CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 20 Mac 2009

[A.P.A.I] Di Kesempatan Yang Ada...

Selepas berminggu-minggu bergelumang dengan tugasan pejabat, kertas kerja, minit mesyuarat, kursus dan bengkel yang dianjurkan, hari ni baru berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Memang banyak sangat cerita yang dah ketinggalan tapi kebanyakan cerita pasal keluarga aku telah dicoretkan di Blog Mama Hayyan. So, kepada kawan-kawan...kalau aku tak update blog ni, korang boleh la jugak jenguk ke blog Mama Hayyan (tapi kadang-kadang tu, kedua-duanya bersawang...hihi).
Actually tak ada tajuk yang spesifik...cuma teringat ada beberapa gambar yang masih belum diabadikan di blog ini. Dah lama sangat simpan gambar ni. Sepatutnya nak upload dalam coretan Balik Kampung - Siri 4 tapi tak berkesempatan. So, hari ni aku upload juga walaupun dah lama. Kawan lama...Mama dengan sahabat karib (ASMARIAN), Sone dan Abe Mizan. Kitorang bertemu di Kuala Terengganu (Rumah Tok Aboh) waktu balik cuti bulan Disember lepas. Kebetulan Sone dan Mizan balik bercuti di Dungun dan ada urusan di Kuala Terengganu, so diorang datang ke rumah mentua aku. Bukan senang nak jumpa kawan lama kan? So, hargailah kesempatan yang ada. Yelah, Sone dan Mizan sekarang menetap di Perlis. Kami pulak di Kuala Lumpur. Bersama kids...yang aku pegang tu, Alesha (anak Sone dan Mizan), Mama pangku Harraz, di barisan hadapan, dari kanan Hayyan, Nisa dan Akil (sepupu Hayyan).Mr. Papa memangku Alesha dan Harraz. InsyaAllah, ada kesempatan nanti, kita jumpa lagi.
Apai : Masih menunggu hadiah misteri daripada Sone sebab berjaya meneka kuiz yang dianjurkan oleh Sone hari tu --> Sapa Nak Hadiah?? Cepat..Cepat. Haha..

Isnin, 2 Mac 2009

[A.P.A.I] 4 - 1

Manchester United sekali lagi mencatatkan kejuaraan berganda untuk musim ini selepas menundukkan Tottenham dengan jaringan 4 - 1 melalui penentuan sepakan penalti selepas permainan terikat 0 - 0 selama 120 minit. Glory..glory Man United!

Dua tonggak utama Manchester United (Rio Ferdinand & Ryan Giggs) tersenyum riang selepas Manchester United sah menjadi JUARA PIALA LIGA selepas Anderson berjaya menjaringkan gol ke empat untuk United.

