isnin, 4 Mei 2009

[A.P.A.I] Photofunia

Dok jalan-jalan jenguk blog kawan-kawan, terjumpa sesuatu yang agak interesting dari laman Diari Saiful mengenai Photofunia. Dipaparkan adalah beberapa hasil percubaan menggunakan Photofunia. Simple jer cara penggunaan aplikasi ni...so apa lagi, jom cuba!

Khamis, 30 April 2009

[A.P.A.I] Pejam Celik...Pejam Celik...

Dah lebih 2 minggu blog ini tidak dikemaskini. Bukan tak ada bahan tapi masa membataskan aku untuk mencoretkan sesuatu di sini. 30 April 2009...hari ini genap 4 tahun kehidupan aku bersama isteri tersayang, Sharifah Nadia Syed Khastudin. Selamat Ulangtahun Sayang!

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T diatas rahmatnya, perkahwinan kami telah pun mencecah usia 4 tahun. Boleh jadi usia perkahwinan ini masih lagi muda...walau apapun, bagi aku ia suatu tempoh yang telah mengajar aku erti kehidupan berkeluarga. InsyaAllah, jika usia ini dipanjangkan Allah,masih banyak lagi akan aku tempuh.

Kepada isteriku Sharifah Nadia, Abi sentiasa menyayangi dan mencintai dirimu. InsyaAllah, abi akan sentiasa memperbaiki diri ini supaya menjadi pembimbing kepada dirimu dan anak-anak kita. Maafkan diri ini jika ada kesilapan dan kesalahan abi dalam tingkahlaku dan tuturkata. Sama-samalah kita memperbaiki kehidupan ini agar kita memperolehi kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat. Amin!

Salam sayang dari Abi Hayyan & Abi Harraz,

Selasa, 14 April 2009

[A.P.A.I] Genap Setahun

Pada 31 Mac yang lalu, genap setahun aku berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Secara rasminya, aku mula menjejakkan kaki ke UKM pada 31 Mac 2008. Sepanjang 1 tahun di UKM, pelbagai pengalaman baru telah aku perolehi terutama di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan organisasi. Tetapi semuanya boleh dikatakan baru bermula, masih banyak lagi perkara yang aku harus pelajari selepas ini InsyaAllah.

Antara perkara yang aku ingat sepanjang setahun di UKM, pertama sekali dapat rakan baru. Orang pertama sekali yang aku kenal kat UKM ni Zolkefli Ismail (Zol). Masa tu dia Pembantu Tadbir dekat Unit Penerbitan Gugusan Kesihatan. Sekarang ni dia kerja kat Sekolah Menengah Taman Dato' Harun, Petaling Jaya, masih sebagai Pembantu Tadbir cuma kat sana dia ditawarkan jawatan tetap. Alhamdulillah, rezeki...Dulu dia la kawan pergi minum pagi dan makan tengahari.

Selain daripada urusan kerja, kat UKM ni peluang untuk menambah pengetahuan dan pengalaman memang sentiasa terbuka luas. Macam-macam kursus ada. Antara kursus yang paling best pernah aku hadiri, Kursus Pengukuhan Pasukan Jabatan Pendaftar @ Felda Gemencheh dan Kursus Kepimpinan @ Felda Tekam...best sebab kursus ni melibatkan aktiviti 'outdoor'. Tak mengantuk. Haha..

Harapan aku selepas ni adalah untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi ini. InsyaAllah barulah ada harapan untuk ditawarkan jawatan tetap. Amin!

Apai: Tak sabar nak pindah ke pejabat yang baru siap diubahsuai. Setelah hampir 2 tahun bahagian ini diwujudkan, akhirnya pejabat pentadbiran bahagian telah siap untuk diduduki. InsyaAllah, akan dikongsikan di sini nanti.