Sabtu, 28 Februari 2009

[A.P.A.I] Pesanan Imam Ghazali

Salam... 12.02.09 tarikh akhir aku mengemaskini blog ini. Itu pun sekadar 'singgah'...nampak gaya nyer aktiviti 'blogging' ni amat terhad untuk tempoh waktu ni. Sekarang ni pun, aku berada di Hotel Royale Bintang, Seremban kerana mengendalikan Bengkel Persiapan Syarahan Perdana Siri Ke-2 untuk Profesor-Profesor di Gugusan Kesihatan UKM. Bermula dari hari Jumaat, 27.02.09 hingga Ahad, 01.03.09. So, sambil-sambil menunggu aktiviti-aktiviti bengkel ni dijalankan, sempat la aku mencoretkan sesuatu ke blog ini. Actually, 2 minggu lepas (13-15 Februari 2009) aku telah menghadiri Kursus Pengukuhan Pasukan (Kepimpinan) yang dianjurkan oleh Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar di Tekam Plantation Resort (FELDA). Ini kali kedua aku sampai ke sana. Alhamdulillah, semua aktiviti 'enjoy' dan yang paling penting mencapai objektif. Modul team building kali ini, semuanya baru bagi aku...samada dari segi aktiviti berkumpulan, management game dan aktiviti 'outdoor'. Antara pengalaman menarik yang aku lalui dalam kursus kali ini ialah aktiviti membina rakit...pergh, pada mulanya macam seronok. Tapi bukan senang nak buat. Kerjasama yang paling penting...bak kata 'Wonder Pet', APA YANG PENTING? BEKERJASAMA! Masa untuk membina rakit tu amat terhad...siap tak siap,kena bawa ke tasik dan semua ahli dikehendaki naik dan mendayung rakit. Alhamdulillah, pasukan kitorang dapat menyiapkan rakit walaupun tidak begitu sempurna...janji boleh naik. Haha...Dah bawa ke tasik, dayung ramai-ramai ke seberang (jarak lebih kurang 500 meter) dan lepas tu dilepaskan untuk perlumbaan. Pemenang bukan pasukan mana yang sampai dulu tetapi pasukan mana yang bawa rakit naik ke darat, buka rakit dan kemas semula semua perkakas, baru diisytiharkan pemenang. Dan dengan semangat juang yang tinggi, tenaga yang dikerah 100%, pasukan aku (IRAN) berkongsi tempat pertama dengan Pasukan Jordan untuk aktiviti ini. Satu lagi pengalaman baru aku ketika mengikuti kursus ini ialah aktiviti Abseiling, Flying Fox dan Lake Crossing. Memang aktiviti ini mencabar minda dan keyakinan diri. Tanpa keyakinan, rasanya tak mampu buat. Aku sendiri pun pada mulanya rasa macam ok jer. Dalam hati, alah tak susah pun aktiviti ni. Dari segi teknik memang tak jadi masalah tapi bila anda berada di atas pelantar untuk melakukan abseiling atau flyingfox, baru anda tahu berani tak berani diri anda. Tengok dari bawah, alah...kacang jer ni. Jangan over confidence atau terlalu rendah keyakinan diri...anda tahu kemampuan diri anda! Tidak ketinggalan di sini ingin saya berkongsi sedikit catatan yang saya perolehi ketika kuliah subuh di Tekam tempoh hari yang telah disampaikan oleh Imam Masjid Felda Tekam sebagai panduan saya dan rakan-rakan sekalian. Pesanan Imam Ghazali Pada satu hari, Imam Ghazali telah berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya kepada mereka: - Soalan Pertama: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati."Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )2 - Soalan Kedua : Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini? Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. LaluImam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. - Soalan Ketiga: Apakah yang paling besar di dunia ini? Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam ."Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka . - Soalan Keempat: Apa yang paling berat di dunia ini? Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah""Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya. - Soalan Kelima : Apa yang paling ringan di dunia ini? Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat. - Soalan Keenam : Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Sama-sama kita renungkan dan ambil perhatian pesanan dan peringatan Imam Ghazali ini InsyaAllah.

Khamis, 12 Februari 2009

[A.P.A.I] Bersawang untuk seketika...

Salam...tak terdaya untuk mengemaskini blog dengan cerita-cerita baru buat masa ini. Cerita lama pun belum habis dimasukkan ke blog. Cerita balik kampung pun tak habis lagi...Adoi, nak buat macamana. Tugasan pejabat silih berganti. Blog rakan-rakan yang lain pun dah lama tak dikunjungi. Sori guys! Esok hingga Ahad, ada kursus di Jerantut, Pahang dan Isnin kena hadir Taklimat Penyediaan Rancangan Pembangunan RMK-10 UKM di Equatorial Hotel, Bangi. Bersawang lagi la blog aku...

Selasa, 3 Februari 2009

[A.P.A.I] Balik Kampung - Siri 3

Pergh...sikit punya lama 'perap' cerita' balik kampung ni (last update - 09.01.09). Sampai siri 2, lepas tu, cerita tak bersambung. Banyak sangat perkara dan tugasan pejabat yang perlu diutamakan. Jadi terpaksa la dikemudiankan kerja-kerja mengemaskini blog ini. So, walaupun dah 'basi', post jugak la sambungan cerita balik kampung ni untuk tatapan sendiri...
26/12 - Hari ni kami plan nak bawa Kak Chik dan keluarga pergi Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu untuk melihat Masjid Kristal dan replika-replika masjid dan binaan termasyhur di serata dunia seperti Taj Mahal. Walaupun kami kerap balik ke Kuala Terengganu, inilah kali pertama kami sampai ke TTI. Kami keluar jam 11.00 pagi dan sampai di TTI jam 11.40 am. TTI di bahagikan kepada 2 kawasan utama iaitu Masjid Kristal dan Taman Monumen. Tapi kami tak dapat masuk Taman Monumen sebab operasi ditutup dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang (Solat Jumaat). Kami pun tak tahu waktu operasi TTI, so kami ambil keputusan untuk berkunjung ke Masjid Kristal dulu.

Gambar disekitar Masjid Kristal.

Pemandangan kubah Masjid Kristal dari dalam dan luar... Mama, Maksu Ain dan Harraz merakamkan gambar di dalam ruang solat Masjid Kristal.

Memandangkan Taman Monumen ditutup sehinggan jam 2.30 petang, kami pun decide untuk ke tempat lain terlebih dahulu. Kitorang hantar Kak Chik dan keluarga ke rumah Kak Khairani di Losong dan kami pulak ke rumah Auntie Nor, juga tak jauh dari situ. Plan nyer nak jumpa semula di TTI selepas Solat Jumaat. Walau bagaimanapun, disebabkan Harraz telah melepaskan 'hajat' sehingga bocor seluar dan terkena Maksu Ain, kitorang terpaksa membatalkan hasrat untuk ke TTI...terpaksa balik terus ke rumah Tok Aboh. Anyway, Kak Chik dan keluarga tetap sampai jugak la ke tempat tu. Itu yang penting sebab kami boleh pergi lain kali bila balik ke Terengganu lagi nanti, InsyaAllah.

Jumaat, 30 Januari 2009

[A.P.A.I] Selamat Hari Lahir Hayyan!

Hari ini, 30.01.2009 merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Muhammad Zarif Hayyan yang ke-3. Happy Birthday Hayyan! Pejam celik...pejam celik...dah besar anak abi ni. Semoga membesar sebagai seorang anak yang baik dan soleh. Sentiasa sihat...Amin!

Khamis, 8 Januari 2009

[A.P.A.I] Balik Kampung - Siri 2

25/12 - Hari ni tak ada sebarang aktiviti khusus nak dilakukan. Menghabiskan masa di rumah aboh je. Cuma petang selepas Solat A'sar kami pergi ziarah Kak Teyna dan Baby Adeb yang baru dilahirkan. Petang tu kami menerima kunjungan dari 'orang jauh', Kak Chik dan keluarga dari Sungai Petani yang datang bercuti ke Terengganu. Diorang bermalam di rumah Aboh sampai hari Ahad. Kali terakhir Kak Chik dan keluarga berkunjung ke Terengganu waktu kenduri kahwin kami (30 April 2005). Kami masih ingat lagi peristiwa salah seorang anak kembar Kak Chik jatuh longkang pada malam akad nikah kami. Kelam kabut bawak pergi hospital. Haha..cerita 3 tahun lepas...

Rabu, 7 Januari 2009

[A.P.A.I] Balik Kampung - Siri 1

Dari sehari ke sehari nak mencoretkan kisah balik kampung tempoh hari tetapi disebabkan kesibukan beberapa urusan, hari ni baru berkesempatan.
----------------------------------------------------------------------------------
24/12 - Kami bertolak balik dari KL ke Kuala Terengganu jam 11.30 pagi. Agak lewat jugak bertolak tapi memang dah jadi waktu 'standard' kami bila nak balik ke Kuala Terengganu. Yelah, nak tunggu putera2 kesayangan bangun dulu baru boleh bersiap (Hehe..sebenor nyer bapak dia yang tido balik). Jam 11.45 pagi, selepas berhenti membeli bekalan makan di McDonalds Karak (Ini la kot kali terakhir makan McDonalds, lepas ni boikot) dan mengisi minyak di Stesen Petronas bersebelahan, kitorang terus memecut (90KM/jam jer pun) ke arah Lebuhraya Karak. Keadaan lalulintas cukup selesa menjelang tengahari itu. Kami berhenti sekali lagi di Stesen Minyak Petronas Bentong untuk makan juadah yang telah dibeli. Terpaksa la berhenti sebab tak 'concentrate' memandu sambil makan...Jam 2.30 petang, keluar dari Lebuhraya Pantai Timur dekat Exit Jabor, terus menuju ke jalan pantai (Kuala Terengganu - Kuantan). Aku memang suka lalu jalan tu walaupun lambat sampai sebab suasana dan pemandangan dia tak jemu. Tapi sebenar-benarnya Mama ada misi dan tempat yang ingin ditujui di tengah-tengah perjalanan ini. Dari awal perjalanan Mama dah 'sound' nak singgah tempat tu...
Hah, inilah tempat yang Mama nak singgah...Mesra Mall di Rantau Petronas, Kerteh. Kali terakhir kami lalu (balik raya lepas), belum siap lagi. Mesra Mall ni dibangunkan oleh Petronas & KLCC. Konsep dia simple tapi menarik, mesra pengunjung, kemudahan lengkap, kedai-kedai 'standard' dan pelbagai...antara kedai yang menarik:
Kedai- kedai lain - Big Apple, Al-Ikhsan, Starbucks, Secret Recipes dan macam-macam lagi. Nak tahu kedai apa lagi yang ada kat sini, ni dia senarainya...
Kalau terlupa bawa duit lebih, ada 2 bank kat sini - CIMB dan Maybank (ATM dan kaunter). Ada panggung wayang (TGV Cineplex), Gelanggang FUTSAL, SQUASH & Bowling. Meriah oh shopping mall ni. Kalau tengok dari luar, mesti korang tak sangka ada kemudahan macam tu sebab shopping kompleks ni 1 tingkat ajer tapi luas (Wah, bukan main lagi aku 'promote' Mesra Mall). Nak tahu lebih lanjut, layari website Mesra Mall - http://www.mesramall.com.my/. Kalau korang lalu nanti, singgah la. Lebih 2 jam jugak la kami menghabiskan masa kat situ. Makan, solat, tukar pampers, keluar-masuk kedai...Mama siap tapau Donut @ Big Apple Donuts & Coffee, Hayyan & Harraz 'pow' mainan kat Toys R Us (Kereta Hot Wheels - RM 5.90). Selepas dah puas mengukur kedai-kedai yang ada kat Mesra Mall, barulah kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Ada lebih kurang 2 jam lagi perjalanan untuk sampai ke Kampung Seberang Takir. Tok Aboh dah telefon 2-3 kali tanya kami kat mana (Tok Aboh dah tak sabar nak bermesra dengan cucu2nya). Melewati Bandar Paka, hujan mula turun dan menjadikan perjalanan slow dengan deretan kenderaan yang mengekori antara satu sama lain. Nak memotong tak berani sebab jarak penglihatan terhad sebab hujan sangat lebat. Harraz pulak mula meragam sebab badan dia agak panas. Sampai di Kuala Terengganu, kami 'decide' untuk terus ke Klinik Adni di Pekan Batu 6...jumpa doktor dan ambil ubat Harraz. Rupanya kerongkong Harraz kemerahan dan ada 'Ulser' dalam mulut dia. Tu yang dia meragam. Selepas selesai urusan di klinik, kami terus balik ke rumah Tok Aboh di Seberang Takir. Alhamdulillah, segalanya selamat buat kami. Lepas makan dan membersihkan diri, terus zzzzz....

Khamis, 1 Januari 2009

[A.P.A.I] Kalendar Baru...

Pada 29.12.08 yang lalu, kita telah menyambut kedatangan Tahun Baru Hijriah 1430H dan hari ini merupakan hari pertama dalam kalendar Masihi, 01.01.2009. Pasti setiap individu telah meletakkan sasaran, azam dan harapan untuk tahun baru ini. Semoga kita sama-sama berusaha untuk mencapainya. Azam Excellent Dunia Akhirat. Harapan Memperolehi jawatan tetap di UKM. Sasaran 1. Menghadiri sekurang-kurangnya 1 majlis ilmu di surau/ masjid setiap minggu InsyaAllah. 2. Membaca sekurang-kurangnya 6 buah buku ilmiah. Terus-terang cakap, aku ni boleh dikategorikan individu yang kurang minat membaca. Baca paper ada la. Tapi tahun ni InsyaAllah cuba usaha untuk habiskan 6 buah buku sebagai titik permulaan.

Selamat Tahun Baru 2009 dan Maal Hijrah 1430H!

Rabu, 31 Disember 2008

[A.P.A.I] Berlabuhnya Tirai 2008

Alhamdulillah, kembali menjalankan tugas selepas bercuti rehat dari 19/12 hingga 30/12. Cuti panjang sebab termasuk cuti umum...25/12 dan 29/12. Memandangkan cuti rehat dan cuti tanpa rekod (gantian) tidak boleh dibawa ke tahun hadapan (sebab taraf jawatan sekarang sementara), maka kena 'perabih' cuti sebelum tahun 2009 muncul. InsyaAllah esok Sinar Mentari Tahun 2009 akan muncul. Sana-sini orang bercakap mengenai azam dan harapan tahun baru. Kita sama-sama berdoa agar tahun 1430H dan tahun 2009 ini akan menjadi platform yang lebih baik untuk kita terus memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara InsyaAllah. Sebelum kita melangkah masuk tahun 2009, apa salahnya kita toleh sebentar ke belakang untuk melihat apa yang telah berlaku dalam kehidupan kita sepanjang berada di tahun 2008. Mana yang baik, kita pertingkatkan. Mana yang kurang, kita perbaiki. Apa yang masih belum kita laksanakan, kita usahakan InsyaAllah. Serba sedikit coretan penting bagi diri aku untuk tahun 2008 ialah: 1. 1 April 2008 - Memulakan kerjaya baru bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Alhamdulillah, harapan dan doa aku dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Walaupun jawatan yang ditawarkan adalah sementara, tapi aku bersyukur. InsyaAllah, aku akan terus berusaha... 2. 5 Jun 2008 - Kelahiran anak kedua aku, Muhammad Qayyim Harraz. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah ketika itu. Bertambah seorang lagi ahli keluarga kami.

Kesusahan dan kesempitan memberikan kita kekuatan untuk melangkah dari satu tahap ke satu tahap lain InsyaAllah. Thanks to SAHABAT-SAHABAT yang telah membantu aku di saat kesusahan dan kesempitan. Semoga Allah merahmati kehidupan kalian di dunia dan akhirat.